Istone
ISTONE : Rebound Pada Support1. Jika dilihat pada keseluruhan kaunter, harga berada dalam sideways
2. Harga melantun pada support dan resistance 1.
3. Harga sekarang berada pada support dan telah membuat rebound.
4. Jika dilihat menggunakan indikator RSI, menunjukkan line bergerak ke area 50%. Ini menunjukkan ada momentum pembelian untuk kaunter ini.
5. Indikator Stochastic pula, menunjukkan berada di area oversold. Ini bermaksud kelemahan jualan pada masa sekarang.
6. Jika nak entry pada masa sekarang kerana berdekatan dengan support dan target price pada resistance 1.
ISTONEKaunter ini amat keras untuk memecahkan aras 0.20 sejak beberapa lama.
Namun harga sekarang juga di atas EMA 200, Agak memberi kelebihan untuk naik lagi ke atas. aras rintangan yang perlu dipecahkan sekarang adalah 0.245 0.275 0.325.
Lihat pada stoch dan RSI, banyak lagi ruang untuk kenaikan.
Untuk peminat swing mid term dan long.
Boleh lah cari ruang masuk ke sini.
Trade at your own risk.
ISTONEIstone dijangka bakal membuat pullback pada 0.225 sebelum membuat lantunan semula pada 0.235.
Istone sekarang pada fasa sideways, dijangka Istone bakal membuat comeback ke atas melepasi 30sen semula. Istone merupakan salah satu syarikat teknologi yang masih underrated.
ISTONE: Kaunter UptrendSupport yang kuat terbentuk pada paras 0.250 yang merupakan resistance yang menjadi support. Dipercayai dalam fasa accumulation untuk memecahkan resistance pada paras golden ratio sebelum memecahkan resistenace seterusnya.
EP: 0.250
TP1: 0.270
TP2: 0.290
SWING: 0.320
TAYOR!
ISTONED atau ISTONKS?Selepas perkhabaran Dato Awang memegang 27% pegangan syarikat Istone, dilihat majoriti pedagang menjual pada berita diumumkan.
Kejatuhan sehingga 4 sen dalam masa satu hari. Juga disebabkan pengumuman GDP pada hari ini.
Premium AWANGNama Dato Awang bukanlah satu yang asing bagi pedagang tegar bursa.
Hari ini diumumkan beliau telah menjadi salah seorang pemegang saham terbesar ISTONE iaitu sebanyak 27% pegangan.
Bulan lepas, kita dapat lihat beberapa kali beliau mendapatkan pegangan dalam kaunter yang baru dalam bursa iaitu OVH.
Apakah kesan kepada ISTONE dengan kehadiran nama Awang?
ISTONE (0209) - MENUJU ATH (03/08/2020@11:45PM)I-STONE GROUP BERHAD (0209)
SECTOR: TECHNOLOGY
SUB-SECTOR: TECHNOLOGY EQUIPMENT
TOTAL SHARE ISSUE: 1,221B
PUBLIC FLOAT %: NA
iStone Group Bhd adalah syarikat yang berpusat di Malaysia yang memfokuskan pada segmen perniagaan automasi pembuatan. Syarikat memberi tumpuan kepada mesin automasi khusus yang digunakan dalam proses pembuatan automatik. Ia beroperasi melalui dua segmen: automasi pembuatan dan produk dan perkhidmatan pelengkap. Segmen automasi pembuatannya terlibat dalam reka bentuk, pembuatan dan pengubahsuaian mesin automasi khusus yang digunakan dalam proses automasi pembuatan dan juga penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk mesin automasi khusus dan perdagangan alat ganti. Segmen produk dan perkhidmatan pelengkap tertumpu pada reka bentuk dan fabrikasi panel logam, bingkai dan bahagian ketepatan. Segmen produk dan perkhidmatan pelengkap juga terlibat dalam pengedaran perkakasan dan perisian automasi pembuatan, yang merangkumi perisian analisis statistik Minitab.
TECHNICAL REVIEW:
Harga ISTONE pada masa ini semakin menghampiri paras harga tertinggi dicapai pada hari pertama listing ke dalam Bursa Malaysia iaitu pada paras 0.275. Jika harga berjaya breakout, harga ATH yang baharu akan tercipta.
#notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia
ISTONE Sedang Membuat Perubahan Trend dari Menurun kepada MenaikISTONE telahpun membuat kumo breakout (pecah awan ichimoku) pada 27 April yang lalu disokong oleh volume yang kuat. Seterusnya berehat beberapa hari dan hari ini telah muncul reversal candle disokong oleh volume yang agakkuat sebagai signal untuk meneruskan perjalanan. Kaunter yang baru dilahirkan pada tahun lepas dengan harga lahir 0.250 dan harga tertinggi 0.275. Adakah mampu untuk kembali ke harga lahir dan harga tertinggi sebelum ini seterusnya mendaki dengan lebih jauh? Apabila membuat kumo breakout, secara teorinya sesuatu kaunter utk sedang membuat perubahan trend daripada menurun(bearish) kepada menaik (bullish). Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).