Fibonacci Retracement
D&O (7204): Membentuk Piercing Line (11/09/2020@10:53pm)D&O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD (7204)
SECTOR: TECHNOLOGY
SUB-SECTOR: SEMICONDUCTORS
TOTAL SHARE ISSUE: 1,133,028,454
PUBLIC FLOAT %: 28.31% (812,260,753)
SYARIAH: YES
D&O Green Technologies Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan (termasuk perkhidmatan kemudahan kilang pembuatan). Segmen Syarikat merangkumi Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Negara-negara Lain. Anak syarikat Syarikat termasuk Omega Semiconductor Sdn. Bhd . (Omega), yang merupakan syarikat pemegangan pelaburan; Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd . (Dominan), yang bergerak dalam pembuatan komponen dan mesin semikonduktor; Dominant Opto Technologies Korea Inc, yang bergerak dalam bidang komponen semikonduktor merchandising, dan Dominant Opto Technologies (Shanghai) Co., Ltd., yang bergerak dalam pengembangan teknologi aplikasi semikonduktor, pemasangan, pemborongan dan peruncitan peranti semikonduktor, komponen elektronik, elektrik peralatan untuk pencahayaan, skrin paparan elektronik, kelengkapan pencahayaan, import dan eksport produk berkaitan.
Harga D&O ditutup pada RM1.00 pada hari ini (11/09/2020 @ Jumaat) dan membentuk pattern Piercing Line Candlestick (perlukan next candle sebagai confirmation). Harga sebelum ini telah mengalami kejatuhan akibat sentimen pasaran dan jatuh sehingga 0.920 pada pagi tadi sebelum rebound sehingga RM1.04 sebelum ditutup pada Rm1.00. Jika diukur menggunakan Fibonacci Retracement , harga hampir mencapai paras fibo 0.618 sebelum rebound.
Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, harga 'berkemungkinan' akan menuju ke arah RM1.34 (paras fibo 1.00 jika diukur menggunakan Fibonacci Projection ) sebagai TP1 (1:1 ratio retracement & projection).
DISCLAIMER: Ini hanyalah kajian peribadi pergerakan harga untuk tujuan pembelajaran kendiri.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
Kajian Peribadi HALATUJU SBO (ZLZ2020) TF4H - 27/08/2020@8:14pmINSTRUMEN: SOYBEAN OIL
KONTRAK: DISEMBER 2020 (ZLZ2020)
SYARIAH: YES
Terdapat AB=CD pattern pada TF4H... Harga dijangka akan melakukan retracement pada point D=32.79
EP: 32.79
SL: 32.90
TP1: 32.40
TP2: 32.16
Disclaimer: Ini hanyalah kajian peribadi untuk pembelajaran kendiri semata-mata.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #futures
INNATURE, Potensi Surf Bollinger BandInnature sejak dari awal bulan April mendaki sedikit demi sedikit dan hari ini membuat kenaikkan disokong dengan volume. Daripada indicator Bollinger Band, Innature mempunyai potensi membuat pattern surf bollinger band. Untuk Fibonachi Retracement pula, aras untuk mengesahkan kekuatan Innature adalah di 0.375. Jika berjaya memecahkan aras 0.375 dan bertahan diatas 0.375, memang sangat menarik. Mungkin boleh kembali kepada harga lahir Innature sebelum ini. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. Sekadar kajian dan pembelajaran.
PELIKAN candle sudah tersusunPELIKAN dah spike untuk kali pertama dari 0.28 hingga 0.375. DI jangka kan akan ada retracement hingga ke paras 50% atau 0.618% Fibonacci retracement.
Jika next base established dalam area tersebut, kita boleh jangka kan akan ada kenaikan untuk next wave.
MKH (MYX:6114) Tunggu retracement sebelum masuk?Kalian dapat lihat dalam carta di atas bahawa kaunter ini telah membentuk "double bottom" sebelum menebus paras rintangan merah dan menjadikannya paras sokongan merah.
Dengan kesemua RSI dan MACD berserta dengan Parabolik SAR menghala negatif sementara ini, saya rasa bahawa harga kaunter ini berkemungkinan akan jatuh ke paras sokongan merah sebelum melambung semula ke paras rintangan biru, diikuti dengan paras rintangan hijau.
Justeru, saya sarankan bahawa kalian boleh menunggu sehingga harga kaunter jatuh sedikit dan bertemu paras sokongan merah sebelum cuba dagangan dengan entry berikut:
Beli : RM1.400 - RM1.445
Stop Loss : RM1.340
TP : Antara RM1.660 - RM1.870
Konklusinya, untuk kurangkan risiko, kalian boleh tunggu sehingga semua indikasi menghala positif sebelum mencuba entry di atas (Sekiranya harga kaunter jatuh ke paras sokongan merah, dan kekal disokong paras sokongan merah tersebut.)
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
WCEHB (MYX:3565) Cubaan pelarian?Sejak bulan November 2019, kaunter ini telah mula pelariannya sehingga sekarang, dimana harga kaunter telah retrace balik ke 50% Fibonacci Retracement, salah satu paras sokongan (garis hijau) strategik untuk retracement. Volumnya agak tinggi juga kebelakangan ini, juga ada kemungkinan bahawa institusi besar masuk.
Memandangkan kaunter ini baru melambung tak lama bersama dengan volum tinggi, saya jangka bahawa harga kaunter akan terus naik sehingga ke paras rintangan di RM0.475 (garis biru), sebelum cubaan mencecah paras rintangan tersebut. Sekiranya berjaya, paras rintangan seterusnya adalah di RM0.510 (garis hitam).
Konklusi,
Beli: RM0.355 - RM0.375
Cut loss: RM0.305
Jual: Antara RM0.475 - RM0.510
WZSATU bersedia untuk gelombang seterusnyaWZSATU masih bertahan di atas 78.6% Fibonacci Level pada harga 0.235.
Entry yang sesuai pada harga 0.250-0.260.
Target seterusnya masih lagi 0.305