FLEXI
FLEXI (Pepenjuru Terakhir Sebelum Meneruskan Kenaikan)Sektor :
- Newly Classified Shariah-Compliant Securities, IPO, Penny Stocks (sumber: iSaham).
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- Kajian ini mengkaji pergerakan harga bagi FLEXI dalam time frame 1 jam.
- FLEXI dilihat berada dalam wave akhir triple zigzag (major wave Z).
- Triple zigzag ditanda dengan W-X-Y-X-Z.
- Setiap wave, terdapat wave lagi didalamnya dan dalam idea ini, penulis akan menyentuh hanya tentang struktur major wave Z dalam triple zigzag.
- Di dalam major wave Z ini, terdapat pattern zigzag (a-b-c) dan FLEXI sekarang berada di hujung pattern zigzag iaitu minor wave c.
- Di dalam minor wave C ini pula, FLEXI dilihat sedang membuat ending diagonal (1-2-3-4-5) dan FLEXI dilihat ingin menuju ke sub minor wave 5 yang juga merupakan minor wave c dan juga major wave Z.
- FLEXI dijangka akan menurun samada di mana² tiga paras support:
1⃣ Paras fibonacci 61.8% (0.618 kali ganda major wave Y) pada paras harga RM 0.370.
2⃣ Horizontal support pada paras harga RM 0.365 (sebelum ini, harga telah dua kali menyentuh paras harga ini dalam time frame 1 hari).
3⃣ Paras fibonacci 61.8% (0.618 kali ganda minor wave a).
- Setelah lengkap major wave Z ini, FLEXI dijangka akan meneruskan kenaikan. Jika FLEXI berjaya meneruskan kenaikan dengan melepasi resistance pada paras harga RM 0.395 dan membuat higher low, harga dijangka akan membuat major wave 1 yang baru.
~ Fundamental ~
- Memandangkan FLEXI baru sahaja disenarai awamkan di Bursa pada 30 Mac 2021, data kewangan yang dapat diteliti adalah berdasarkan dua quarter iaitu Q1 2021 dan Q2 2021.
- Perolehan (revenue) FLEXI meningkat tetapi keuntungan menurun sehingga mencatatkan kerugian pada quarter terbaru iaitu Q2 2021.
Nota kaki :
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya pada bulan Februari. Dalam idea ini, Q1 adalah pada bulan Mac.
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Analisis Ringkas Potensi FLEXIFlexidynamic Holdings Berhad membentuk Ascending Triangle
Sektor: IPO, Industrial Products & Services.
Analisis Teknikal
Ciri-ciri pembentukan pattern ini ialah harga bergerak atas garisan selari manakala garisan bawah menunjukkan candle saham dalam keadaan menaik. Kebiasaannya harga saham akan membuat breakout setelah membentuk pattern ini. Ascending Triangle merupakan chart pattern yang digunakan dalam analisis teknikal.
Pedagang seringkali akan menunggu untuk breakout bentuk segi tiga ini. Breakout ini boleh berlaku ke atas atau ke bawah.
Merupakan continuation pattern yang akan meneruskan pergerakan sedia ada.
FLEXI sedang melakukan uptrend dan masih berjaya bertahan di atas garisan sokongan. Cubaan memecahkan halangan pada hari ini tidak berjaya.
Pergerakan akan menjadi menarik sekiranya berjaya memecahkan paras halangan pada harga RM0.525.
Bagaimana mengawal risiko dengan sebaiknya?
1. Buy on weakness : Boleh menunggu dan melihat samada harga saham FLEXI mampu bertahan di garisan sokongan atau tidak.
2. Buy on Breakout : menanti sehingga mampu melakukan breakout halangan pada RM0.525. beserta volum minat belian yang melebih hari sebelumnya.
Analisa Fundamental
Market Capital (RM) : RM154.72 juta
Bilangan saham : 283.89 juta
1QFY21: mencatatkan jualan sebanyak RM24.818 juta. Untung sebelum cukai (PBT) RM0.422. Untung bersih di paras -RM0.382 juta.
FLEXI merupakan IPO yang ditawarkan pada harga RM0.20. FLEXI menyediakan sistem pengklorinan sarung tangan dalam dan luar negara. Sebagai contoh Hartalega, Kossan dan sebagainya.
Walaupun saham sarung tangan getah tidak akan rally seperti tahun lepas namun saham sektor Penjagaan Kesihatan merupakan antara defensive stocks.
Salah satu perkara yang diambil kira oleh para pelabur sebelum melabur dalam sesuatu syarikat adalah prospek .
Lanjuta daripada Quarter Report pertama tahun 2021 prospek FLEXI dibahagikan seperti berikut:
1. FLEXI dalam proses untuk pengambilalihan 2 kilang baharu dan dalam perancangan untuk menambahkan mesin bagi meningkatkan kapasiti pembuatan long and cylindrical products .
2. Telah mengambil 2 orang jurutera jualan untuk melakukan aktiviti jualan dan pemasaran bagi mengembangkan pelanggan sedia ada.
Permintaan tetap yang akan meningkat disebabkan penggunaan sarung tangan yang berterusan dalam penjagaan kesihatan di seluruh dunia disebabkan oleh:
i. Pemberian vaksin secara besar-besaran
ii. Kesedaran yang semakin tinggi sarung tangan untuk menghadapi wabak pandemik,
iii. Peningkatan populasi dan peningkatan ageing population , peningkatan penyakit kronik dan penyakit berjangkit lain.
Ini disokong oleh syarikat FLEXI sendiri positif bahawa faktor di atas akan menyumbang kepada pertumbuhan industri sarung tangan seiring dengan peningkatan permintaan terhadap sarung tangan getah.
Apa pula pendapat anda?
Ini bukan cadangan jualan mahupun belian tetapi sekadar idea untuk tujuan pembelajaran bersama.
Sediakan Trading Plan anda sebaiknya.
#TAYOR #BAYOR