Fcpo!
FCPO Harapkan panas sampai ke petang...Harga CPO yang diharapkan dapat kekal di atas paras RM2400 gagal dipertahankan.
Kejatuhan dengan gap yang sangat besar pada 9 Mac 2020 telah disokong dengan baik pada retracement fibo 127.2%.
Seterusnya harga membuat lonjakan yang besar sebelum membuat reversal signal pada projection fibo 38.2%.
Posisi sell mungkin berada pada paras ini.
FCPO Pantulan berehat sebentarPantulan yang berlaku seawal 2 Mac terhenti setakat 5 Mac 2020 tepat pada paras projection fibo 50% (H4).
Seterusnya harga terus menjunam selaras kejatuhan lain-lain komoditi utama dunia.
Pada penutup dagangan minggu lepas, candlestick time frame H1 sudah membentuk 'paku' dengan harapan harga
akan membuat reversal. Dijangka harga akan meneruskan kenaikan jika dapat kekal di atas harga 2402.
FCPO: Analisis Teknikal Awal Mac 2019Ini adalah apa yang dapat dilihat dari pandangan saya. Struktur jelas kelihatan telah berubah dari menurun cuma belum pasti akan menjadi sisi@menaik. 1 HH (higher high) perlu ada untuk menjadi menaik. Jika gagal, harga akan menjadi struktur sisi buat waktu ini.
Jangkaan adalah seperti anak panah hitam & biru iaitu jangkaan berdasarkan corak carta Cup & Handle. Setakat ini, harga telah mencapai jangkaan anak panah biru (handle).
Analisa FCPO1! | 2018 : 10/12 -14/12 (Pertengahan Minggu)Lihat pada carta 30-minit, analisa awal kami telah menembusi garisan putus tren menurun berwarna ungu pada hari Isnin dan telah melewati kawasan halangan. FCPO1! masih belum menunjukkan arah jelas bagi pedagang jangka masa sederhana ( swing trader ). Jangkaan kami, untuk beberapa jam terakhir dalam minggu ini, FCPO1! akan berlegar dalam formasi diamond . Untuk paras halangan dan sokongan sila rujuk kepada analisis yang lepas.
Analisa FCPO1! | 2018 : 10/12 - 14/12Berdasarkan carta 30 minit FCPO1! , jangkaan menaik ternyata meleset disebabkan harga FCPO1! hanya melewati ke kawasan harga halangan 2043 - 2077 dan menurun ke paras sokongan/belian yang di plotkan pada kawasan 1979 - 2010. Harga minggu lalu tutup pada harga 1998.
Harga tertinggi minggu lalu telah membentuk Lower High Higher Low , garisan tren berwarna jingga apabila digabungkan garisan tren berwarna biru membentuk satu formasi yang dikenalpastikan sebagai formasi diamond . Garisan putus tren menurun berwarna ungu telah ditembusi oleh belian disaat akhir minggu lepas.
Berikut adalah paras sokongan dan halangan bagi minggu hadapan.
Paras Jualan: 2022, 2030, 2051
Paras Belian : 1963, 1982, 1990
Kami menjangkakan harga FCPO1! ke paras jualan pada minggu hadapan , sekiranya garisan tren oren menaik ditembusi, maka FCPO1! akan turun pada harga yang lebih rendah.
Persamaan Antara FCPO & Soybean Oil.Persamaan Antara FCPO & Soybean Oil.
Perkaitan dagangan antara FCPO dan Soybean Oil adalah berkadar terus.
Jelas kelihatan jika harga FCPO meningkat, harga Soybean Oil juga meningkat.
Jelas kelihatan juga jika harga GCPO menurun, harga Soybean Oil juga menurun.
Kesimpulannya, Data Disaggregated Commitment Of Traders (DCOT) yang dikeluarkan
setiap minggu oleh www.cftc.gov untuk Soybean Oil juga boleh dijadikan rujukan
untuk FCPO jika tiada laporan untuk FCPO dikeluarkan pada minggu itu.