Pasaran Hadapan Emas Menarik!!Pasaran Hadapan Emas Comex menunjukkan pergerakan harga yang menarik. Di atas adalah carta mingguan.
Mula-mula kita dapat lihat dia berjaya membuat downtrendline breakout (garis hijau) pada 7 Ogos 2017. Kemudiannya ia patah trendline di bawah dan masuk balik ke atas trendline membentuk spring yang merupakan permulaan isyarat bullish yang kuat. Dan akhirnya dia berjaya menguji trendline (hitam bawah) sebagai sokongan (memantul semula) sekaligus menguatkan lagi isyarat bullish.
Sekiranya ia berjaya melepasi garisan tren pengumpulan, ini memberi isyarat fasa kenaikan (mark up) bermula. Saya melihat tidak sukar untuk ia melepasi halangan di 1573. Di halangan 1800 baru kemungkinan ia akan terhenti seketika samaada untuk membentuk corak head and shoulders atau corak pengumpulan semula yang lain sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi dan kemungkinan akan rally (kenaikan yang besar dan panjang).
Kenaikan ini biasanya akan mempengaruhi juga kenaikan kaunter-kaunter berkaitan emas dan juga indeks KLCI. Sama-sama kita perhatikan :)
Mac19
CAB - minat belian berserta kenaikan harga"Price volume action" menjelaskan kenaikan harga disertai dengan volume yang tinggi merupakan penunjuk positif pergerakan harga dijangka akan naik lagi.
Target R1
Stoploss S1
Jika berjaya tembus R1, sebahagian dari pegangan boleh di jual pada paras 25%, 50% dan 75% (full target) untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.
KLCI Mingguan - uptrend sejak 2010 masih bertahanUptrend utama sejak 2010 masih bertahan dan kini membentuk doji berekor panjang. pergerakan indeks dilihat menolak paras uptrend - berkemungkinan ia akan melantun dari paras ini.
Paras Rintangan R1 & R2
Paras sokongan S1 & S2
KLCI dilihat bullish jangka pendek jika berjaya menembusi R1
Minyak Mentah (CL): Analisa Teknikal Minggu-2 Mac 2019Harga minyak dunia sedang bertahan di paras yang ditunjukkan pada carta. Walaubagaimanapun, pergerakan masih di dalam julat (kotak) pada 2 minggu lepas. Mungkin ini disebabkan paras sokongan & rintangan yang kuat di masa lepas (garisan merah) dan juga paras Fibonacci Retracement.
Jangkaan buat masa ini masih menuju ke atas.
TRC case study - paras sokongan dan rintanganTRC bergerak secara sideways (ranging) antara 0.52 dan 0.59. paras sokongan dan rintangan telah terbentuk antara 17 Jan (harga tertinggi) dan 11 Feb (harga terendah)
ketika harga mencecah kawasan sokongan, belian boleh dibuat dengan stoploss pada harga bawah 0.52. harga. teknik beli masa senyap. selepas itu, kaunter ini mula mendapat perhatian setelah makin ramai menyedari ia telah melantun dari paras support, dan belian panik telah berlaku dimana orang ramai tidak mahu ketinggalan membeli kaunter ini.
Target jualan adalah pada paras rintangan. namun begitu, momentum kenaikan adalah sangat kuat, (gap up) dan terus naik. trader yang bijak akan menjual separuh pegangan saham untuk mengambil untung dan membiarkan separuh lagi untuk teruskan perjalanan ride the trend, target kedua ialah Resistance 2, dua kali ganda trading range yang sebelumnya.
kesimpulannya, jika anda lihat harga sesebuah kaunter berada diparas support, tandakan paras resistance dan support, dan beli lah. ianya berbaloi.
PMETAL - golden cross over MA10 x Ma50Golden cross over MA10 bersilang dengan MA50 pada 11 mac. kini berada diatas paras MA100. MA100 dilihat sebagai support yang kuat untuk kaunter ini.
short term:
beli diatas 4.6 - candle 15 mac
jual bila harga dibawah MA100 (short term support - kerana ia merupakan MA yang paling dekat dengan harga)
medium term:
Buy on dip. beli bila harga turun ke MA50 & hold
Jual bila harga bersilang kebawah MA50.
nota:
FCPO: Analisa ringkas bagi minggu ke-3 MAC 2019Seperti dilihat pada carta, 3 paras rintangan penting yang perlu diatasi sekiranya ingin terus menaik ke atas. Jika gagal, fasa 'sideway' adalah dijangkakan walaupun struktur HH seterusnya dibentuk.
