IRISKajian teknikal analisis kaunter iris
1. CS berjaya close di atas garisan ema5
2. Ema 5 juga berjaya silang garisan midd bb dan ema50
3. Stochastic nampak dah OB ( perlu hati-hati ) nampak seperti akan berehat sebentar
4. Jika berjaya memecahkan resistance 260 di jangka akan terus ke garisan fibo yang seterusnya
Ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli dan menjual. TAYOR
IRIS
IRIS Membuat Cubaan Memecah Garis Aliran Kebawah (BODTL)IRIS dilihat membuat downtrend sejak Feb 2021 lagi dan pada 17 Ogos ia membuat Paras Terendah (Lower Low) dan selepas itu membuat lantunan bertenaga. Pada 20 Ogos ia cuba memecah garis rintangan dan boleh perhatikan pada hari-hari kedepan untuk membuat pengesahan perubahan trend. Minat belian masih lagi ada untuk kaunter ini.
Kawasan masuk: 0.225 - 0.235
Ambil untung: 0.265 - 0.28
Potong Rugi: 0.215
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
IRIS: Cubaan Bertahan di MA 20- Sektor: Sectors: Industrial Products, Penny Stocks, Electronic, Software, Integrated Immigration System
Analisis Fundamental
- Perolehan IRIS mengalami trend penurunan untuk setiap QR.
- Bermula Q4 20 sehingga ke Q3 21 IRIS masih gagal untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan mereka.
-Pada hujung Januari IRIS telah memperoleh letter of award (LOA) projek National Integrated Immigration System (NIIS) yang bernilai 1.8 billion daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Analisis Teknikal
1. Cubaan bertahan di atas MA 20. Halangan seterusnya jika bertahan adalah MA 50. Sudah 3 kali percubaan untuk melepasi rintangan dinamik MA 50 namun berlaku lantunan ke bawah semula.
2. RSI pada di bawah paras 50 menunjukkan momentum IRIS mulai melemah.
3. MACD telah melakukan golden cross di kawasan negatif menunjukkan signal belian telah muncul namun masih tidak kuat.
IRIS masih perlu melepasi harga Rm0.30 (rujuk fibo) dan rintangan dinamik MA 50 dahulu agar carta IRIS akan menjadi menarik dan akan mencuba paras RM0.33 pula.
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukanlah cadangan belian mahupun jualan.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
IRIS: Misi 0.33 (Adakah Berjaya atau Tidak?) UPDATESeperti yang kita senaraikan SnR yang lalu, harga ditutup pada harga support yang kita senaraikan menandakan kaunter ini masih berada di laluan yang betul, Resistance 0.300 agak sukar ditembusi. Sekiranya berja ditembusi, Pergerakan harga akan menuju ke 0.310 di EMA200.
Maka SnR saya senaraikan seperti di bawah:
Support: 0.29/0.285
R1: 0.305
R2: 0.310
R3: 0.330
IRIS: Misi 0.33 (Adakah Berjaya atau Tidak?)Harga kini telah berjaya memecahkan garisan downtrend dan akan cuba bergerak secara positif untuk menembusi support terkuat bulan April 2021. Dari tarikan garisan Fibo jelas menunjukkan harga kini dalam misi untuk kembali uptrend, dua paras resistance fibo terkuat iaitu pada paras 0.5 dan 0.618 telah berjaya ditembusi, kini indikator garisan EMA kita andaikan akan menjadi resistance yang kuat iaitu pada EMA50 dan EMA200 masing masing pada harga 0.305 dan 0.310.
Maka SnR saya senaaikan seperti di bawah:
Support: 0.29/0.285
R1: 0.305
R2: 0.310
R3: 0.330
IRIS Cubaan Untuk Membuat Pusingan dan Memecahkan SegitigaIRIS berjaya didalam tender NIIS tetapi seperti biasa di Malaysia ni "buy on rumors, sell on news". Maka merudumlah IRIS selepas perkhabaran memenangi tender bernilai RM1.8 billion. Hari ini IRIS seperti sedang membuat pusingan ke atas kembali apabila ditutup di atas garisan EMA50. Aras rintangan kuat adalah di 0.45 dan jika berjaya dipecahkan aras target peraman panjang adalah di 0.84. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
IRIS (Cuba Bangkit)Sektor:
- Industrial Products, Electronic, Software.
Idea analisis:
- IRIS telah mencipta resistance pada 0.450 dan menurun sehingga 0.255 setelah itu.
- Kemudian IRIS mencipta resistance yang lebih rendah iaitu pada paras 0.345.
- IRIS breakout dengan momentum:
1) Volume melebihi Vol MA.
2) Candle Marubozu.
3) MACD GC.
- IRIS kemudian naik semula hingga ke paras resistance sebelum ini iaitu pada paras 0.450 dan paras resistance 0.345 sebelum ini menjadi support terbaru IRIS.
