WZSATU: Dah sampai lantai ke belum1) Jika dilihat pada indikator Stoch RSI memang kaunter ini telah berada di bawah paras 5.
2) Penurunan harga yang berterusan selama beberapa hari ini adalah petanda sell signal dari perspektif indikator-used.
3) Tapi kita tahu, saham saham yang mengalami penurunan pasti akan melakukan small rebound atau small breather sebelum meneruskan penurunan.
4) Persoalannya dimanakah paras lantai/sokongan terendah bagi kaunter ini?
5) Jika kita guna fibonacci retracement dari dari harga terendah ketika kenaikan dahulu sehingga paras harga tertinggi, kaunter ini telah turun melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan kenaikan.
6) Jika dilihat menggunakan moving average juga harga telah memecahkan MA10, MA20, MA50 malah MA200 juga telah berjaya dipecahkan.
7) Dijangkakan menggunakan fibo retracement, harga mungkin akan singgah pada paras 61.8%.
8) Jika harga masih turun, boleh abaikan kaunter ini dahulu sehingga confirmation signal menggunakan candlestick boleh digunakan.
Mac19
DNEX: Tunggu pada fibo retracement1) Moving average MA10 dan MA20 baru bersilang dan menandakan trend jangka pendek bakal melakukan kenaikan.
2) Melihat pada indikator Stoch RSI menuju ke bawah lagi.
3) BAgi indikator MACD juga masih menujeu kebawah dan menunjukkan pelemahanvcuma garisan masih berada diatas paras 0.
4) Saya yakin kaunter bakal rebound tidak lama lagi.
5) Kemasukan volume pembelianyang besar sebelum ini menandakan market maker masih didalam kaunter ini dan tiada tanda penjualan besaran berlaku.
6) Bagi peminat kaunter ini, boleh tunggu kaunter ini membentuk support pada bacaan fibo retrecement.
7) Atau boleh tunggu confirmation signal daripada indikator lain seperti Stoch RSI.
CCK: Gelombang kenaikan bakal berlaku1) Kaunter ini menerima volum pembelian yang banyak sejak pertengahan Februari lepas dan minat belian yang berterusan sehingga hari ini.
2) Jika dilihat masih tiada penjualan besaran yang berlaku.
3) Jika dilihat indikator On Balance Volume, kenaikan harga disokong oleh kemasukan volum yang banyak, maka boleh dinyatakan kenaikan harga adalah valid.
4) Bagi indikator Stoch RSI, juga telah bersilang garisannya dan jangkaan bakal meneruskan kenaikan dalam waktu terdekat ini.
5) Kaunter ini juga didagangkan di atas MA50 trend jangka panjang masih baik dan positif.
6) Tetapi masih perlu berhati hati, indikator MACD masih menghala kebawah dan masih belum bersilang.
7) Bagi saya kaunter ini lebih menarik apabila dapat tutup dan berada diatas 0.655.
7108 PERDANA : Pertumbuhan Jangka Masa Panjang?Jika dilihat pada 5 years Growth, PERDANA tak menunjukkan satu peningkatan yang memberangsangkan, terutama pada tahun 2017.
Tetapi apabila diikaji, terdapat pertumbuhan yang positif, bermula daripada 2nd Quarter 2018. daripada net profit negatif pada quarter report sebelumnya (1Q) kepada positif.
Bermula daripada 2nd Quarter 2018 hingga 4th Quarter 2018 terdapat pertumbuhan revenue dan net profit yang memberansangkan.
TA Analisis
Strong Bull
Upper Golden Cross
RSI 61.62
Uptrend
Momentum 21.70%
PERDANA : Esok Fly? Monitor rapatJika dilihat pada 5 years Growth, PERDANA tak menunjukkan satu peningkatan yang memberangsangkan, terutama pada tahun 2017.
Tetapi apabila diikaji, terdapat pertumbuhan yang positif, bermula daripada 2nd Quarter 2018. daripada net profit negatif pada quarter report sebelumnya (1Q) kepada positif.
