ichivergence_hunter

ISTONE Sedang Membuat Perubahan Trend dari Menurun kepada Menaik

MYX:ISTONE   None
ISTONE telahpun membuat kumo breakout (pecah awan ichimoku) pada 27 April yang lalu disokong oleh volume yang kuat. Seterusnya berehat beberapa hari dan hari ini telah muncul reversal candle disokong oleh volume yang agakkuat sebagai signal untuk meneruskan perjalanan. Kaunter yang baru dilahirkan pada tahun lepas dengan harga lahir 0.250 dan harga tertinggi 0.275. Adakah mampu untuk kembali ke harga lahir dan harga tertinggi sebelum ini seterusnya mendaki dengan lebih jauh? Apabila membuat kumo breakout, secara teorinya sesuatu kaunter utk sedang membuat perubahan trend daripada menurun(bearish) kepada menaik (bullish). Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.