carrollapiez

JHM Akan Bangun Pada Bulan Mac?

MYX:JHM   JHM CONSOLIDATION BHD
JHM salah satu saham dalam sektor kuat pada ketika ini iaitu semikonduktor. JHM berada dalam semikonduktor LED. Namun sejak kebelakangan ini, JHM telah cuba mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dan adakah ia merupakan satu perkembangan ke arah yang lebih baik?

ANALISA FUNDAMENTAL

1. JHM dalam sektor semikonduktor dan berfokuskan kepada sub sektor automotif. Walaubagaimanapun, pada 2019 dilaporkan bahawa JHM telah mula mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dengan menyertai sektor Industrial dan Aerospace.
2. Pada 2019, JHM mula menceburkan diri dalam sektor Aerospace dan menandatangani perjanjian MoU bersama UACE, Universal Alloy Corp Europe, yang berpengkalan di eropah dalam metal machining dan sub assembling. Ini membuka era baru kepada JHM.
3. Dalam laporan tahunan kewangan 2019, sektor Aerospace telah menyumbang sebanyak 1% dalam perolehan mereka sebagai permulaan terbaik pada tahun pertama.
4. Sebagai langkah awal, mereka berjaya mendapatkan tugasan daripada UACE untuk membekal 72 bahagian mesin aerospace.
5. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran pandemik Covid-19, ia agak memberi kesan kepada sektor Aerospace kepada seluruh dunia sepanjang tahun 2020 yang lepas. Namun, dikatakan tiada tempahan yang telah dibatalkan oleh klien mereka, tempahan yang ada hanya ditangguhkan dan bakal dianjak kebelakang.
6. Setelah menyambung semula operasi selepas daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tempahan yang ada semakin bertambah. Ini memberikan gambaran oleh beberapa Analisis Bank Pelaburan bahawa 'waktu sibuk' telah tiba kepada JHM. 'Sibuk' dalam bisnes memberi tanda positif bahawa kerja sedang rancak dan dikatakan bakal memberikan pulangan yang baik sepanjang 2021 ini.
7. Dilaporkan bahawa pada May 2020, dua pengeluar kapal terbang utama di dunia iaitu Airbus dan Boeing mempunyai tunggakan menyiapkan tempahan kapal terbang mereka sebanyak 7621 and 5301 unit masing-masing.
8. JHM juga dilihat mahu memperluaskan lapangan bisnes mereka ke lapangan semikonduktor Telekomunikasi 5G dan Electric Vehicles, yang mana bakal menjadi sektor yang panas dalam tahun 2021 ini.
9. Dalam lapangan Electric Vehicles, JHM sedang membangun sistem pengecas Kereta Elektrik dalam sistem yang dinamakan CDS, bukan akaun CDS saham anda, tetapi Charging Discovery System. Iaitu satu sistem yang direka untuk versetaliti dalam penyesuaian sistem pengecas antara Kereta Elektrik yang berlainan jenis dengan sistem pengecas yang berlainan jenis.
10. Pada 11 Dec 2020, JHM dilaporkan membeli sebidang tanah secara tunai di Pulau Pinang untuk memperluaskan kilang untuk sektor Telekomunikasi. Ini seolah-olah menunjukkan kesungguhan mereka dalam meneroka sektor semionduktor Telekomunikasi 5G.
11. Pada Nov yang lepas juga, JHM telah berjaya menaiktaraf saham mereka untuk tersenarai dalam Pasaran Bursa Utama daripada Pasaran Saham Ace sebelum ini. Untuk menaiktaraf ke pasaran saham utama, beberapa syarat ketat diperlukan termasuk berjaya mengekalkan keuntungan bersih setahun lebih daripada 30juta setahun selama 3 tahun berturut-turut, dan JHM telah berjaya melepasi syarat itu.
12. Pada minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat telah menandatangani satu Arahan Eksekutif untuk memberi penekanan dan menilai semula kebimbangan terhadap kekurangan semikonduktor termasuk 100 sektor industri yang terjejas termasuk sektor automotif.
13. Dari segi 3 QR terakhir, JHM mencatat 3 peningkatan QR berturut-turut iaitu:
Q2 20, mencatat keuntungan 2.7juta, 5.7% daripada 48.1juta pendapatan
Q3 20, mencatat keuntungan 5.3juta, 6.8% daripada 78.1juta pendapatan
Q4 20, mencatat keuntungan 8.0juta, 10.5% daripada 76.2juta pendapatan
14. Setelah sektor semikonduktor berehat panjang sepanjang Febuari yang lepas, adakah kaunter saham semikonduktor akan bangun semula pada bulan Mac ini?


ANALISA TEKNIKAL

1. Daripada carta, harga kini berada pada 2.32, sebanyak -7.6% daripada paras support, dan berjarak +14.2% pada paras rintangan tertinggi ATH di 2.67
2. Harga juga telah kelihatan membuat lonjakan setelah mencecah MA 50 beberapa hari yang lalu.
3. RSI berada pada paras 50 sekiranya pergerkan harga bersedia membuat momentum larian harga.
4. RSI Stoch juga baru sahaja membuat persilangan pada bahagian Lebihan Jualan beberapa hari yang lepas, seperti bersedia membuat momentum larian.
5. Dari segi Price Earning Ratio, kini JHM mencatat PE 60.48, sedikit melebihi PE median sektor semikonduktor iaitu 56.11 boleh dikatakan pada kedudukan purata.

Adakah sektor semikonduktor berjaya bangun untuk bulan Mac ini dan menolak JHM untuk turut serta dalam larian, dan adakah JHM berjaya menarik pelabur setelah menunjukkan peningkatan yang baik dalam QR terbaru mereka?


Khairul Hafiz
Nasihat dari guru-guru saham saya yang mungkin boleh dikongsikan:
- "Pasaran saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.