HPMT
HPMT - QR dan Trend yang cantikKaunter yang telah lama berada dalam Watch List saya.
QR yang sentiasa meningkat .
Carta dapat dilihat sentiasa membuat trend kenaikan yang sihat.
Dari segi EW saya dapati ia sedang menuju ke wave 3 besar.
Sekarang sama ada ia sedang menyiapkan subwave 5 dari Wave 3 , atau jika ia pullback di hujung channel, kemungkinan ia baru menyiapkan subsubwave 5 dari Subwave 1 dari wave 3.
Target saya di 0.80 dulu . Jika berjaya pecah channel ia mungkin akan meneruskan kenaikan untuk menyiapkan wave 3 besar.
Hidden Bullish Divergence sudah kelihatan memberi petanda ia akan meneruskan kenaikan.
TAYOR.
HPMT WEEKLY TF, CORAK ASCENDING TRIANGLEHPMT - QFR sangat memberangsangkan, yang mana keuntungan sentiasa bertambah setiap suku tahun.
Di carta mingguan, ia kelihatan membentuk corak segitiga yang sedang menaik (ascending triangle) yang kebiasaannya merupakan petanda awal harga saham bakal membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Harga saham telah bertahan di RBS 0.61 selama 3 bulan, di mana fasa pengumpulan sedang berlaku.
Dari segi Elliot Wave, ia dalam membuat subwave 5 of wave 3.
Wave 5 dijangka berakhir di sekitar 0.78 ke 0.80 sen, sebelum pullback untuk menhabiskan wave 3 yang utama.
Hanya sekadar kajian saya, bukan SIGNAL PEMBELIAN.
HPMT akan membuat pantulan semula ke atas Analisa Teknikal Gelombang Elliot : pengiraan semul & menukar label Tahap Darjah EW
#MOMENTUMBREAKOUT
kini berada di gelombang pembetulan Mikro iv akan memulakan pergerakan menaik ke gelombang subminuette iii , terdapat pembelian yang kuat di akhir dagangan semalam , di jangka akan ada pergerakan menaik semula ke atas untuk meneruskan ke arah Gelombang SubMinuette iii dan memecahkan lagi Harga tertinggi sepanjang masa dengan momentum volume yang kuat .
Unjuran Kewangan amat memberangsangkan pada suku tahun yang terbaru
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Analisa Terdahulu :
HPMT akan menurun sebelum mendaki di Gelombang Besar 5 Sektor : Industri Produk
Info Syarikat :
HPMT Holdings Berhad, syarikat pemegangan pelaburan, mengeluarkan dan mengedar alat pemotong di Eropah dan Asia. Ia menawarkan alat pemotongnya di bawah jenama HPMT, dan juga di bawah label peribadi melalui pengedar atau terus kepada pengguna akhir.
Laporan Kewangan Semasa :
Laporan kewangan suku tahun Jun 2021 .. mencatat keuntungan memberangsangkan bagi keseluruhan pendapatan syarikat tahun 2021
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini berada di Gelombang besar lima & telah memulakan pergerakkan menaik ke atas di gelombang kecil satu.
seterunya akan buat penurunan sementara ke Gelombang kecil 2 di tahap fibo 23.8% sebelum mendaki kembali serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal ) untuk meneruskan Gelombang besar 5
* bagi sasaran Gelombang 5 akan kerap berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
*Nota Corak Paten*
Corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
Garis Panduan
• Jenis gelombang motif khas yang muncul sebagai pembahagian gelombang 5 dalam
impuls atau pembahagian gelombang C dalam zigzag
• Dalam Rajah , pepenjuru akhir adalah pembahagian gelombang 5 dalam dorongan.
• Pepenjuru akhir biasanya dicirikan oleh tumpang tindih gelombang 1 dan 4 kecil
dan juga oleh bentuk baji. Walau bagaimanapun, pertindihan antara gelombang 1 dan 4 kecil
bukanlah suatu keadaan dan mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku
• Pembahagian pepenjuru akhir ialah 3-3-3-3-3 atau 5-3-5-3-5
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 50%, 61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 10-12 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
HPMT (Mencipta Pencapaian Terbaru Setelah Berjaya Pecahkan Cup)Sektor:
- Industrial Materials, Components & Equipment, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, HPMT dilihat membuat keuntungan dan hasil (revenue) secara konsisten. Kentungan meningkat YoY sebanyak 5.9% manakala hasil (revenue) menurun YoY sebanyak -8.62%. HPMT juga menawarkan dividen dan kelihatan dividen yang diberikan meningkat sebanyak 2.26 untuk tahun 2021 (1.38 sen sesaham) berbanding tahun 2020 (1.24 sen sesaham).
- Dari sudut Teknikal, HPMT dilihat telah breakout ATH dan cup and handle pattern dengan volume yang sangat signifikan. Harga juga dibuka gap up ketika ini.
- Jika mengikut teori cup and handle pattern, HPMT berpotensi menuju ke RM 0.895 dengan keutungan sebanyak 53.82%.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.