MuhammadAlTrader

WZSATU: Dah sampai lantai ke belum

MYX:CITAGLB   CITAGLOBAL BERHAD
1) Jika dilihat pada indikator Stoch RSI memang kaunter ini telah berada di bawah paras 5.
2) Penurunan harga yang berterusan selama beberapa hari ini adalah petanda sell signal dari perspektif indikator-used.
3) Tapi kita tahu, saham saham yang mengalami penurunan pasti akan melakukan small rebound atau small breather sebelum meneruskan penurunan.
4) Persoalannya dimanakah paras lantai/sokongan terendah bagi kaunter ini?
5) Jika kita guna fibonacci retracement dari dari harga terendah ketika kenaikan dahulu sehingga paras harga tertinggi, kaunter ini telah turun melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan kenaikan.
6) Jika dilihat menggunakan moving average juga harga telah memecahkan MA10, MA20, MA50 malah MA200 juga telah berjaya dipecahkan.
7) Dijangkakan menggunakan fibo retracement, harga mungkin akan singgah pada paras 61.8%.
8) Jika harga masih turun, boleh abaikan kaunter ini dahulu sehingga confirmation signal menggunakan candlestick boleh digunakan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.