FauziSaham

DRB-HICOM, tekanan belian masih baik

Panjang
MYX:DRBHCOM   DRB-HICOM BHD
"Proton, a 50.1%-owned by *DRB-Hicom Bhd* will collaborate with a local partner to establish a manufacturing assembly plant in Pakistan, its first in the South Asia region."

Proton antara penyumbang terbesar kepada DRB-Hicom, sudah memulakan langkah untuk mengembangkan pasaran ke Asia Selatan. Jika dilihat pada prestasi Proton sekarang ini, dengan penjualan yang meningkat, dan penguasaan pasaran tempatan juga meningkat, ia adalah satu petanda posifit buat Proton khasnya dan untuk DRB-Hicom amnya.

Bagaimana pula dari segi teknikal?

Jika dilihat dari segi teknikal, harga telah pun melepasi awan ichimoku dan hampir dengan moving average 200 (atas MA200 menandakan uptrend). Dan kini ia juga berhampiran dengan Kijun Ichimoku yang mana boleh berfungsi sebagai paras sokongan.

Indicator OBV juga menunjukkan tekanan jualan telah berakhir dan kini tekanan belian mengambil alih serta masih dalam keadaan sihat.

OBV mengukur tekanan belian/jualan melalui pergerakan harga dan volume. Jika harga tutup tinggi berbanding harga tutup sebelumnya maka volume akan ditambah pada nilai OBV. Jika harga tutup rendah berbanding harga tutup sebelumnya, maka volume akan ditolak dari nilai OBV. Jika harga tutup adalah sama seperti hari sebelumnya, maka tiada penambahan atau penolakan pada OBV.

Tekanan belian apabila nilai OBV meningkat, dan tekanan jualan bila OBV menurun. Idea di sebalik OBV ini adalah volume pembeli biasanya akan mendorong harga untuk naik lebih tinggi dan sebaliknya.

Rintangan terdekat untuk DRB-Hicom ini adalah di 1.90. Price action di situ la yang boleh membantu kita membuat keputusan untuk beli atau tidak. Ataupun MA200 boleh dijadikan sebagai entry point tetapi risiko akan jadi lebih tinggi di situ.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.