DOW JONES DI KAWASAN POSITIF DI ATAS GARISAN MA 200-HARIDow Jones masih terapung di kawasan positif di atas garisan merah MA 200-hari. Mengikut momentum semasa, kami menjangkakan kesinambungan positif yang bakal membawa indeks ini ke atas menembusi rintangan terdekat di 266,280 mata.
Secara keseluruhan, tren utama masih menunjukkan petanda tujahan ke atas. Garisan MA 50-hari masih berada di atas garisan MA 200-hari mengekalkan pandangan kami terhadap pergerakan positif.
Sokongan pertama pada 25,500 poin, diikuti sokongan kedua 24,680 poin. Manakala rintangan terdekat pada 26,280 poin, diikuti oleh rintangan seterusnya pada 27,000 poin.
Index
DOW MELANTUN DI ATAS SOKONGAN 200-HARI GARISAN MADow Jones melantun sebagai tanda unjuran gerakan positif semenjak pembentukan corak "Bullish Harami", yang menunjukkan peralihan pergerakan daripada arah bawah ke atas. Dari perspektif teknikal, perkara ini adalah isyarat penting yang menunjukkan bahawa sentimen pasaran bertambah baik, terutama sekali apabila isyarat positif ini muncul tepat di atas garis sokongan utama 200 hari merah MA. Perhatikan bahawa "Golden Crossover" juga boleh dilihat pada penanda "Slow Stochastic". Hal ini menunjukkan momentum mula berkumpul, menguatkan lagi pandangan positif kami.
Secara teknikalnya, kita melihat garis MA merah 200 hari sebagai penanda aras penting di mana indeks melantun untuk menamatkan sentiment lemah yang membawa Dow turun sekitar 5% dari paras teringi 27,000 pts sebelumnya.
Sokongan segera pada 26,278 pts diiukti oleh seokongan kedua 25,500 pts. Dalam masa yang sama, rintangan kuat kelihatan pada aras 27,000 pts.