Analisis Fundamental
PTB1. Kaunter penny, selalunya saya akan avoid kaunter penny, tambahan pula rekod pergerakan chart yang berlubang2 dan semakin dekat dengan jangkaan tarikh pengumuman laporan suku ke 4
2. Dari segi teknikal carta seakan membentuk corak cawan dan pemegang, ditambah pergerakan harga menaik dalam sebulan dua ini mungkin ada kaitan dgn prestasi (yang berkemungkinan positif) hujung bulan ini
3. Dari sefi fundamental, syarikat dalam rekod kerugian namun 3 suku yang lepas syarikat mencatatkan perolehan yang agak besar memungkinkan prestasi suku ke 4 yang mungkin positif dan mengurangkan jumlah kerugian bersih yang sedia ada. Namun itu hanya jangkaan
4. Trading plan disyorkan bila harga melepasi paras neckline dan jadikan neckline sebagai paras sokongan untuk CL
PARLO PERCUBAAN MENDAKI SEMULA SETELAH TERJATUH !!!Setiap yang jatuh pasti naik. Tapi tidak semuanya, berbalik pada keadaan pasaran dan sumber berita yang menjadi pemangkin kepada sesuatu syarikat. Kedengaran khabar angin berkaitan pemulihan sektor eksport, penerbangan, pelancongan dan perhotelan. Mungkin boleh jadi pemangkin kepada PARLO untuk kembali beraksi....
OPCOM5 Februari saya ada buat jangkaan gerakan harga berdasarkan corak segitiga, dan telah berlaku BO cuma sentimen semasa berjangkit pada OPCOM dan harga masuk kembali ke dalam segitiga, namun masih ada harapan untuk harga kembali membuat kenaikan, dan OPCOM boleh juga disesuaikan dgn corak cawan dan pemegang,
Sekarang harga mungkin akan turun dulu dan berdasarkan pergerakan harga dalam suku ke 4, prestasi syarikat dalam suku ke 3 mungkin juga kurang memberansangkan seperti prestasi 4 suku sebelum ini, jaga2 pada 26 februari tak lama lagi
GHLSYS1. Secara teknikal GHLSYS dalam proses melengkapkan corak carta cawan dan pemegang
2. Dan mungkin juga ada berita yang baik berkenaan keputusan laporan kewangan suku 4 nnt sehinggakan selesai sahaja suku 4 pada hujung tahun lepas, harga saham melonjak ke paras neckline, dan TP terdekat ialah pada neckline. Dan perhatikan juga pergerakan saham semasa laporan kewangan tersebut diumumkan dan dijangka pada 27 Februari nnt.
3. Dari segi fundamental, syarikat mengukuhkan kehadirannya dalam sekto e-payment system dan sokongan kerajaan terhadap sektor ini mungkin akan menggalakkan perolehan dan laba syarikat dalam jangka panjang
4. Sekiranya harga saham berjaya breakout neckline, paras seterusnya harga perlu menempuh rintangan kuat sehingga mencapai harga sasaran corak carta dimana terdapat rintangan jurang yang lama belum dpt tembus sehingga ke harini.
MINETEC BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT !!!Minetec antara kaunter yang jarang dipertuturkan. Namun, sejak akhir2 ini menjadi perbualan yang tidak kurang hangat.
Untuk permulaan saya meletakkan Target pada 15 Sen dan 17 Sen sekiranya harga pada rintangan kuat 12 Sen berjaya ditembus dengan Volume Overtake.
Dari Sudut FA pula, syarikat ini berjaya memenangi kontrak pembangunan di Cheras yang bernilai RM28m. Maka, untuk QR yang berikutnya pasti akan menunjukkan prestasi
yang lebih baik dan secara tidak langsung mampu menarik minat pelabur.
Saya jangkakan syarikat ini mampu untuk melangkah dengan lebih jauh. Namun, dari sudut TA juga perlu dikaitkan untuk Entry & Exit yang tepat agar modal tidak terperap lama khususnya bagi para pedagang.
ZECON - Pecahkan siling corak benderaZECON ditutup pada paras yang tinggi dengan volume yang besar, tetapi jangkaan harga akan melakukan retracement dulu di atas pergerakan harga yg overstretch ini, berdasarkan puncak terdahulu, dijangka juga harga akan berlegar legar mencari kekuatan untuk menyambung kenaikan sehinga harga sasaran tertinggi iaitu RM1. Berdasarkan kotak hijau yang dilukis boleh dijadikan sebagai harga sasaran terdekat. Pergerakan ke harga sasaran tertinggi ini juga mungkin memakan masa dalam 2-3 bulan dan hujung februari adalah hari pengumuman laporan suku ke2. kenaikan yang berlaku juga mungkin dipengaruhi oleh jangkaan laporan suku ke2 nnt.
Magni berpotensi untuk naik. Defensive StockMagni kelihatan telah membuat compressing hampir sebulan.
Berpotensi tinggi untuk membuat kenaikan selagi bertahan atas dari 2.55.
Entry Point pertama ialah apabila breakout 2.60 (ada kemungkinan untuk berlegar dalam lingkungan 2.60 - 2.67 dahulu antaranya untuk retest trendline).
Entry Point kedua pula ialah apabila breakout 2.67 (besar kemungkinan terus membuat impulsive move).
Kaunter-kaunter packaging adalah antara kaunter-kaunter yang in play sekarang. Selain itu sektor consumer products adalah antara defensive stock/sector (biasa jadi tumpuan apabila berlaku recession).
