VELESTO - masih uptrendVELESTO kelihatan dalan wave 3 dan mula membuat pembetulan. kemungknan menuju kearah S1 untuk wave 4 sebelum kembali mencuba paras R1 untuk wave 5. Jika S1 gagal menahan pergerakan harga dari turun, paras seterusnya ialah S2. Jika paras ini juga ditembusi, maka pengiraan elliott wave ini terbatal.
Mac19
HUAAN - dalam zon sokongan - belian terbaik disiniHUAAN dalam zon sokongan setelah kenaikan yang mendadak, baru-baru ini. target seterusnya R1 dan R2, dengan paras sokongan Zon Sokongan (SL jika harga keluar ke bawah zon sokongan) dan S1.
jika harga keluar dari zon sokongan, paras sokongan seternya adalah S1, dilihat sebagai satu lagi peluang untuk membuat belian / re-entry
DNEX 22/03/19 MASIH MAMPU BERTAHAN1) Harga kaunter DNEX pada tarikh 22/03/19 masih mampu bertahan diatas garisan tren menaik ..
2 ) Mampukah harga membuat lantunan semula ??
3) Kaunter ini akan lebih menarik jika berjaya melepasi garisan trend menurun ..
4) Jika harga tidak mampu melepasi garisan trend menurun maka garisan trend menaik boleh dijadikan
kawasan menghentikan kerugian @ kawasan lantunan semula harga..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
DANCO 22/03/19 MINAT BELIAN 1) Harga kaunter DANCO pada tarikh 22/03/19 menunjukkan minat belian telah kembali ..
2 ) Mampukah harga membuat lantunan semula ??
3) Jika harga tidak mampu melepasi aras rintangan maka aras rintangan menjadi sokongan boleh dijadikan
kawasan menghentikan kerugian @ kawasan lantunan harga..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
star platinumnampak seperti harga telah mula menunjukkan kelemahan untuk naik.
indikator momentum menunjukkan kelemahan.
lilin juga memberi amaran tentera lembu tidak berdaya menolak harga naik buat masa ini.
jadi kalau nak short, ok sekarang ni. expect harga akan turun hingga keparas 835.
semoga berjaya
hala tuju wtinampak harga telah buat correction sebanyak 50% daripada penurunan tahun lepas.
daily time frame menunjukkan harga dah masuk zon overbought dan pengambilan untung mungkin akan berlaku. jangkakan sedikit pembtulan 57.9 atau 55.7 sebelum sambung naik.
trend uptrend masih cantik..
semoga berjaya.
fbmklciindeks telah memecah support zon.
tapi last last minit tadi, berlaku magik yang selalu berlaku di bursa dan ia naik hingga ke paras support zone . sekaligus mencipta candle bentuk macam hammer.
so, minggu depan boleh jalan atau tak?
hujng2 bulan ni biasa slow sikit, jadi expect indeks akan tingtong. selagi tak pecah semula 1700, selagi tu market hambar.
walaubagaimanapun, tetap perhatikan kaunter2 yang bukan komponen indeks. yang penting ada volume.
kalau turun, next target 1630
Templat untuk fasa cartaGunakan alat lukisan untuk membuat templat fasa carta dan letak pada carta yang kita minat. Dari situ, cuba perhatikan di manakah kedudukan carta sekarang berbanding templat yang telah kita buat tadi.
Ringkasan :
1. Menentukan fasa semasa carta
2. Fokus pada bentuk lilin yang kecil molek yang berlonggok dan "think to buy"
3. "Think to sell" bila munculnya lilin bapak besar
Semoga terhibur
fgvsetelah ia melakukan kenaikan yang ganas darpiada awal 2019 hingga pertengahan februari, fgv telah memperlahankan rentak permainannya.
buat masa kini pertahanan berada di paras 1.12. kalau nak genapkan jadi 1.1 pon boleh.
selepas melakukan kenaikan yang power kelmarin, hari ini ia masih meneruskan profit taking.
untuk para trader, boleh beri perhatian pada kaunter ini untuk minggu depan.
semoga berjaya
dayang senandung..setelah melakukan kenaikan yang maha dahsyat, dayang telah turun dari kayangan dengan dahsyat juga.
naik laju, turun lagi laju.
tekanan jualan nampak belum reda lagi, jadi boleh jangkakan dia turun lagi.
saya menjangkakan dia boleh turun kembali ke paras harga 1.04/rm1
yang sangkut, bawa lah bersabar. mana tahu tahun depan naik balik. jadi investor pulak kali ni.
semoga berjaya
DRB-HICOM, tekanan belian masih baik"Proton, a 50.1%-owned by *DRB-Hicom Bhd* will collaborate with a local partner to establish a manufacturing assembly plant in Pakistan, its first in the South Asia region."
Proton antara penyumbang terbesar kepada DRB-Hicom, sudah memulakan langkah untuk mengembangkan pasaran ke Asia Selatan. Jika dilihat pada prestasi Proton sekarang ini, dengan penjualan yang meningkat, dan penguasaan pasaran tempatan juga meningkat, ia adalah satu petanda posifit buat Proton khasnya dan untuk DRB-Hicom amnya.
Bagaimana pula dari segi teknikal?
Jika dilihat dari segi teknikal, harga telah pun melepasi awan ichimoku dan hampir dengan moving average 200 (atas MA200 menandakan uptrend). Dan kini ia juga berhampiran dengan Kijun Ichimoku yang mana boleh berfungsi sebagai paras sokongan.
