GADANG (9261) : Meneruskan kenaikan!1. EMA7 silang atas EMA200 (momentum belian kuat) akan meneruskan trend kenaikan.
2. Menguji beberapa rintangan dan menarik jika memecah rintangan 0.545.
3. Sesuai untuk pedagang mid dan long term.
Info Kaunter :-
GADANG HOLDINGS BHD
Sectors: Construction, Penny Stocks
Market Cap: 317 M.
Number of Shares: 661 M.
Float: 59.38%.
Kenyataan : Tiada 'buy call' diberikan. Kajian bertujuan untuk pembelajaran berdasarkan pandangan peribadi.
Kajian berdasarkan indikator yang bersifat laggard memerlukan backtest serta kesan daripada sentimen semasa.
Jika kajian ini memberikan manfaat, dipersilakan untuk IKUT,tanda SUKA, KONGSI dan SEBARkan kepada orang lain.
Gadang
GADANG Kembali Kepada Trend MenaikGadang telah pun memecahkan garisan menurun 2 tahun (DTL 2yrs) dan pada hari ini telah keluar dari awan ichimoku. Jika dilihat pada indicator Bollinger Band, Gadang berpotensi untuk membentuk pattern surf Bollinger Band. Aras target adalah di 0.455, 0.530 dan juga 0.590. Sama-sama kita perhati rapat dah sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
GADANG: Harga 40c Dividen 1.00Ex date pada 19 Nov, payment 10 Dec, kalau dah naik larat ke nak kejar? sama - sama kita termmenung tunggu naik dulu baru masuk.
simple math:
harga kini 0.40
andaikan modal 5000 dapatlah beli 12500 unit
entitlement day naiklah kaunter ni ke 0.50 maka 12500 X 0.5 = 6250 (untung 1250) + dapat dividen 1.00 seunit (12500 X 1.0) = 12500
Maka keuntungan = 12500 + 6250 = 18750
nak termenung tunggu naik lagi tak? atau menunggu harga turun?
GADANG Menarik Untuk Diperhatirapatkan. Potensi Tukar Trend. Gadang telahpun memecahkan Ichimoku Cloud disokong oleh volume yang kuat. Terdapat garisan menurun satu tahun (1yr DTL) hampir dengan harga ditutup pada Jumaat yang lalu. Aras sokongan terkuat boleh guna kumo resistance di 0.455 dan aras rintangan terdekat selain dari garisan menurun adalah di 0.530 dan 0.590. Jika berjaya memecahkan garisan menurun, Gadang akan menukar trend kepada trend bullish dan menaik. Mungkin Gadang boleh cuba mendaki kembali ke aras 52 minggu tertinggi (52 weeks high) sebelum ini iaitu di 0.940. Anak panah strong buy signal (EMA21 cross up EMA50) pun sudah muncul pada hari Jumaat yang lalu. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
GADANG Nampak Kuat dan BerpotensiGADANG memecahkan aras rintangan kuat di 0.42 disamping memecahkan aras EMA50 dengan disokong oleh volume yang kuat. Selain itu, Gadang berpotensi untuk memecahkan kumo resistance seterusnya melepaskan diri dari dibelenggu awan tebal. Jika berjaya pecah dan bertahan di atas awan ichimoku, Gadang akan cuba untuk memecahkan aras EMA200 dan juga garisan menurun 1 tahun (1yr DTL). Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
GADANG 24 JULAI 2019 - Paras rintangan seterusnya RM0.96Harga bergerak dalam trend menaik sejak dari bulan Mei lepas dari harga 0.79 hinggalah hari ini pada 0.92. Paras rintangan rm0.96 adalah sasaran seterusnya dimana ia merupakan harga tertinggi dalam 52 minggu. Jika minat belian lebih kuat selepas ini paras rintangan 0.96 ini dijangka berjaya dicapai. Jika harga jatuh paras sokongan adalah 0.89 , seterusnya 0.85.
Buy = 0.90-0.93
TP 1 = 0.94
TP 2 = 0.96
Cut loss = below 0.89 / below 0.85
PENAFIAN : Kajian diatas bukanlah saranan untuk membeli. Ia hanya sebagai perkongsian idea sahaja. Risiko pelaburan adalah atas tanggungjawab sendiri.
9261 GADANG : Di Dalam Trendline Kenaikan?GADANG berada di dalam trendline support & resistance yang cantik.
Masih tidak melepasi trendline support resistance atas dan bawah.
Berkemungkinan selepas ini GADANG akan meneruskan kenaikan sehingga 0.740 +- 0.005 dan cuba untuk melepasi rintangan tersebut.
Namun jangkaan harga tertinggi di sekitar 0.785 =- 0.005 sebelum melantun kembali ke bawah mencari support.
Masukkan di dalam watchlist anda, kaunter berpotensi ini.
Happy Trading.
JAUHI AMALAN PLAGIAT!