JHM Berada pada Gelombang ketiga Fasa UptrendJHM dilihat telah melepasi EMA 100 dan jika ia berjaya membuat paras sokongan baru disitu ia satu petanda yang baik untuk kenaikan seterusnya. Ia juga dilihat berada pada gelombang ke 3. Petunjuk SMI juga masih positif dan boleh perhatikan harga masuk yang sesuai.
Kawasan masuk: 1.96 - 1.99
Ambil untung: 2.23
Potong Rugi: 1.95
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
JHM
JHM Cun Buat Double Golden CrossKaunter: JHM
Sektor: Technology, Electronic, LED, E&E, Aerospace, Semiconductors, Automotive, Electric Vehicles, EV Charger
(cantik la sektor JHM ni cun untuk swing long term)
-Berdasarkan GBS indi telah tamat fasa downtrend (trendband merah bertukar hijau). Fast ema compress & cross up petanda bullish trend sedang terbentuk.
-Candle strong bullish morubou
- Volume masuk cantik
- Macd cross up (persilangan emas 1)
- Ema 7 cross up ema 21 (persilangan emas 2)
- Sedang test line EMA 100 pada harga 1.970 jika berjaya tembus ke atas akan membuat satu kenaikan impulsive wave yang laju (fasa markup)
- RSI atas 50 , bullish momentum
- Stochrsi telah mecapai paras terlebih belian namun rsi masih bawah 80 iaitu 57.26; ruang untuk melakukan kenaikan sebelum retracment masih ada.
- Secara keseluruhannya JHM di lihat sedang membuat kenaikan yang baru (positive bullish signs)
Gann Support: 1.9/1.83 | Resistance: 2.04/2.11
Sekadar kajian.Bukan buycall. #tayor
JHM Masih UptrendJHM dilihat kemas jika tengok pada corak saluran selari. Ia dilihat cuba memecah garisan TAD. JIka mengikut sejarahnya, ia mempunyai potensi yang besar untuk meneruskan kenaikan. Boleh jadikan saluran selari sebagai paras sokongan dan paras rintangan. Dari segi fundamental, pendapatan suku tahunan menunjukkan kenaikan yang memberi isyarat syarikat ini masih lagi stabil untuk menjana pendapatan pada masa depan.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
JHM [S]: BREAKOUT PENANT DENGAN VOLUMESemalam baru lukis bentuk penant.
Ingat minggu depan dia tembus resistance.
Sekali pukul 11.30am sudah pecah, dengan volume yang agak padu.
Namun, banyak overhead resistance lagi untuk dipecahkan.
*Penafian: Ini hanyalah kajian, bukan saranan membeli mahupun menjual.
LED JHM Membuat Head and Shoulders?Head and Shoulders merupakan antara salah satu major reversal pattern. Trend pergerakan sesuatu saham itu akan berubah berlawanan dengan pergerakan uptrend semasa jika membuat pattern ini.
Jika patah neckline maka akan berlaku perubahan trend daripada uptrend kepada downtrend .
Antara signal H&S dalam saham JHM adalah seperti berikut:
1. Long term trend line dan mid-term trend line patah.
Harga yang ditutup pada paras bawah garisan sokongan trend memberi signal bahawa trend semasa sudah nak habis.
2. Harga puncak pada bahu kanan tidak mampu melebihi bahu kiri. Ini dikuatkan lagi dengan tidak berjaya tutup pada paras atas long term trendline.
3. Volume semasa membuat puncak baharu lemah.
4. Neckline bolos. Garisan long dan mid term pun telah patah. Harapan terakhir JHM ada pada RBS. Kalau harga tutup bawah RM1.72 berkemungkinan akan mencari sokongan baharu
Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan Head and Shoulder dalam carta.
Kira risiko anda sama ada berbaloi untuk berdagang dalam saham ini dengan menyiapkan Trading Plan dengan sebaiknya.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa Malaysia.
Jaga risiko, jaga support sebaiknya
JHM Akan Bangun Pada Bulan Mac?JHM salah satu saham dalam sektor kuat pada ketika ini iaitu semikonduktor. JHM berada dalam semikonduktor LED. Namun sejak kebelakangan ini, JHM telah cuba mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dan adakah ia merupakan satu perkembangan ke arah yang lebih baik?
ANALISA FUNDAMENTAL
1. JHM dalam sektor semikonduktor dan berfokuskan kepada sub sektor automotif. Walaubagaimanapun, pada 2019 dilaporkan bahawa JHM telah mula mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dengan menyertai sektor Industrial dan Aerospace.
