FauziSaham

Techfast, 5G, apakah bakal jadi daring stock 2020?

Panjang
MYX:TECFAST   None
Tecfast membuat corak kenaikan yang menarik dengan melantun di EMA 50 dan seterusnya membentuk Symmetrical Triangle. Kedudukan harga dengan ichimokunya, corak fibonaccinya amat menarik. Panjang kalau nak diterangkan di sini.

Jadi kita terus kepada rumusan. Tecfast merupakan salah satu daring stock pada 2017 sebelum mengalami kejatuhan pada tahun 2018.

Kini dengan sentimen 5G adakah ia mampu kembali menjadi daring stock pada tahun 2020? Techfast adalah penyedia mold cleaning rubber sheet yang digunakan dalam penghasilan semiconductor.

Dari segi teknikal Tecfast berpotensi untuk rally. Kini ia berada di counter trendline. Terdapat dua kondisi untuk dia membuat kenaikan.

1) Ia melepasi paras 0.475 iaitu ketinggian Spinning Top candle.

2) Ia retrace dahulu ke 0.440 sebelum membuat lantunan.

Sama-sama kita perhatikan pergerakannya.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.