Indicator OBV juga menunjukkan tekanan jualan telah berakhir dan kini tekanan belian mengambil alih serta masih dalam keadaan sihat.
OBV mengukur tekanan belian/jualan melalui pergerakan harga dan volume. Jika harga tutup tinggi berbanding harga tutup sebelumnya maka volume akan ditambah pada nilai OBV. Jika harga tutup rendah berbanding harga tutup sebelumnya, maka volume akan ditolak dari nilai OBV. Jika harga tutup adalah sama seperti hari sebelumnya, maka tiada penambahan atau penolakan pada OBV.
Tekanan belian apabila nilai OBV meningkat, dan tekanan jualan bila OBV menurun. Idea di sebalik OBV ini adalah volume pembeli biasanya akan mendorong harga untuk naik lebih tinggi dan sebaliknya.
Rintangan terdekat untuk DRB-Hicom ini adalah di 1.90. Price action di situ la yang boleh membantu kita membuat keputusan untuk beli atau tidak. Ataupun MA200 boleh dijadikan sebagai entry point tetapi risiko akan jadi lebih tinggi di situ.
Volum dan Harga - Bahagian 3Kita sampai kepada bahagian terakhir cerita volum dan harga. Kalau ikutkan, masih banyak lagi yang boleh diterangkan.
Tapi cukuplah. Yang lain mungkin boleh rujuk bahan bacaan berkaitan VSA (volume spread analysis) , VPA (volume price analysis).
Atau, boleh rujuk terus kepada video dari Mr. Martin Wong yang memang fokus pada volum dan harga. Ada kat tradingview ni, boleh like dan ikuti.
my.tradingview.com
Sembang kali ni berkaitan
1. Pentingnya kesinambungan pergerakan harga selepas kemasukan volum.
2. Kisah mak bawang dan anak-anaknya.
Semoga terhibur.
KLCI apakah retailer kene game lagi sekali?Jika kita lihat pada Julai 2018 kita dapati sebelumnya menunjukkan pergerakan yang sangat 'promising' untuk bullish. Namun kemudiannya ia membuat kejatuhan yang banyak. Di sinilah secara psikologinya retailer mula cut position mereka kerana hilang 'hope' dan panik. Sebaliknya Smart Money sangat gembira mengutip produk jualan retailer pada harga yang rendah yang kemudiannya akan dijual pada harga yang tinggi.
Begitu juga sekarang. Pada 12 Mac 2019 di membuat bullish harami salah satu mild bullish reversal signal. Tetapi semalam KLCI menggemparkan seantero Malaysia dengan kejatuhan yang banyak. Ada banyak teori sebab kejatuhan ini.
Dan hari ni ia buka dengan gap up. Kemudian jatuh balik melepasi paras sokongan dan kemudiannya uturn balik ke arah sokongan. Apakah permainan di sini, sama-sama kita tunggu dan perhatikan.
Namun jangan lupa, trading plan tetap kene jaga dengan penuh displin.
Sapura Energy berada di atas garisan trenSapura energy telah membuat retracement dan kembali ke garisan tren. Adakah ia masa sesuai untuk buy on dip?
Untuk membuat keputusan itu, perkara pertama yang perlu dilihat adalah pada Risk dan Reward.
Kita dapat lihat ichimoku menunjukkan paras sokongan di 0.340 iaitu melalui garis mendatar span B sebelum ini dan juga garis kijun sekarang. Jadi kita boleh mengira risiko untuk kita ambil posisi ini adalah lebih kurang 5% (2 bids bawah paras sokongan).
Rintangan kuat seterusnya pula adalah di 0.455 iaitu peluang pulangan sebanyak 30%.
Nisbah risiko : pulangan = 5 : 30 = 1 : 6
Ini adalah satu nisbah yang sangat baik.
Jika diambil rintangan terdekat iaitu di 0.40 (garisan mendatar awan ichimoku). Pulangannya adalah 14%.
Maka nisbah risiko : pulangan = 5 : 14 = 1 : ~3 . Juga satu nisbah yang baik.
Ingat. Nisbah risiko:pulangan yang baik adalah sekurang-kurangnya 1 : 2
Tiada siapa boleh menjangka pergerakan saham dengan 100% ketepatan. Jadi pengurusan risiko dan pulangan juga pengurusan dana sangat memainkan peranan yang penting dalam mendatangkan kejayaan kepada seseorang trader.
Lay Hong berkemungkinan membuat kenaikan?Lay Hong merupakan salah satu syarikat poultry dengan fundamental yang agak baik. Jika dilihat pada carta kita boleh nampak:
1. Akhir tahun lepas MACD menunjukkan bullish divergence. Ini menunjukkan momentum bearish berkurang dan berkemungkinan membuat perubahan trend.
2. MACD kini lebih banyak berlegar atas paras 0 juga menunjukkan harga lebih memihak kepada bullish.
3. RSI juga kini lebih banyak berlegar atas paras 50 menunjukkan lebih kepada bullish.
4. Harga berlegar di atas awan ichimoku dan span A masih di atas span B. Juga menunjukkan bullish.
5. Paras rintangan consolidation adalah di 0.50. Jika ia berjaya melepasinya, berkemungkinan besar ia akan menuju ke rintangan seterusnya di 0.705 iaitu lebih kurang 40% reward. Satu jumlah yang cukup baik untuk dipertimbangkan bagi mengambil posisi.