Bermula daripada 2nd Quarter 2018 hingga 4th Quarter 2018 terdapat pertumbuhan revenue dan net profit yang memberansangkan.
TA Analisis
Strong Bull
Upper Golden Cross
RSI 61.62
Uptrend
Momentum 21.70%
MRCB: Kenaikan yang disokong oleh volume1) Kenaikan yang tinggi sejak akhir tahun lepas bagi kaunter ini disokong oleh kemasukan volume pembelian yang positif.
2) Jika dilihat indikator On Balance Volume, kenaikan harga saham kaunter ini selari dengan kenaikan garisan OBV tersebut.
3) Boleh dinyatakan kenaikan harga adalah valid dan disokong oleh volume.
4) Kaunter ini didagangkan diatas MA50 dan MA20, dimana trend jangka sederhana dan jangka panjang masih baik dan positif.
5) Indikator Stoch RSI juga telah bersilang dan berada di paras 50 menunjukkan momentum build up dan boleh melakukan kenaikan lagi.
6) Indikaotr MACD berada di atas 0 tetapi garisannya masih menuju ke bawah dan masih belum bersilang.
7) Saya positif kaunter ini akan naik ke atas lagi dalam jangka masa terdekat.
8) Boleh monitor dan menantikan kaunter membuat sedikit retracement sebelum membuat kenaikan lagi.
Malakof: Macam tak lama lagi1) Kaunter ini didagangkan di atas MA50 dan MA20, menjadikan trend jangka panjang dan sederhana dalam keadaan trend menaik.
2) Selain itu, candle juga berada diatas MA10 menunjukkan trend jangka pendek juga dalam keadaan uptrend dan masih menarik.
3) Indikator MACD juga berada diatas paras 0 dan bersilang garisan MACD dan signal nya menandakan trend dan momentum masih dalam keadaan positif.
4) Jika dilihat indikator Stoch RSI pula menandakan pelemahan dan bakal turun lagi kerana garisan yang bersilang menuju ke bawah.
5) Kaunter ini masih menarik bagi saya kerana terdapat kemasukan volum pembelian yang signifikan dan masih tiada penjualan besar yang berlaku.
6) Boleh monitor kaunter ini untuk beberapa hari sebelum membuat kenaikan lagi.
7) Selagi harga tidak jatuh melebihi MA50, sila ikut kaunter ini rapat-rapat.
Saham Media Prima Sedang Membuat Pembetulan Harga Saham ini telah membuat impulsive wave dan sekarang ceritanye ia membuat pembetulan harga
Tunggu di level 50-61.8 untuk meneruskan perjalanan
Tunggu Volume Masuk dan candle kecik-kecik di level tersebut
Di sudut BBMA
Weekly=CSM
Daily= CSM
Kita Akan Menunggu MHV di timeframe H4
ARANK: Mengharap keajaiban1) Jika dilihat pada sejarah kaunter ini, jika foreign fund start membeli kaunter-kaunter di Malaysia, pasti kaunter ini salah satu kaunter yang akan pertambahan minat belian.
2) Selama 2 hari kaunter ini menerima kemasukan volume belian yang tinggi.
3) Bagi indikator MACD, baru saja memecahkan paras 0 dan telah bersilang antara garisan MACD dan signal nya.
4) Indikator Stoch RSI juga telah bersilang dan berada pada paras 50 menandakan momentum build up dan akan meneruskan kenaikan.
5) Kaunter ini juga baru melepasi MA50 dan MA20, menandakan trend jangka sederhana dan jangka panjang dalam keadaan positif.
6) Saya percaya jika kaunter ini meneruskan kenaikan, pasti dalam minggu depan MA10 bakal bersilang dengan MA20 dan MA50 dan memberi confirmation signal.
7) Kaunter ini sangat menarik, boleh tunggu apabila melakukan retracement sebelum meneruskan kenaikan seterusnya.
8) Kaunter ini perlu melepasi dan tutup pada harga 0.555, untuk confirmation Parabolic SAR melintas ke bawah dan boleh ride the trend.
