SCNWOLF (Serigala Mencari Habuan Setelah Berhenti Berehat)Sektor :
- Office Products, Plastics, Plastic Product (Consumer), Building Materials, Industrial Products & Services.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- SCNWOLF tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Dalam 10 quarter terkini, 70% adalah rugi. Untuk dua quarter paling terbaru, SCNWOLF dilihat membuat keuntungan secara berturut². Walaubagaimanapun, keuntungan SCNWOLF masih menyusut YoY sebanyak -204.32%.
- Hasil (revenue) SCNWOLF juga menyusut YoY sebanyak -14.47%.
- iSaham mengkategorikan SCNWOLF sebagai syarikat 'negative earnings'. Skip jika anda belum mahir untuk cut loss.
~ Teknikal ~
- Setelah muncul signal 'medium bullish divergence', SCNWOLF breakout MA 50 dan membuat kenaikan parabolic.
- Kemudian, SCNWOLF membuat pullback sehingga ke atas MA 50 dan fibo 0.382.
- Hari ini, harga SCNWOLF gap up menandakan pembeli mula menunjukkan minat terhadap SCNWOLF setelah harga jatuh sebelumnya.
- Gap up ini mungkin menunjukkan bahawa SCNWOLF sedang rebound. Ini disokong oleh 2 petunjuk:
1) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga cuba rebound di atas support.
2) MACD 4R1G (Penerangan di nota kaki).
- Jika harga mampu rebound di atas fibo 0.382 ini, kekuatan kenaikan terbaru bagi SCNWOLF ini adalah lemah (weak uptrend) dan berpotensi menuju ke RM 0.395.
Nota kaki :
* Medium Bullish Divergence = Keadaan dimana harga mendatar tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Gapup
RUBEREX (Dibayangi Sejarah Lampau)Sektor:
- Rubber Gloves, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan RUBEREX dalam keadaan trend menaik dan dilihat sangat memberangsangkan. Keuntungan RUBEREX QoQ dan YoY masing² mencatatkan peningkatan sebanyak 1430.7% dan 1055.43%. Hasil (revenue) RUBEREX juga di dalam trend menaik dan meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 179.73% dan 86.75%. Fundamental RUBEREX secara keseluruhannya dilihat sangat baik dan cemerlang.
- Dari sudut Teknikal, RUBEREX dilihat telah gap up kemudian BDTL dan berjaya tutup di atas MA 50 tetapi masih berada di bawah MA 200 menandakan RUBEREX masih downtrend untuk long term.
- Sebelum ini, RUBEREX pernah juga gap up kemudian BDTL dengan volume yang lebih kurang seperti terkini tetapi tidak lama kemudian, RUBEREX meneruskan penurunan. History repeats itself?
- NTA (Net Tangible Assets) bagi RUBEREX adalah RM 0.45 berbanding dengan harga semasa adalah RM 1.320. Jadi, RUBEREX sekarang masih over value dan berkemungkinan harga akan jatuh lagi sehingga ke paras RM 0.45.
- Walaubagaimanapun, jika harga mampu bertahan di atas MA 50 dan support terbaru iaitu RM 1, kemungkinan reversal ini valid. Tetapi jika sebaliknya, kemungkinan kenaikan ini adalah technical rebound atau dead cat bounce semata.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika sebelum meneruskan penurunan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
CENSOF (Berjaya Memecahkan Segitiga)Sektor:
- Technology, Electronic, Software.
Idea analisis:
- Sudut Fundamental sudah dibincangkan dalam posting sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, CENSOF telah berjaya 'break symmetrical triangle atau BDTL' dan 'rebound di atas trend line dan MA 50' dengan harga gap up.
- Stochastic RSI juga memberikan petunjuk bahawa harga akan reversal atau rebound di atas suppport baru yang terkuat.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
MESTRON (Sentiasa Mencipta Rekod Terbaru)Sektor:
- 5G, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan MESTRON YoY meningkat sebanyak 240.49% manakala hasil (revenue) pula menurun sebanyak -17.89%. MESTRON juga konsisten memberikan pelaburnya dividen dua tahun berturut² untuk tahun 2020 dan 2021 tetapi dividen yang diberikan pada tahun 2021 adalah lebih rendah berbanding dividen tahun 2020.
- Dari sudut Teknikal, MESTRON berada di atas MA 200 menandakan MESTRON masih dalam keadaan uptrend untuk long term.
- Sepanjang uptrend ini, MESTRON pada mulanya menunjukkan signal strong bullish divergence sebelum harga menaik.
- Kemudian, muncul signal strong bearish divergence sebelum harga gap down.
- Tidak lama selepas itu, harga mula menaik ke atas MA 20 dengan gap up.
- Muncul sekali lagi signal strong bullish divergence tetapi harga tenang diposisi.