- Setelah itu, IRIS break minor downtrend line (BDTL) dengan:
1) MACD membentuk 4R1G di atas paras 0.
2) Rebound di atas MA 50.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS 0.345 @ MA 50.
- CL jika harga 'tutup' di bawah RBS @ MA 50.
- TP apabila harga menyentuh resistance 0.450.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* RBS = Resistance Become Support
* MACD GC = MACD Golden Cross iaitu cross up dia atas paras 0.
* Marubozu = Satu candle yang tiada ekor di atas dan di bawah iaitu harga open sama dengan harga low dan harga close sama dengan harga high.
* MACD 4R1G = Histogram berturut² merah selama 4 hari dituruti dengan 1 hari histogram hijau (Muncul tekanan pembelian setelah berlaku tekanan penjualan berturut²)
* BDTL = Break DownTrend Line
#TAYOR #BAYOR
IRIS (0010) : MEMBENTUK CUP DAN HANDLESektor: Industrial Products, Penny Stocks, Electronic, Software, Integrated Immigration System
1. Membentuk cup yang sempurna dan handle yang belum pasti (pullback).
2. Menguji MA50 dan garis atas Fibo Golden Ratio sebagai aras sokongan kuat- 0.350.
3. Jangkaan pertama: Naik jika wujud reversal candle- menarik jika memecah 0.400
4. Jangkaan kedua : Turun dan menguji aras bawah Fibo Golden Ratio 0.320 sebelum melantun semula ke atas.
5. Cadangan pembelian berhampiran aras sokongan berdasarkan jangkaan di atas.
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
Jangkaan Elliott Wave Kaunter Iris1. Kaunter Iris telah melengkapkan wave yang terakhir dalam Elliott Wave iaitu wave 5.
2. Selepas ini, harga akan mengalami major correction.
3. Level correction ialah berpandukan fibonacci 61.8%,50.0% atau 38.2%
4. Selepas habis correction ini, harga akan memilih sama ada memulakan wave 1 kembali atau mengalami downtrend jika gagal buat high baru atau turun melebihi permulaan paras kenaikan.
Trend yang cantik untuk IRISIRIS ni sifu ZamSaham kompang habis di Facebook beliau dari awal MCO lagi. Kemudian baru 1 bulan lepas beliau kompang lagi.
Cuma kaunter ini mempunyai sejarah yang tidak berapa menarik untuk ramai pelabur yang terperangkap pada harga pucuk.
Harga membuat double bottom, kemudian melepasi rintangan menurun.
Harga naik sedikit, kemudian kembali menguji paras sokongan di MA50.
Kemudian terus memecut ke atas.
Sekarang trend menaik RSI sangat kuat (sentiasa berada di atas paras 70).
Stochastics juga menunjukan lebihan belian, menghampiri 95.
Kita tengok berapa jauh dia boleh pergi.
Setup menarik jika perasan awal.
IRIS dah capai TP2 lepas, tunggu retrace. STRONG!Perkongsian saya yang lepas tentang kaunter IRIS alhamdulillah tepat. Capai ke TP2.
Jika dah jual, boleh masuk balik, tapi pandangan saya agar tunggu untuk harga patah balik sekitar 0.315.
Jika lihat time frame daily, weekly dan monthly memang cantik IRIS ni. Hanya perlu cari EP yang sesuai untuk masuk. sekitar support 0.315
Support dan TP adalah eperti yang digariskan.
Come on my IRIS !! Teirngat bulan 5 lepas beli pada harga 15sen.
Ini bukan buy call, hanya tujuan pembelajaran semata mata.
Saya doakan kita semua berjaya dalam saham.
TAYOR
IRIS DAH HABIS BUAT CORRECTION KE NI?Pada posting idea saya yang lepas menunjukkan IRIS bakal membuat pembetulan. Kali ini IRIS TF Daily bakal meneruskan wave ke 5 nya selepas tamat sesi pembetulannya pada wave 4. Adakah dia bakal menempuh garisan FIBO 161.8% pada harga 0.395? Sama-sam kita saksikan. Selamat berdagang buat semua.
Penafian: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Bukanlah Signal Buycall.
CUBAAN IRIS MELAKUKAN PEMBETULANTeknik Channel di atas ingin mengambarkan IRIS TF Daily ingin melakukan pembetulan atau correction dan Fibo sudah menunjukkan harga telah mencapai 61.8%. Selain itu Stoch RSI juga menunjukkan harga telah menghampiri Overbought.
Penafian: Ini adalah kajian dan perkongsian untuk pembelajaran sahaja dan tiada unsur signal 'buycall' diberikan.
IRIS (Menunggu Peluang untuk Sejarah Berulang Kembali)Sektor:
Industrial Products, Electronic, Software, Integrated Immigration System.
