sahamdanlatte

Trend yang cantik untuk IRIS

MYX:IRIS   IRIS CORPORATION BHD
IRIS ni sifu ZamSaham kompang habis di Facebook beliau dari awal MCO lagi. Kemudian baru 1 bulan lepas beliau kompang lagi.
Cuma kaunter ini mempunyai sejarah yang tidak berapa menarik untuk ramai pelabur yang terperangkap pada harga pucuk.
Harga membuat double bottom, kemudian melepasi rintangan menurun.
Harga naik sedikit, kemudian kembali menguji paras sokongan di MA50.
Kemudian terus memecut ke atas.
Sekarang trend menaik RSI sangat kuat (sentiasa berada di atas paras 70).
Stochastics juga menunjukan lebihan belian, menghampiri 95.
Kita tengok berapa jauh dia boleh pergi.
Setup menarik jika perasan awal.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.