2. Pada 2019, JHM mula menceburkan diri dalam sektor Aerospace dan menandatangani perjanjian MoU bersama UACE, Universal Alloy Corp Europe, yang berpengkalan di eropah dalam metal machining dan sub assembling. Ini membuka era baru kepada JHM.
3. Dalam laporan tahunan kewangan 2019, sektor Aerospace telah menyumbang sebanyak 1% dalam perolehan mereka sebagai permulaan terbaik pada tahun pertama.
4. Sebagai langkah awal, mereka berjaya mendapatkan tugasan daripada UACE untuk membekal 72 bahagian mesin aerospace.
5. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran pandemik Covid-19, ia agak memberi kesan kepada sektor Aerospace kepada seluruh dunia sepanjang tahun 2020 yang lepas. Namun, dikatakan tiada tempahan yang telah dibatalkan oleh klien mereka, tempahan yang ada hanya ditangguhkan dan bakal dianjak kebelakang.
6. Setelah menyambung semula operasi selepas daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tempahan yang ada semakin bertambah. Ini memberikan gambaran oleh beberapa Analisis Bank Pelaburan bahawa 'waktu sibuk' telah tiba kepada JHM. 'Sibuk' dalam bisnes memberi tanda positif bahawa kerja sedang rancak dan dikatakan bakal memberikan pulangan yang baik sepanjang 2021 ini.
7. Dilaporkan bahawa pada May 2020, dua pengeluar kapal terbang utama di dunia iaitu Airbus dan Boeing mempunyai tunggakan menyiapkan tempahan kapal terbang mereka sebanyak 7621 and 5301 unit masing-masing.
8. JHM juga dilihat mahu memperluaskan lapangan bisnes mereka ke lapangan semikonduktor Telekomunikasi 5G dan Electric Vehicles, yang mana bakal menjadi sektor yang panas dalam tahun 2021 ini.
9. Dalam lapangan Electric Vehicles, JHM sedang membangun sistem pengecas Kereta Elektrik dalam sistem yang dinamakan CDS, bukan akaun CDS saham anda, tetapi Charging Discovery System. Iaitu satu sistem yang direka untuk versetaliti dalam penyesuaian sistem pengecas antara Kereta Elektrik yang berlainan jenis dengan sistem pengecas yang berlainan jenis.
10. Pada 11 Dec 2020, JHM dilaporkan membeli sebidang tanah secara tunai di Pulau Pinang untuk memperluaskan kilang untuk sektor Telekomunikasi. Ini seolah-olah menunjukkan kesungguhan mereka dalam meneroka sektor semionduktor Telekomunikasi 5G.
11. Pada Nov yang lepas juga, JHM telah berjaya menaiktaraf saham mereka untuk tersenarai dalam Pasaran Bursa Utama daripada Pasaran Saham Ace sebelum ini. Untuk menaiktaraf ke pasaran saham utama, beberapa syarat ketat diperlukan termasuk berjaya mengekalkan keuntungan bersih setahun lebih daripada 30juta setahun selama 3 tahun berturut-turut, dan JHM telah berjaya melepasi syarat itu.
12. Pada minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat telah menandatangani satu Arahan Eksekutif untuk memberi penekanan dan menilai semula kebimbangan terhadap kekurangan semikonduktor termasuk 100 sektor industri yang terjejas termasuk sektor automotif.
13. Dari segi 3 QR terakhir, JHM mencatat 3 peningkatan QR berturut-turut iaitu:
Q2 20, mencatat keuntungan 2.7juta, 5.7% daripada 48.1juta pendapatan
Q3 20, mencatat keuntungan 5.3juta, 6.8% daripada 78.1juta pendapatan
Q4 20, mencatat keuntungan 8.0juta, 10.5% daripada 76.2juta pendapatan
14. Setelah sektor semikonduktor berehat panjang sepanjang Febuari yang lepas, adakah kaunter saham semikonduktor akan bangun semula pada bulan Mac ini?
ANALISA TEKNIKAL
1. Daripada carta, harga kini berada pada 2.32, sebanyak -7.6% daripada paras support, dan berjarak +14.2% pada paras rintangan tertinggi ATH di 2.67
2. Harga juga telah kelihatan membuat lonjakan setelah mencecah MA 50 beberapa hari yang lalu.
3. RSI berada pada paras 50 sekiranya pergerkan harga bersedia membuat momentum larian harga.
4. RSI Stoch juga baru sahaja membuat persilangan pada bahagian Lebihan Jualan beberapa hari yang lepas, seperti bersedia membuat momentum larian.
