Corak Harmonic
sedikit kajian saham -cara penggunaan alert di trading view sila tonton video berikut
semoga berguna untuk trader baru yang belum tahu cara penggunaan alert
dr wl remiser >trading plan> set alert di trading view ..
untuk dapat set alert lebih dr 1 pastikan akaun anda ialah pakej essential dan keatas
set alert ikut kriteria yang anda kehendaki /fahami
bila price hit target ...alert akan memberikan notification
sila kaji lebih lanjut mengikut kemahiran dan skill masing2
entry dan exit adalah tanggungjawab anda sendiri
penulis tiada memberi nasihat jual beli
sila rujuk pihak berautoriti
tayor ,sekian semoga bermanafaat buat trader baru
FAHAMI TABIAT PEMBELI/PENJUAL>MASUK KELUAR TEMPAT & MASA BETULSebagai pedagang, kita harus memahami kebiasaan/tabiat pasaran iaitu tempat berlakunya
Jual beli agar kita dapat menguasai pola pasaran ini seterusnya dapat meningkatkan hasil
Yang lebih baik dan mengurangkan kerugian.
Kebiasaan/tabiat ini menjadikan pedagang lebih cekap dan tahu dimana dan masa yang sesuai
untuk masuk atau keluar dari pasaran. Kondisi ini terpakai untuk semua strategi sama ada dagangan jangka Panjang atau pendek. Malah ia menjadi Teknik hakiki bagi pedagang institusi/bangker khususnya bagi dagangan jangka pendek(intradayq/shotterm) dengan jumlah unit/lot yang besar.
HIGHERI SEBAGAI AREA JUALAN
LOWERI SEBAGAI AREA BELIAN
TABIAT PASARAN, TEMPAT DAN MASA YANG BETUL
NOTA*
1. Kondisi/kebiasaan ini berlaku dengan pengecualian cataliz/spekulator/govtmnt isu,
dimana harga pump&dump bagi kaunter tertentu.
2. Stok yang mempunyai prospektus yang positif akan membentuk pola seperti kebiasaan
yang disebut(seperti dalam carta).
3. Pedagang akan mengulangi tabiat ini secara berulang khususnya stok yang dalam
permulaan menaik dan bersambung dalam tempoh kenaikan tersebut. Berulang-ulang
sehingga akhir tren. *padagang perlu rujuk cara/kondisi berakhirnya tren atau patah tren
menaik tadi.
PENAFIAN;
CATATAN INI BUKANLAH PANGGILAN BELI/JUAL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN.
HEXIND: MERANCANG DAGANGAN & POTENSI BERPANDUKAN PATTERN & TRENDSila rujuk analisis di carta bagaimana merancang dagangan apabila sesuatu saham atau pasaran membuat corak dan trend seperti di atas.
Strategi ini juga boleh di aplikasikan dalam pasaran lain selain pasaran saham.
NOTA : analisis di atas hanya menunjukkan potensi dan peluang sahaja dimana tidak menunjukkan perincian dari segi harga entry/exit/TP/SL.
PENAFIAN :
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
BAGAIMANA MENCARI SUMBU ROKETSeperti yang kita lihat dalam carta, bagaimana kaunter SYSCORP membuat kenaikan dalam kadar yang tinggi hampir 90% dalam jangka singkat ( 12 hari )pada bulan Ogos lepas. Kita boleh dan akan menjumpai kaunter sebegini dengan sedikit usaha dan teknikal sebelum ia membuat perubahan ketara yang kita panggil " MEROKET".
Sebelum itu, berdasarkan carta harga SYSCORP ia berada dalam downtrend dan mula uptrend pada akhir 2020. Ini ditunjukkan oleh garisan Exponential Moving Average(EMA) iaitu harga mula berada di atas EMA200. Ketika ini ia mencapai 137 % kenaikan. Kenaikan ini ditunjukkan oleh isyarat ST. Kemudian ia membuat pergerakan SIDEWAY lebih kurang 1 tahun 6 bulan dimana jarak nilai support & resistance lebih kurang 10sen. * jika kita amati kaunter seumpamanya nilai ini lebih kurang sama.
Dan bulan ogos lepas ia breaks resistance dan meroket sebanyak 85% dalam masa 12 hari.
Keadaan sebeginilah yang kita hendak cari...!!! Adakah sukar???
Tidak sukar dengan sedikit kerajinan, teknikal asas dan kesabaran...
BAGAIMANA?
STEPS;
1. Cari kaunter nilai harga 30sen ke atas, yang UPTREND dan bergerak SIDEWAY selepas uptrend tadi.
Atau cari kaunter DOWNTREND dan bergerak SIDEWAY.
