deanmentari

HPMT akan menurun sebelum mendaki di Gelombang Besar 5

Panjang
MYX:HPMT   HPMT HOLDINGS BERHAD
Sektor : Industri Produk

Info Syarikat :
HPMT Holdings Berhad, syarikat pemegangan pelaburan, mengeluarkan dan mengedar alat pemotong di Eropah dan Asia. Ia menawarkan alat pemotongnya di bawah jenama HPMT, dan juga di bawah label peribadi melalui pengedar atau terus kepada pengguna akhir.

Laporan Kewangan Semasa :
Laporan kewangan suku tahun Jun 2021 .. mencatat keuntungan memberangsangkan bagi keseluruhan pendapatan syarikat tahun 2021

Analisa Teknikal Gelombang Elliot :

kini berada di Gelombang besar lima & telah memulakan pergerakkan menaik ke atas di gelombang kecil satu.
seterunya akan buat penurunan sementara ke Gelombang kecil 2 di tahap fibo 23.8% sebelum mendaki kembali serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal ) untuk meneruskan Gelombang besar 5

* bagi sasaran Gelombang 5 akan kerap berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%


*Nota Corak Paten*
Corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )

Garis Panduan


• Jenis gelombang motif khas yang muncul sebagai pembahagian gelombang 5 dalam
impuls atau pembahagian gelombang C dalam zigzag

• Dalam Rajah , pepenjuru akhir adalah pembahagian gelombang 5 dalam dorongan.

• Pepenjuru akhir biasanya dicirikan oleh tumpang tindih gelombang 1 dan 4 kecil
dan juga oleh bentuk baji. Walau bagaimanapun, pertindihan antara gelombang 1 dan 4 kecil
bukanlah suatu keadaan dan mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku

• Pembahagian pepenjuru akhir ialah 3-3-3-3-3 atau 5-3-5-3-5

Nota Teknikal Analisis : -

* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 50%, 61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 10-12 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume

*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.