Perhatikan juga indikator MACD yang membentuk corak Bullish Divergence dengan pergerakan harga sebelum ini.
Selamat berdagang.
KPJ: Momentum belian dah masuk?Jumlah dagangan belian yang tinggi tetapi pergerakan harga agak kecil... Agaknya nak pergi ke mana? Corak carta menunjukkan harga sedang bergerak dalam corak 'channel'. Indikator MACD pula macam nak silang ke atas. Harga juga hampir dengan paras sokongan. Jika pecah corak 'channel' kebarangkalian menuju ke paras 1.17 adalah tinggi.
Selamat berdagang!
Fokus pada garisan melintangSambung lagi siri breakout..memang nak bagi habis, tapi tak habis2 pulak.
Garisan melintang mungkin nampak mudah, tetapi ianya sangat berkuasa untuk menentukan samada harga hendak naik atau turun.
Seperti alat bantu yang lain, garisan melintang bukanlah penentu naik atau turunnya sesuatu harga, tetapi ianya mampu memberikan kita gambaran awal sambil bersiap-sedia membuat pelan dagangan.
BBMA : ISYARAT JUALAN KUBHarga terus membuat penurunan dan kemudiannya berhampiran BL, telah keluar isyarat jualan. Namun, kita perlu tunggu sehingga harga melantun kembali ke atas. Kemungkinan besar ini adalah isyarat belian yang palsu kerana stoch masih berada di atas CT. Tambahan pula,ini adalah masa terbaik membeli bagi sesetengah peniaga.
EATECH : BBMA+TRENDBAND : SINGGAH DI GARIS BIRUPerlu singgah di garis biru harian. Stoch menunjukkan sudah PASTI harga akan bergerak terus ke atas kerana telah melepasi CT di 50 stoch. Kesimpulannya :
Masuk beli : 0.435-0.450
Ambil Untung : EMA 200 Carta Mingguan
Tutup Rugi : Trenband Patah dan tunggu di EMA50 untuk masuk semula dengan syarat stoch tak turun melepasi CT
KLCI belum beri tanda jelas namun ada positifnyaPada artikel saya yang lepas, saya menyatakan minggu ini jadi penentu hala tuju KLCI. Namun sehingga ke akhir minggu ini, ianya belum memberi kata putus yang jelas.
Saya ada menunjukkan zon sokongan KLCI pada artikel lepas. Minggu ini bermula hari Isnin KLCI terus patahkan sokongan tersebut mungkin didorong oleh parlimen yang mula bersidang (pasaran global dalam keadaan baik). Bukan sahaja patah zon sokongan tersebut, bahkan patah sokongan awan ichimoku di carta harian.
Seterusnya KLCI menunjukkan penolakan pada bearish dengan bukaan jurang pada hari Selasa dan membentuk corak Bullish Harami serta kembali memasuki awan Ichimoku.
Bermula dari situ prestasi pasaran bursa agak baik dengan volume yang tinggi walaupun value yang rendah, menunjukkan kaunter-kaunter penny menjadi tumpuan. Banyak kenaikkan besar yang berlaku.
Namun indeks KLCI masih gagal memasuki semula Zon Sokongan (garisan hitam) hingga ke hari terakhir minggu ini. Cumanya terdapat beberapa petanda baik iaitu berlakunya penolakan bearish, dan indeks telah melepasi garisan Tenkan Ichimoku (isyarat awal bullish). Jadi indeks masih lagi di persimpangan bearish atau bullish.
Nak atau tidak kita terpaksa menunggu minggu hadapan pula. Ianya akan memberi isyarat bullish yang jelas sekiranya berjaya memasuki balik atau berada di atas zon sokongan (garis hitam). Dan isyarat bearish yang jelas sekiranya dia memantul ke bawah dan melepasi low candle Selasa sekitar 1664.
Pandangan peribadi saya, pasaran akan berada dalam keadaan yang baik. Ini bersandarkan pemerhatian saya sendiri, banyak kaunter baru keluar dari fasa accumulation (pengumpulan) dan memasuki fasa mark up. Banyak juga kaunter yang kelihatan telah bertemu bottom, dan yang sedang cuba untuk keluar dari fasa accumulation.
KUB 15/03/19 ADAKAH AKAN MEMBUAT LANTUNAN1) Harga kaunter KUB pada tarikh 15/03/19 masih bertahan diatas garisan trend menaik
dan membentuk gabungan candle bullish harami..
2) Adakah kaunter ini akan membuat lantunan diatas garisan trend menaik ??
3) Jika harga tidak berjaya membuat lantunan maka garisan trend menaik @
aras sokongan boleh dijadikan kawasan menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..