2. Kenalpasti jarak/range harga antara support & resistance ketika ia bergerak SIDEWAY tadi. Jarak yang signifikan ialah 10 sen.
3. Permulaan sumbu apabila EMA30 cross-up EMA100. Marking dan observe. Masukkan dalam list atau alert.
Harga tidak akan meroket terus. Di sini ia menuntu kesabaran. kebiasaannya ia membuat " test" di resistance, dan pullback, beberapa kali.
Kemudian harga sedikit demi sedikit menaik ke resistance dan mula BREAKS reistance seterusnya meroket ke awan.
*NOTA
1. ST di carta ialah signal SUPER TREND iaitu EMA30 cross-up EMA100. Ini ialah permulaan sebelum ia bull/membuat kenaikan.
2. KESABARAN. Ingat, harga bukannya terus meroket pada ST.
3. PULLBACK. Retailer akan out kerana harga mula turun. Whales akan in/sambut di support.
4. Jika harga pecah support SIDEWAY maka teknikal ini terbatal. Jarang berlaku tetapi tidak mustahil. STRONG support sangat penting untuk dinilai.
PENAFIAN :
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
KAJIAN: ANALISIS STRATEGI BREAKOUT,CHART PATTERN,UNJURAN NILAI Analisis di atas adalah salah satu kajian ringkas berkaitan strategi breakout yang boleh digunakan dalam sesuatu dagangan. Ia menunjukkan pola pembentukan harga daripada paras bawah dan bermulanya harga breakout kali pertama dan seterusnya serta sehinggalah kepada harga tertinggi yang dicapai.
ANALISIS BREAKOUT
= kali pertama ( FRESHBREAKOUT )breakout menunjukkan volume semakin meningkat, fresh breakout ini berlaku ketika harga sebelum berada dalam sideway atau tren menurun.
= kali kedua ( 52WH BREAKOUT),volume semakin bertambah, harga 52 minggu telah pecah.
= kali ketiga ( ATH BREAKOUT ), harga tertinggi telah dicapai, ini menunjukkan momentum harga akan lebih kuat. Perubahan harga mencapai lebih 80% bermula dari breakout kali pertama.
= ENTRY area adalah kawasan petak berwarna purple iaitu support area dimana ia adalah harga yang break sebelum ini. Ia dinamakan RESISTANCE BECOME SUPPORT(RBS)
*pedagang perlu menganalisis FALSE BREAKOUT bagi mengenalpasti kemenjadian sesuatu BREAKOUT.
ANALISIS CHART PATTERN.
= Pola pergerakan harga harian telah membantuk satu corak yang dinamik dimana ia membentuk " CHART PATTERN".
= dalam analisis ini, terdapat dua corak iaitu PENNANT PATTERN dan FLAG PATTERN.
= PENNANT > candle panjang terbentuk sebelum pembentukan pattern, dalam keadaan uptrend, tempohnya dalam sebulan sahaja.
= FLAG PATTERN > selepas pembentukan candle bullish yang panjang ia membuat pembetulan dalam beberapa hari sahaja sebelum harga naik semula. Ideanya adalah entry ketika harga pembetulan(pullback/support RBS).
UNJURAN NILAI
= daripada analisis di atas ia menunjukkan harga membuat perubahan menaik yang ketara selepas berlakunya breakout.
= dalam tempoh di atas, ia membuat unjuran sebanyak 40% sehingga 80% setiap kali breakout.
= unjuran lebih tinggi boleh dibuat apabila harga telah memecah harga 52 minggu dan ia menunjukkan trend yang semakin menaik.
* analisis ini adalah berdasarkan analisis teknikal sahaja.
* terdapat analisis lain ( teknikal/fundamental ) yang perlu ditimbang tara
PENAFIAN:
CATATAN INI ADALAH KAJIAN DAN IDEA ANALISIS UNTUK PENDIDIKAN SAHAJA. PLEASE TAKE NOTE, TRADE AT YOUR OWN RISK.
Corak ABCD Corak ABCD (AB=CD) adalah salah satu corak carta klasik yang diulang berulang kali. Corak ABCD menunjukkan keharmonian yang sempurna antara harga dan masa dan juga dirujuk sebagai 'langkah yang diukur'. Ia dibangunkan oleh Scott Carney dan Larry Pesavento selepas pada asalnya ditemui oleh H.M Gartley.
Ayam CCK membentuk Regular Bearish Divergence?Apa itu (Regular) Bearish Divergence ?
Pergerakan trend sesuatu saham yang membentuk Regular Bearish Divergence dijangka akan berlakunya perubahan trend. Hal ini demikian disebabkan keadaan sesuatu saham itu dilihat kehilangan momentum untuk meneruskan pergerakan uptrend.
