Klci
Opcom - mungkin ke 1.30Opcom - mungkin ke 1.30
Kalau boleh pecah 1.05 atas, mungkin ke 1.30
rintangan 1.05
sokongan 0.88
RGTBHD Carta HarianRGTBHD perlu di plot di carta minggu untuk melihat pergerakan EW secara keseluruhan.
Sebenarnya kaunter ini agak berisiko kerana ia telah sampai ke wave 5 besar pada bulan Nov 21 yang lalu.
Sekarang ia kelihatan telah rebound dari garisan resistance 0.580, sekiranya entry di sini, 0.580 adalah harga penentu untuk Cut Loss.
Pada amatan saya ada 3 kemungkinan boleh berlaku,
1- ia baru membentuk subwave 1 of wave 5. Jika ini berlaku bermakna perjalanan nya masih jauh
2- ia akan terus ke puncak sekitar 0.740 untuk membentuk double top sebelum membuat penurunan yang besar.
3- ia tidak berjaya memecahkan resistance 0.670, reject di situ dan terus membuat penurunan.
Walaubagaimana pun jangkaan kuat saya pada no 2.
Kerana AO kelihatan sudah lemah, ketika terjadi double top di carta, reversal bearish divergence mungkin akan kelihatan.
Sekadar kajian saya. TAYOR.
HPMT - QR dan Trend yang cantikKaunter yang telah lama berada dalam Watch List saya.
QR yang sentiasa meningkat .
Carta dapat dilihat sentiasa membuat trend kenaikan yang sihat.
Dari segi EW saya dapati ia sedang menuju ke wave 3 besar.
Sekarang sama ada ia sedang menyiapkan subwave 5 dari Wave 3 , atau jika ia pullback di hujung channel, kemungkinan ia baru menyiapkan subsubwave 5 dari Subwave 1 dari wave 3.
Target saya di 0.80 dulu . Jika berjaya pecah channel ia mungkin akan meneruskan kenaikan untuk menyiapkan wave 3 besar.
Hidden Bullish Divergence sudah kelihatan memberi petanda ia akan meneruskan kenaikan.
TAYOR.
SAM - Potensi Menarik Walaupun Harga TinggiSAM - QR yang sangat baik.
Walaupun harga nya sudah mencecah rm23, jika mengikut sejarah yang lepas, setiap kali ia naik peratus kenaikan sangat tinggi.
Sebelum ini pada July 21 ia pernah membuat kenaikan sebanyak 94% dalam masa 16 hari. Kemudian pada bulan September 40% dalam 15 hari.
Terkini ia kelihatan sedang membentuk cup. Jika ia berjaya memecahkan cup ia mungkin akan naik ke fibo 0.618 atau lebih dengan anggarap peratusan sekitar 30%.
Dari segi Elliot wave , pada pendapat saya ia sedang membuat wave 5. Hidden BUllish divergence juga kelihatan memberi petanda akan membuat kenaikan lagi.
Sekian TAYOR.
FM @ FREIGHT - QR Terbaik Kaunter ini menunjukkan hasil QR yang sangat cemerlang.
Dari segi carta ia menunjukkan trend kenaikan yang sihat kerana sentiasa mematuhi garisan MA200 dan telah beberapa kali membuat HH baru .
Kaunter ini juga kelihatan sentiasa membuat lantunan harga di garisan RBS .
Dari segi EW saya dapati ia sedang membuat Subwave 3 of Wave 3.
Hidden Bullish Divergence juga kelihatan di AO menunjukkan ada kemungkinan besar ia meneruskan trend menaik dalam masa terdekat ini.
Terkini, harga rebound di RBS 0.83 dan kelihatan cuba menutup gap sebelumnya, jika ia berjaya, ada kemungkinan ia akan memecahkan RBS 0.90 dan boleh target untuk setup trading plan di kawasan tersebut. Pada ketika itu Ma20 telah melintasi MA50, maka ia menjadi petanda kuat bahawa kaunter ini akan meneruskan kenaikan,Buat masa sekarang Ma20 masih di bawah ma50 , jadi ia ada potensi untuk membuat penurunan lagi.
Penulisan ini hanyalah idea saya dan bukan Buy Signal.
PJBUMI - Sedang Membuat Permulaan Kenaikan?MYX:PJBUMI
Kaunter ini walaupun QR tidak berapa memberangsangkan, ia sangat jelas kelihatan sedang membuat trend kenaikan . Harga kelihatan sudah memecahkan garisan down trendline.
Pada pendapat saya ia telah menyiapkan Wave 2 besar dan sekarang sedang membuat Subwave 3 of Wave 3.
Jika melihat kepada sejarah lepas, harga kaunter ini sentiasa mengenai garisan trendline puncak ke puncak.
Setelah menarik Fibo Entracement saya dapati harga pada fibo 1.618 adalah pada 0.56 sen. Boleh target TP apabila harga mengenai garisan trendline, atau apabila ia menyentuh garisan resistance 0.55.
Garisan MA 20,50 ,200 telah tersusun dengan baik, walaubagaimanapun saya jangka harga akan turun dahulu untuk menutup gap . Boleh target untuk entry jika harga menyentuh MA20 atau 50 atau jatuh ke support 0.37. Entry dan Cut Loss terpulang pada teknik masing2.
Ini bukan lah signal pembelian, hanya kajian saya untuk rujukan saya sendiri di masa hadapan.
Ancom - mungkin ke 3.50Ancom - mungkin ke 3.50
rintangan 1 - 2.70
rintangan 2 - 2.50
Kalau pecah atas dengan volume besar, mungkin menuju ke 3.50