YKGI (Masih Berbisa atau Meninggalkan Sisa?)Sektor :
- Steel, Industrial Products & Services, Metals.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- YKGI boleh dikategorikan sebagai syarikat 'loss making company' kerana data menunjukkan dalam 12 quarter terkini, YKGI membuat kerugian di dalam 10 quarter. Hanya 2 quarter yang membuat keuntungan dalam tempoh 12 quarter terbaru ini iaitu Q2 2021 dan Q4 2020.
- Secara keseluruhan, keuntungan dan hasil (revenue) YKGI di dalam trend menurun.
- Walaubagaimanapun, keuntungan YKGI dilihat meningkat YoY sebanyak 85.7%.
~ Teknikal ~
- YKGI masih uptrend dengan menjadikan trend line dan MA 50 sebagai supportnya.
- Sepanjang kenaikan ini, retracement dapat dikesan dengan signal 'bullish divergence' yang dipaparkan oleh stochastic RSI. Ini dapat menjadikan panduan kepada para pemegang saham YKGI untuk terus memegang saham ini (hold) atau menjualnya sedikit untuk keuntungan atau menjual kesemuanya.
- Terkini, YKGI dilihat berada dalam fasa retracement sekali lagi dan muncul petanda reversal iaitu candle 'inverted hammer'.
- Kemungkinan YKGI akan rebound di atas trend line dan MA 50 untuk meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance pada harga RM 0.330.
- Jika harga tidak mampu rebound di atas trend line dan MA 50 ini, harga berpotensi menuju ke paras classical support iaitu RM 0.220 dan menunggu stochastic RSI cross up di paras oversold untuk rebound dan meneruskan kenaikan.
- Jika harga tidak mampu juga bertahan dan rebound di atas paras harga RM 0.220 ini, harga berkemungkinan menuju ke support seterusnya iaitu RM 0.200 yang merupakan paras harga psikologi.
Nota kaki :
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei.
* Q4 = Quarter keempat. Kebiasaanya pada bulan November.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI mendatar.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'classical support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Inverted Hammer
Doji anak beranak - batu nisan dan tukul terbalikAda satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut.
Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik.
Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi dan terendah doji tu.
Bagi katergori hari ini, kesemuanya tidak mempunyai ekor, mesti licin di bawahnya
Penerangan ringkas dalam video di atas.