syedasyraf

Analisis Ringkas Potensi FLEXI

Panjang
MYX:FLEXI   FLEXIDYNAMIC HOLDINGS BERHAD
Flexidynamic Holdings Berhad membentuk Ascending Triangle

Sektor: IPO, Industrial Products & Services.

Analisis Teknikal

Ciri-ciri pembentukan pattern ini ialah harga bergerak atas garisan selari manakala garisan bawah menunjukkan candle saham dalam keadaan menaik. Kebiasaannya harga saham akan membuat breakout setelah membentuk pattern ini. Ascending Triangle merupakan chart pattern yang digunakan dalam analisis teknikal.
Pedagang seringkali akan menunggu untuk breakout bentuk segi tiga ini. Breakout ini boleh berlaku ke atas atau ke bawah.
Merupakan continuation pattern yang akan meneruskan pergerakan sedia ada.

FLEXI sedang melakukan uptrend dan masih berjaya bertahan di atas garisan sokongan. Cubaan memecahkan halangan pada hari ini tidak berjaya.
Pergerakan akan menjadi menarik sekiranya berjaya memecahkan paras halangan pada harga RM0.525.

Bagaimana mengawal risiko dengan sebaiknya?
1. Buy on weakness: Boleh menunggu dan melihat samada harga saham FLEXI mampu bertahan di garisan sokongan atau tidak.
2. Buy on Breakout: menanti sehingga mampu melakukan breakout halangan pada RM0.525. beserta volum minat belian yang melebih hari sebelumnya.

Analisa Fundamental

Market Capital (RM) : RM154.72 juta
Bilangan saham : 283.89 juta
1QFY21: mencatatkan jualan sebanyak RM24.818 juta. Untung sebelum cukai (PBT) RM0.422. Untung bersih di paras -RM0.382 juta.

FLEXI merupakan IPO yang ditawarkan pada harga RM0.20. FLEXI menyediakan sistem pengklorinan sarung tangan dalam dan luar negara. Sebagai contoh Hartalega, Kossan dan sebagainya.

Walaupun saham sarung tangan getah tidak akan rally seperti tahun lepas namun saham sektor Penjagaan Kesihatan merupakan antara defensive stocks.

Salah satu perkara yang diambil kira oleh para pelabur sebelum melabur dalam sesuatu syarikat adalah prospek.

Lanjuta daripada Quarter Report pertama tahun 2021 prospek FLEXI dibahagikan seperti berikut:
1. FLEXI dalam proses untuk pengambilalihan 2 kilang baharu dan dalam perancangan untuk menambahkan mesin bagi meningkatkan kapasiti pembuatan long and cylindrical products.
2. Telah mengambil 2 orang jurutera jualan untuk melakukan aktiviti jualan dan pemasaran bagi mengembangkan pelanggan sedia ada.

Permintaan tetap yang akan meningkat disebabkan penggunaan sarung tangan yang berterusan dalam penjagaan kesihatan di seluruh dunia disebabkan oleh:
i. Pemberian vaksin secara besar-besaran
ii. Kesedaran yang semakin tinggi sarung tangan untuk menghadapi wabak pandemik,
iii. Peningkatan populasi dan peningkatan ageing population, peningkatan penyakit kronik dan penyakit berjangkit lain.

Ini disokong oleh syarikat FLEXI sendiri positif bahawa faktor di atas akan menyumbang kepada pertumbuhan industri sarung tangan seiring dengan peningkatan permintaan terhadap sarung tangan getah.

Apa pula pendapat anda?

Ini bukan cadangan jualan mahupun belian tetapi sekadar idea untuk tujuan pembelajaran bersama.

Sediakan Trading Plan anda sebaiknya.

#TAYOR #BAYOR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.