Volum dan harga - Bahagian 1Rupanya ada limit masa juga buat video. Tradingview limit kan pada 20 minit. Kira ok lah, dari dulu cuma 10 minit.
Dalam video ini saya cuba sampaikan berkenaan volum yang bagi saya satu indikator yang sangat baik untuk di gunakan.
Antaranya :
1. Kenaikan harga perlu lah seiring dengan pertambahan volum
2. Membezakan di antara volum nak bagi harga naik dengan volum tak mau bagi harga naik
3. Volum yang sangat tinggi bukan bermakna harga akan terus naik.
Nanti sambung lagi.
KUB: Break downtrendline1) Jika dinilai kaunter ini menggunakan indikator, tiada satu indikator pun lagi menunjukkan tanda yang positif.
2) Indikator MACD masih belum bersilang, tetapi melihat pada gerakan garisannya, dapat dilihat ciri-ciri akan bersilang tidak lama lagi.
3) Indikator Stoch RSI juga berada di bahagian oversold dan masih juga belum bersilang.
4) Moving average MA10 dan MA20 juga masih belum bersilang selain candle berada di bwag MA50.
5) Tetapi kaunter ini bagi saya masih positif, kerana terdapat volume pembelian yang signifikan dan kenaikan harga yang tinggi.
6) Dalam masa sama, masih tiada penjualan besar-besaran yang berlaku.
7) Penurunan harga lebih bersifat sementara untuk menutup price gap dan penjualan daripada retail investor yang lain.
8) Jangkaan bagi jangka sederhana dan jangka panjang adalah bullish bagi kaunter ini.
9) Bagi risk averse trader, boleh tunggu confirmation persilangan moving average atau indikator Stoch RSI bersilang.
EVERSENDAI: Keadaan Malaysia tidak menentuSetelah intraday bearish divergence wujud pagi tadi yang memaksa harga SENDAI naik ke 520 sen tanpa volume yang lebih banyak, Bursa Malaysia dikejutkan dengan jualan sektor kewangan besar-besaran yang memaksa beberapa bank jatuh ke paras sokongan 'hidup-mati'. Oleh sebab keadaan ini, saya telah mengambil untung EVERSENDAI pada 510 sen. Mengikut penunjuk teknikal, sekiranya EVERSENDAI gagal tutup di atas 505 hari ini, ia boleh dianggap sebagai 'highly bearish' dengan peluang kemasukkan seterusnya berlaku selepas kejatuhan ke 465/470 sen.
INTA: Boleh ride ni1) Kaunter ini baru memecahkan rintangan pada 0.280 dan disokong dengan kemasukan volume yang signifikan.
2) Indikator Parabolic SAR juga telah bersilang ke bawah, kita boleh ride the trend selagi candle berada diatas support SAR.
3) Indikator MACD juga telah bersilang antara garisan MACD dan signalnya tetapi masih berada dibawah paras 0.
4) Bagi indicator Stoch RSI juga telah bersilang dan mencapah keatas dan berada pada paras 40 menandakan momentum build up dan akan ke atas lagi.
5) Kaunter ini menarik kerana sentimen pembinaan baru-baru ni.
6) Kaunter ini juga baru memecahkan dan berada diatas MA20 dan bakal memecahkan dan berada di atas MA50.
7) Para traders kental, boleh masuk harga terkini atau tunggu moving average yang lebih kecil bersilang untuk trend confirmation.
TRC: Jauh lagi perjalanan ni1) Indikator Stoch RSI bagi kaunter ini baru saja bersilang menandakan momentum dalam keadaan bullish dan menaik.
2) Indikator MACD juga berada di atas paras 0 dan mencapah keatas menandakan trend dan momentum masih positif.
3) Kaunter ini juga disokong dengan kemasukan volume yang besar baru-baru ini dan tiada penjualan besar yang berlaku selepasnya.
4) Untuk pembelian dan pegangan jangka pendek adalah masih baik.
