liyafendi

RGTBHD Carta Harian

Panjang
MYX:RGTBHD   RGT BERHAD
RGTBHD perlu di plot di carta minggu untuk melihat pergerakan EW secara keseluruhan.

Sebenarnya kaunter ini agak berisiko kerana ia telah sampai ke wave 5 besar pada bulan Nov 21 yang lalu.

Sekarang ia kelihatan telah rebound dari garisan resistance 0.580, sekiranya entry di sini, 0.580 adalah harga penentu untuk Cut Loss.

Pada amatan saya ada 3 kemungkinan boleh berlaku,

1- ia baru membentuk subwave 1 of wave 5. Jika ini berlaku bermakna perjalanan nya masih jauh

2- ia akan terus ke puncak sekitar 0.740 untuk membentuk double top sebelum membuat penurunan yang besar.

3- ia tidak berjaya memecahkan resistance 0.670, reject di situ dan terus membuat penurunan.

Walaubagaimana pun jangkaan kuat saya pada no 2.

Kerana AO kelihatan sudah lemah, ketika terjadi double top di carta, reversal bearish divergence mungkin akan kelihatan.

Sekadar kajian saya. TAYOR.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.