Walaupun berlakunya kenaikan harha yang lebih tinggi dalam sesuatu saham, namun minat belian semakin kehilangan momentum. Ini ditunjukkan melalui oscillator.
Kita akan melihat saham CCK daripada beberapa perkara:
1. Pembentukan pada chart apabila higher high terbentuk.
Harga CCK dijangka akan berpotensi untuk bergerak ke bawah disebabkan momentum belian yang semakin lemah telah berlaku. Saham CCK bergerak ke atas sehingga membentuk higher high namun sebaliknya pula berlaku di oscillator.
2. Indicator RSI dan MACD yang membentuk higher low telah menunjukkan momentum belian yang semakin lemah telah berlaku. Walaupun berlaku kenaikan harga pada carta namun momentum tersebut dilihat tidak mampu menolak indicator RSI dan MACD untuk menaik melebihi paras sebelum ini.
3. MACD setelah melakukan dead cross dan kini berada di paras negatif.
Berkemungkinan besar CCK akan kembali mencari garisan sokongan atau mencari tapak yang baharu untuk pergerakan selepas ini. Masa yang akan menentukan
*Fakta menarik: CCK merupakan salah satu saham yang bagus untuk dilabur kerana daripada menternak ayam sehingga ke penjualan ayam di pasaraya dilakukan oleh CCK sendiri. Mereka dapat memaksimumkan keuntungan. Ini dibuktikan dengan QR CCK sejak sebelum ini.
Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan regular bearish divergence dalam carta.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa Malaysia.
Jaga risiko, jaga support sebaiknya
UWC membuat penurunan sementara sebelum melangit kembali Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad ..
Semoga sahabat-sahabat mendapat sedikit kebaikan dari kongsian aku ini ye!!!...
Meh lihat...18.2.21 tarikh yang telah di bahagikan bonus issue,,,,
So biasa nya akan berlaku nya Sell pressure kerana pemegang-pemegang telah melepaskan pegangannya untuk taking profit...So harga akan drop kerana penjualan beramai-ramai tanpa demand pembeli yang ramai...Jangan nangis ye bagi yang loss...
Harga mungkin akan duduk di area yang support atau akan berada di sekitar Ema 20....Cuba korang lihat trend support kuat di area Ema 20..
Harga banyak menyentuh dan pantul memantul di area ini,,,,
In shaa Allah,boleh letak entry terbaik di Ema ini and support yang telah di lakar kan di atas dan korang boleh layan swing trade dan sekiranya harga drop so boleh wait di area Ema 50...Jangan beli tanpa keyakinan dan kajian sendiri yer!...
Unuk Ema 100 and 200 ni more yang suka simpan duit lama-lama atau kaki investment boleh layan EMA ini...Kaki peram..
Sekadar memberi ulasan dan pembelajaran ....Semoga bermanfaat dunia akhirat...
Akan datang? HSS Engineers (0185.kl)Kod saham: 0185
Nama saham: HSS Engineers Bhd
Screener: 18LC untuk 22 Feb 2019 (www.tradevsa.com)
Tarikh pemerhatian: 26 Feb 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Sebaran harga yang kecil dengan volume yang rendah antara hujung Ogos'18 hingga hujung Dis'18.
- Ketika harga menaik, sebaran harga menjadi besar dan volume tinggi.
b) Peringkat Pasaran:
- Harga bergerak secara sideway sejak hujung Ogos'18.
- Bermula awal tahun 2019, harga tutup diatas paras 20MA & 40MA.
- Kemungkinan pengakhiran peringkat Accumulation (S1).
c) Trend Line:
- Seperti yang dinyatakan, harga bergerak secara sideways sejak hujung Ogos'18.
- Harga cuba menembusi Resistance Line pada 20 Ogos'18 tetapi tidak berjaya.
- Cubaan seterusnya dilakukan pada 17 Jan'19 dan terakhir pada 25 Feb'19.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga kini berada diatas Resistance Line.
- Sekiranya harga tidak tutup dibawah Resistance Line, kebarangkalian untuk harga melonjak naik adalah tinggi.
- Kita lihat situasi saham ini semula selepas waktu transaksi.
Dagangan kita, tanggungjawab kitaDalam pasaran, untung rugi adalah tanggungjawab sendiri. Hanya kita yang berhak untuk tentukan hendak beli atau jual.
Meminta pandangan itu tidak salah. Dan kalau boleh, jangan letakkan seratus peratus kesalahan pada si pemberi pandangan jika kita rugi di dalam pasaran.
Cuba cari kelemahan sendiri dan perbaiki sedikit demi sedikit.
Selamat bercuti.