5) Tetapi harus diingatkan bahawa candle sudah terlalu jauh dengan MA20, semestinya candle akan cuba mendekati MA20/mid bollinger band sebelum meneruskan kenaikan.
6) Diingatkan juga bahawa terdapat price gap berlaku pada 13 Mac 2019. Semesti effort untuk menutup gap akan berlaku.
7) Jangkaan untuk jangka panjang adalah baik unutk kaunter ini selagi harga tidak turun daripada MA50.
EVERSENDAI: Lantunan teknikal, rintangan 520, 550EVERSENDAI menunjukkan lantunan teknikal. Bacaan Know Sure Thing (KST) menunjukkan bacaan bullish divergence pada 1 hari. Bullish divergence terbentuk apabila KST tidak membuat momentum lebih rendah daripada sebelumnya. Ini disahkan oleh volume oscillator apabila ia seakaan 'stagnant' pada 21 Mac pukul 11 pagi. Jika volume oscillator menunjukkan bacaan positif (menghala ke atas), SENDAI dijangka akan memecah rintangan 520 dengan mudah untuk capai ke harga 550.
Panjang dengan posisi ambil untung pada 550 sen.
Sokongan penting pada 505 dan 490. Jual rugi pada 480 sen.
UEM SUNRISE kajian ini hanya utk saya,bukan saranan jual dan beli . simpanan persendirian shja
SAYA NEWBIE
lawanya chart uem . currently nak try pecah kan resistant di .880 , jika pecah akan buat new HH , which is wow ,
macd pon masih ade signal buy
rsi ade upward sloping , bullish tu
pada pndapat saya masih boleh beli
semoga beroleh rezeki
sifu kata trust the company
waaluhualaam
#ngangaxdeposition
#sekadar utk dapatkan pro account tv
ECONPILE HOLDING BHD kajian ini hanya utk saya,bukan saranan jual dan beli . simpanan persendirian shja
"SAYA NEWBIE "
dengan new mengenai company ni dikaitkan dengan ecrl , adakah ianya boleh memulakan bull baru . sama2 kita nanti kan.
pandangan saya ianya ingin break trendline kecil tu . dan jika break trendline terbabit , peminat akan ramai
macd juga menunjukkan ade tunjukkan upward sloping
bak kate sifu , cari kompeni yg ade news
waaluhualaam
#ngangaxdeposition
#sekadar utk dapatkan pro account tv dan mac19
HOMERITZ: Sokongan 64 senHomeritz mempunyai sokongan pada 640 sen, yang mana jika gagal ditutup atas sokongan ini, Homeritz bakal menguji 625 dan 610 sen. Bullish confirmation boleh disahkan apabila Homeritz dapat memecahkan 690 sen dalam masa terdekat. Berdasarkan penunjuk teknikal, Homeritz mungkin telah menjumpai asas di 610 sen. Tetapi masih belum ada trend bullish yang kuat untuk sahkan penunjuk ini.
UZMA: Pecah bawah MA200UZMA berada dalam fasa kritikal apabila berjaya tutup di bawah pergerakan purata 200 hari. Sokongan terdekat adalah pada 97 sen. Jika UZMA gagal mengawal rapi sokongan ini, UZMA bakal meneruskan kejatuhan ke 875 sen. Manakala rintangan terdekat UZMA adalah sekitar 1.02/1.01 sen. Sekiranya UZMA berjaya tutup di atas rintangan ini, UZMA bakal menguji 1.07.
6963 VS : Resistance Kuat Bertingkat-tingkatUlasan ringkas.
VS telah berjaya melepasi satu resistance kuat pada 1.010. Kini dalam cubaan untuk memecahkan resistance-resistance seterusnya pada carta 1 jam (sila rujuk carta).
Support kuat pada 0.980. jika pecah, kemungkinan untuk terus jatuh adalah tinggi.
Penunjuk oscillator menunjukkan momentum yang positif masuk di dalam pergerakan harga VS.
Legend:
Garisan Merah - Resistance
Garisan Hijau - Support