5. Dari segi Price Earning Ratio, kini JHM mencatat PE 60.48, sedikit melebihi PE median sektor semikonduktor iaitu 56.11 boleh dikatakan pada kedudukan purata.
Adakah sektor semikonduktor berjaya bangun untuk bulan Mac ini dan menolak JHM untuk turut serta dalam larian, dan adakah JHM berjaya menarik pelabur setelah menunjukkan peningkatan yang baik dalam QR terbaru mereka?
Khairul Hafiz
Nasihat dari guru-guru saham saya yang mungkin boleh dikongsikan:
- "Pasaran saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
JHM (0127): Break Atas Atau Bawah? (04102020@9:12am)JHM CONSOLIDATION BERHAD (0127)
SECTOR: TECHNOLOGY
SUB-SECTOR: SEMICONDUCTORS
TOTAL SHARE ISSUE: 556,633,100
PUBLIC FLOAT PERCENTAGE: 42.79% (318,423,036)
SYARIAH: YES
JHM Consolidation Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia. Segmen Syarikat merangkumi produk Elektronik dan pemegangan Pelaburan. Segmen produk Elektronik Syarikat terlibat dalam pembuatan dan pemasangan komponen yang berkaitan dengan diod pemancar cahaya kecerahan tinggi (LED HB), komponen mikromotor arus terus (DC), pin penyambung nada, dan komponen dan produk elektronik lain. Segmen pegangan pelaburannya terlibat dalam aktiviti memegang pelaburan. Anak syarikat Syarikat termasuk Morrissey Technology Sdn. Bhd., Yang terlibat dalam reka bentuk dan pembuatan bahagian dan komponen logam kejuruteraan miniatur ketepatan; Jingheng Electronic Precision Technology Sdn. Bhd., Yang bergerak dalam pembuatan reka bentuk asal komponen LED semikonduktor, dan Morrissey Assembly Solution Sdn. Bhd., Yang bergerak dalam pembuatan dan pemasangan komponen elektronik menggunakan teknologi permukaan-mount, antara lain.
Adakah JHM mampu meneruskan pergerakan ke atas?. Harga masih berada di atas EMA50. MACD masih bullish tetapi ada tanda-tanda kelemahan.
DISCLAIMER: Ini hanyalah kajian peribadi pergerakan harga untuk tujuan pembelajaran kendiri.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia #akubukansifu
JHM RETRACE DI LEVEL 0.5 FIBO+++++++++++++
Sektor
+++++++++++++
- Ia dalam sektor Technology
- Sub sektornya Semiconductors
.
+++++++++++++
TECHNICAL
+++++++++++++
1. SOKONGAN DI 1.470
2. HALANGAN PERTAMA DI 1.690
3. HALANGNA KEDUA DI 1.770
.
+++++++++++++
CHART PATTERN
+++++++++++++
- NONE
.
+++++++++++++
ULASAN
+++++++++++++
- Kalau ikutkan JHM sekarang berada di level 0.5 FIBO.
- Support 1.470 tidak boleh pecah jika ingin rebound
- Dia dah test 1.470, andai support ini kuat PULLBACK akan berlaku
- Entry? Cari best entry dalam kotak di highlightkan tersebut. TRADE AT YOUR OWN RISK.
==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari MAHERSAHAM.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing. Trade what you see not what you want to see.
4 MA LINE AS SUPPORTDISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata,
tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxxx
FA : OK. Syarikat teknologi sub semikonduktor yang menyediakan
small part engineering stuff.
Company profit setiap QoQ cuma mengalami kerugian YoY.
Fundamental ratio juga positif bagi company ini.
TA : Berada di atas MA line (15), MA line ini menjadi support dan
signal untuk saya melihat sama ada kaunter ini sudah available
atau tidak. STochRSI juga Cross Oversold yang mana sudah semakin
berkurang pelabur yang keluar dari kaunter ini. Agak sama dengan IRIS
sebelum ini. Kaunter ini menanti BO ATH
CATALYST : ada share beberapa NEWS baik pada Chart yang boleh menjadi booster
untuk kaunter ini.
REVIEW : (FA /)(TA /)(CA /). Boleh layan trend sehingga trend patah.
Kemanakah Arah Tuju JHM?JHM kuat mendaki sebelum ini dan sedang berehat seketika. Jika berjaya bertahan di atas aras 0.835, JHM berpotensi untuk naik lebih tinggi. Masih diatas trend menaik. Target harga pertama (TP1), mungkin boleh mencapai aras 1.16. Sama-sama kita perhati rapat & sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).