Idea analisis:
- Breakout setelah sebulan tidak berjaya memecahkan resistance.
- Dua hari berturut² volume spike (melebihi vol MA).
- Sebelum ini, sejarah menunjukkan harga akan naik setelah volume melebihi vol MA dan MACD cross up di atas paras 0.
- Adakah sejarah akan berulang kembali?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran paras RBS (resistance become support) pada 0.340.
- CL jika harga jatuh di bawah RBS atau;
- MACD cross down.
IRIS - Penantian Berakhir?Pemerhatian:
a) Harga berada dalam Downtrend dari 6/8 dan menembusi 20/40MA hingga disokong pada S1.
b) Harga kemudian bergerak secara Sideway sebelum melonjak menembusi garisan Downtrend.
c) Pada masa yang sama, harga juga menembusi RTS dan kini diniagakan atas 40/20MA.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga kelihatan positif dengan vol. yang meningkat.
- Untuk meneruskan pendakian, harga perlu menembusi R1 dengan vol. yang tinggi; jika harga gagal menembusi R1 atau diniagakan diatas R1, kemungkinan ia akan jatuh semula dan bergerak Sideway untuk seketika.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
IRIS: Masih berada dalam down trendline (kaunter popular)Lilin terakhir menunjukkan kekuatan dalam tekanan belian walaupun ia membentuk shooting star. harga telah rebound kembali dari mid BB kebawah. sekiranya berjaya memecahkan resistance 0.30, berkemungkinan boleh bergerak lebih jauh.
Strategi pembelian:
EP: 0.295
TP1: 0.320
TP2: 0.340
=====CL=======
====>0.280
SWING: 0.350
TAYOR
IRIS boleh wishlistIRIS sekarang sedang bermain di dalam kotak dan diharapkan dapat pecah kotak ke atas dan meneruskan kenaikan setelah lama kecundang. Boleh monitor rapat adakah pecah kotak ke atas atau ke bawah..jika pecah ke atas pastikan didukung dengan volume ya. RSI akan cuba melepasi paras 50 dan MACD nmpaknya belum berikan signal yang cantik. Tapi boleh perhati rapat kaunter ni, boleh kaji dan sediakan trading plan masing2. Sekarang beliau betul2 berada di atas EMA50. TAYOR.
S - 310/305
R - 325/340/375/395/450
Mampukah IRIS (0010) Bertahan? (18/09/2020@08:52am)IRIS CORPORATION BERHAD (0010)
SECTOR: TECHNOLOGY
SUB-SECTOR: SOFTWARE
TOTAL SHARE ISSUE: 2,966,282,862
PUBLIC FLOAT PERCENTAGE: 55.63% (1,316,106,266)
SYARIAH: YES
IRIS Corporation Berhad terlibat dalam perundingan teknologi dan pelaksanaan pengenalpastian, pembayaran dan pengangkutan yang dapat dipercaya dan pembangunan lestari. Segmen Syarikat termasuk pengenalan & pembayaran dan pengangkutan yang Dipercayai, yang menyediakan e-pasport, kad e-pengenalan, kad perbankan, pengangkutan dan peralatan dan peralatan Pengenalan Terpercaya yang lain; Pembangunan lestari dan sistem bangunan perindustrian Koto, yang terlibat dalam pembinaan bangunan dan ladang bersepadu, dan pembuatan sistem bangunan perindustrian Koto; Food and Agro Technology, yang terlibat dalam penyediaan makanan dan hasil pertanian dan peralatan; Persekitaran & tenaga boleh diperbaharui, yang terlibat dalam penyediaan pengurusan sisa dan sistem berkaitan tenaga dan tenaga, dan Pendidikan, yang terlibat dalam penyediaan kursus akademik, pengajian tinggi dan profesional.
Mampukah IRIS bertahan di atas MAJOR TRENDLINE pada hari ini?. Pedagang yang agresif boleh ambil peluang untuk mengambil posisi di kawasan trendline dengan risk yang kecil berbanding reward. Pedagang konvensional boleh monitor dahulu sehingga signal reversal muncul.
DISCLAIMER: Ini hanyalah kajian peribadi pergerakan harga untuk tujuan pembelajaran kendiri.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia #akubukansifu
2 TECH SOFTWAREDISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxx
Nampaknya saya cukup minat perhati kaunter ini, perkembangan dia selalu jadi perhatian.
Rumors banyak mengatakan kaunter ini yang akan memenangi projek NIIS, kita tunggu
sehingga pengumuman di buat.
FA - Refer link bawah
TA - Sedang berehat mengumpulkan kekuatan untuk membuat new high, secara overall
IRIS UPTREND stock dengan mudah membuat all time high
CATALYST - refer link bawah
REVIEW - (FA /)(TA /)(CA /) Ride till bend with trading plan