KEYASIC (Berehat atau Bertukar Arah?)Sektor:
- Technology, Internet of Things (IoT), Electronic.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, KEYASIC telah mencatatkan kerugian sebanyak 8 quarter berturut². Hasil (revenue) KEYASIC juga dalam trend menurun. Keuntungan dan revenue KEYASIC menunjukkan kemerosotan YoY masing² sebanyak -159.23% dan -7.78%.
- Dari sudut Teknikal, dalam time frame (tf) daily, KEYASIC menunjukkan kenaikan parabolic dengan volume yang sangat signifikan.
- Hari ini, KEYASIC membentuk candle gravestone doji pada tf daily memberikan signal reversal.
- Bagi meneliti lebih terperinci, saya gunakan tf 4 jam untuk membuat kajian.
- Setelah melakukan kenaikan parabolic, kini KEYASIC dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu RM 0.210.
- KEYASIC perlu membuat rebound samada di atas fibo 0.5 atau fibo 0.382 bagi meneruskan kenaikan.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Gravestone Doji = Keadaan dimana harga buka sama dengan harga tutup dengan ekor panjang di atas.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Gravestonedoji
Review TEKSENG (7200) - Weekly TimeframeSetelah melakukan kenaikan bermula 21 Julai 2020, harga telah mencapai kawasan rintangan WEEKLY yang agak keras jika dilihat dari sejarahnya. Jika berjaya melepasi kawasan rintangan ini, harga akan menuju ke paras 0.960 sebelum cuba melepasi paras harga psikologi iaitu pada harga RM1.00. Pada masa ini, berkemungkinan harga akan berehat dahulu, sama ada bergerak secara sideway di kawasan rintangan ataupun turun menuju paras sokongan weekly terdekat di kawasan 0.805 sebelum meneruskan kenaikan.
Jika dilihat pada TF Daily, candle terakhir yang terbentuk pada Jumaat (24/07/2020) adalah berbentuk GRAVESTONE DOJI dengan volume yang agak tinggi. Ini menunjukkan tekanan jualan yang berlaku disebabkan aktiviti pengambilan untung dari pedagang-pedagang yang telah masuk pada hari-hari sebelumnya. Harga mesti melepasi puncak tertinggi doji tersebut jika ingin meneruskan kenaikan.
#sekadarkajianperibadi
#tradeatyourownrisk
#TAYOR
#notAbuycall
Doji anak beranak - batu nisan dan tukul terbalikAda satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut.
Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik.
Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi dan terendah doji tu.
Bagi katergori hari ini, kesemuanya tidak mempunyai ekor, mesti licin di bawahnya
Penerangan ringkas dalam video di atas.