- MESTRON meneruskan kenaikan dan sentiasa mencipta ATH yang baru dengan menjadikan mid BB sebagai dinamic support.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun tetapi stochastic RSI menaik.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Gap down = Harga dibuka rendah berbanding harga ditutup hari sebelumya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
HPMT (Mencipta Pencapaian Terbaru Setelah Berjaya Pecahkan Cup)Sektor:
- Industrial Materials, Components & Equipment, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, HPMT dilihat membuat keuntungan dan hasil (revenue) secara konsisten. Kentungan meningkat YoY sebanyak 5.9% manakala hasil (revenue) menurun YoY sebanyak -8.62%. HPMT juga menawarkan dividen dan kelihatan dividen yang diberikan meningkat sebanyak 2.26 untuk tahun 2021 (1.38 sen sesaham) berbanding tahun 2020 (1.24 sen sesaham).
- Dari sudut Teknikal, HPMT dilihat telah breakout ATH dan cup and handle pattern dengan volume yang sangat signifikan. Harga juga dibuka gap up ketika ini.
- Jika mengikut teori cup and handle pattern, HPMT berpotensi menuju ke RM 0.895 dengan keutungan sebanyak 53.82%.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
WIDAD (Menuju Kegemilangan Sebelum Ini)Sektor:
- Trading & Services, Industrials Products, Integrated Facilities Management, Construction, Vaccine.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) WIDAD menurun QoQ dan YoY. Secara keseluruhan, iSaham mengkategorikan WIDAD sebagai syarikat negative earnings.
- Dari sudut Teknikal, WIDAD hari ni telah menaik sebanyak 34% dengan dibuka gap up di sebelah pagi.
- RBS 0.690 merupakan garisan penting untuk WIDAD tembusi bagi menutup gap down.
- Sebelum ini, WIDAD pernah menutup gap down tetapi tidak berjaya melepasi RBS 0.690.
- WIDAD meneruskan penurunan kemudian WIDAD berjaya BDTL.
- Kemudian, WIDAD meneruskan kenaikan dan berjaya tutup di atas MA 50 dan semakin menghampiri RBS 0.690.
- Jika harga tidak mampu melepasi RBS, boleh jadikan Fibo sebagai garisan untuk harga membuat pullback. Support terakhir adalah 0.500.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Gap up = Harga dibuka lebih tinggi daripada harga ditutup sebelumnya.
* RBS = Resistance Become Support.
* Gap down = Harga dibuka lebih rendah daripada harga ditutup sebelumnya.
* BDTL = Break DownTrend Line.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Sektor Teknologi (Bangun Tidur)Sektor Teknologi masih berada di dalam uptrend corridor / channel. Pada awal Mac, Sektor Teknologi membuat correction sekitar 12.15%. Kejatuhan ini adalah kesan daripada kejatuhan Sektor Teknologi di US.
Terkini, Sektor Teknologi US kembali menghijau dan ini juga memberi kesan kepada Sektor Teknologi di Bursa Malaysia. Harga gap up pada awal dagangan sekitar 3.56%. Walaubagaimanapun, selepas gap up, harga ditutup lebih rendah daripada harga awal dagangan.
CARIMIN (Jalan Terus!)Sektor:
Energy, Oil & Gas, Trading & Services, Equipment & Services.
Idea analisis:
- Break down trend line (BDTL).
- Mencipta satu trend yang baru.
- Gap up dengan volume yang tinggi dan meneruskan kenaikan.
- MACD mendaki ke atas paras 0.
- SMART MCDX menunjukkan 'jerung' mula menguasai pasaran.
- Sekali lagi break resistance 0.715 dengan candle yang sangat solid.
- Adakah CARIMIN akan meneruskan kenaikan?
Idea trading plan:
- Jika resistance menjadi support (RBS), boleh entry berhampiran dengan RBS 0.715 atau;
- Entry berhampiran trend line dan 'ride the trend' atau;
- Jika berlaku false breakout, boleh entry berhampiran support 0.615.
- CL jika harga tutup di bawah trend line atau;
- Tunggu sehingga MACD cross down atau;
- SMART MCDX menunjukkan penurunan ketinggian bar merah.
K1 Chart Pattern Yang Kuat dan MenarikK1 telahpun memecahkan aras EMA200 dengan volume yang kuat. Begitu juga dengan awan Ichimoku. Selain itu, apa yang menarik adalah gap yang menunjukkan tujahan yang kuat untuk K1 meneruskan perjalanan ke atas. Garisan biru adalah garisan menurun (DTL). Sama-sama kita perhati rapat jika K1 dapat memecahkan garisan DTL tersebut. Boleh la sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
BRAHIMS tak tutup gapBRAHIMS gap up dan kekal atas 0.175. Dah pecah short term resistance 0.19.
Target adalah sekitar 0.24. Cut loss bawah 0.175