Syarikat ni sangat pemurah dalam bagi dividen. Memang betul-betul defensive stock.
Techfast, 5G, apakah bakal jadi daring stock 2020?Tecfast membuat corak kenaikan yang menarik dengan melantun di EMA 50 dan seterusnya membentuk Symmetrical Triangle. Kedudukan harga dengan ichimokunya, corak fibonaccinya amat menarik. Panjang kalau nak diterangkan di sini.
Jadi kita terus kepada rumusan. Tecfast merupakan salah satu daring stock pada 2017 sebelum mengalami kejatuhan pada tahun 2018.
Kini dengan sentimen 5G adakah ia mampu kembali menjadi daring stock pada tahun 2020? Techfast adalah penyedia mold cleaning rubber sheet yang digunakan dalam penghasilan semiconductor.
Dari segi teknikal Tecfast berpotensi untuk rally. Kini ia berada di counter trendline. Terdapat dua kondisi untuk dia membuat kenaikan.
1) Ia melepasi paras 0.475 iaitu ketinggian Spinning Top candle.
2) Ia retrace dahulu ke 0.440 sebelum membuat lantunan.
Sama-sama kita perhatikan pergerakannya.
FGV - Sudah melengkapkan Rounding bottom + berita baik1. Rounding bottom sudah lengkap dan menunggu breakout (Rujuk carta)
2. Ada beberapa berita baik yang mungkin boleh menjadi pemangkin untuk menolak harga ke atas lagi.
a. Harian Metro 29 November 2019 (Pelan transformasi berhasil)
b. Bernama 29 November 2019 (Hasil tadbir urus korporat yang tambah baik)
c. Syarikat dalam perbincangan dengan China untuk ekspot gula
jangkaan jualan dan belianarah belian dan jualan
PENAFIAN:
Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa ke tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk kesemua pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga boleh digunakan untuk dagangan anda.
Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keinginan mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melabur wang sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung rugi.
Anda harus berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan sendiri sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan.
HOMERIZ - kini pada aras rintangan kuatHomeriz, sekali lagi cuba menghampiri pada kawasan rintangan kuat carta pada 0.72-0.74
-kawasan ini perlu untuk diatasi untuk mengakhiri fasa sideways Homeriz, dan seterusnya meneruskan fasa uptrend.
-harga juga telah berada pada atas MA utama (EMA50/200SMA)
-Harga tertinggi 52W pada 0.745, dan seterusnya destinasi harga tertinggi untuk diatasi pada 0.765
-untuk volum distribution juga, nampak keminatan dagangan sejak Julai lalu dan kembali pada hujung bulan October.
-QR4 dijangka akan diumumkan minggu depan, dijangkakan untuk improved QR
-syarikat masih menpunyai PE yang rendah
-simpankan sebagai WL, dan monitor jika harga mampu untuk melepasi kawasan rintangan kuat.
Kemaskini Pelan GBPJPYMedia mainstream (Bloomberg, Reuters, CNBC..) mendakwa lonjakan harga itu merupakan headline reaction (Keputusan Supreme Court). Sterling telah di BID 5 minit sebelum pengesahan mahkamah tertinggi dan ini dikatakan oleh "pakar" di media bahawa ia disebabkan "buy the rumour, sell the fact"
Saya lihat dalam sudut yang berbeza : LIQUIDITY RUN. Buy Stops ditumpuk hanya sekitar harga Monday High (paras yang jelas,oleh itu bank menggunakannya untuk stop hunt). Dari perburuan stoplossitu, kini jajarannya telah terbentuk, menimbulkan perangkap untuk breakout traders dan reversal traders.
Secara teknikal, saya masih LONG Sterling. Saya tidak mempunyai alasan untuk LONG yang kuat berdasarkan sentimen / fundamental analysis. Walau bagaimanapun, Sterling sensitif apa sahaja perkembangan yang ada kena mengena dengan Brexit dibandingkan isu-isu ekonomi seperti INterest Rate, Inflation, Retail sales, GDP dan Employment. Kelmarin, dari segi logic ianya satu berita "baik" untuk sterling memandangkan "market" seolah-olah tidak suka Hard Brexit dan Boris Johnson hehehe.
Tetapi ini semua jangkaan tanpa bukti bagi saya. Maka jika tidak ada sentimen yang jelas, saya hanya bergantung pada apa carta beritahu saya
Saya melihat liquidity run (ditandakan dalam carta) dan jika harga pergi ke sana dan Low of the week akan terbentuk, saya akan melihat kepada Long GBPJPY (dan pasangan GBP lain)
AAX hampir ke harga ATLAAX, masih lagi gagal untuk menemui sokongan kukuh untuk menghentikan fasa koreksi yang masih lagi belum berakhir sejak awal tahun ini.
-harga terus jatuh semula selepas gagal untuk mengatasi garis major trendline
-dengan QR2 terburuk untuk AAX tahun ini juga pendorong untuk penjualan berterusan sehingga kini
-mempunyai issue2 dengan saman Mavcom, pembayaran cukai kepada MAHB, reorganization yang mungkin juga mengurangkan keyakinan untuk para pelabur untuk AAX
-harga kini sedang menurun untuk mencapai harga terendah ATL pada 0.15
-monitor jika AAX mampu untuk membentuk sokongan kuat pada ATL 0.15 untuk peluang pelaburan