PELIKAN: MA50 dan MA200 hampir bersilang kebawah1) Harga terkini dagangan kaunter ini didalam lingkungan 20 sen telah jatuh lebih daripada lingkungan harga pengumpulan dimana didalam lingkungan 30sen.
2) Ini menunjukkan money maker terdahulu telah melepaskan pegangan didalam kaunter ini.
3) Jika dilihat garisan MA50 dan MA200 juga hampir bersilang kebawah menandakan bakal berlaku kejatuhan lagi dan trend berubah kepada trend menurun bagi jangka sederhana dan jangka panjang.
4) Jika sesiapa ada pegangan dalam kaunter ini untuk cutloss dahulu kerana tidak tahu kejatuhan boleh berlaku lagi.
Mac20
SRIDGE: Belum ada kejatuhan besar-besaran1) Kejatuhan harga hari ini bersifat penyerapan dimana berlaku kejatuhan harga pada pembukaan harga seterusnya berlaku pembelian pada sesi pagi dan petang.
2) Harga terkini juga masih didagangkan diatas MA50 dan MA200, menandakan trend semasa masih dalam trend menaik dan minat belian masih wujud bagi kaunter ini bagi jangka sederhana dan jangka panjang.
3) Indikator Parabolic SAR juga berada dibawah candle bermula 3 hari lepas, menunjukkan trend dalam keadaan menaik bagi kaunter ini.
4) Bagi dagangan jangka pendek masih belum ada signal, tetapi para trader/investor boleh watchlist kaunter ini untuk dagangan masa hadapan.
TNLOGIS: Boleh diperhatikan 1) Kaunter ini berada dalam sektor pengangkutan dimana sektor ini tidak begitu terkesan dengan kemerosatan ekonomi dan sentimen semasa.
2) Dari sudut teknikal anaisis, dilihat pada 17 Mac lepas kemasukan volume pembelian yang besar telah berlaku.
3) Hari ni juga dilihat kemasukan volume berlaku disertai kenaikan harga yang signifikan juga.
4) Harga juga telah berlegar antara 0.260-0.285 membentuk support baru yang kuat.
TENAGA tunggu harga RM10TENAGA dah turun hampir dengan paras market correction 2015 pada hampir RM10.
belian terbaik boleh dibuat pada harga tersebut. sentimen adalah bullish dengan harga minyak yang sedang jatuh. syarikat yang dilindungi oleh kerajaan dengan kenaikan tariff yang konsisten.
Jika harga jatuh dibawah paras RM10, berhati hati, dikhuatiri harga belum jumpa lantai lagi..
EKOVESTnote : INI BUKAN BUYCALL. ini utk kita sama2 kaji
cuba menghampiri UTL. jika pantul di atas line ok . jika tembus ke bawah tak boleh kata apa la..
note: stay at home.. semoga semua kita selamat dari covic-19
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual saham,
Ianya bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..Jaga modal kita..ingat tu
GDEX: Membentuk support baru1) Sentimen semasa sedunia yang tidak menentu menyebabkan kaunter-kaunter mengalami kejatuhan ketara.
2) Kaunter ini berada dalam sektor pengangkutan dimana tidak terlalu terkesan kerana perkhidmatan mereka masih diteruskan walaupun berlaku movement restriction order.
3) Dagangan terkini masih didagangkan dibawah moving averages lines yang penting.
4) Apa yang menarik perhatian saya bagi kaunter ini adalah kerana harga berlegar antara paras 0.115-0.125 seperti membentuk support baru sejak 3 hari lepas.
5) Keputusan hanya boleh dibuat keesokan hari mengenai kaunter ini sebelum diyakini paras tersebut membentuk support kuat yang baru.
PANSAR:MA200 sebagai support terakhir1) Semalam saya ada menulis mengenai kaunter ini perlu melepasi rintangan MA50 pada paras 0.635 dan dapat dilihat harga terkini tidak berjaya melepasi harga tersebut.
2) Menggunakan MA200 sebagai support menunjukkan paras 0.560 sebagai support terakhir bagi kaunter ini sebelum berlaku perubahan trend kepada trend menurun.
3) Perlu tunggu sehingga esok untuk melihat keadaan market sedunia dan sentimen semasa sebelum apa-apa keputusan boleh dibuat pada kaunter ini.
4) Untuk dagangan jangla pendek, masih belum ada signal pembelian, untuk jangka sederhana dan jangka panjang support terakhir pada paras 0.560 bersamaan MA200.
CHHBnote : INI BUKAN BUYCALL. ini utk kita sama2 kaji
berdasarkan candle yang saya bulatkan itu dan cuma candle open di hari berikutnya tidak handsome ( ia handsome jika open " high" di atas candle sebelumnya ) saya jangkakan akan berlaku sedikit kenaikan . jika ini berlaku insyaAllah saya jangkakan seperti di chart.
NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama
note: stay at home.. semoga semua kita selamat dari covic-19
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual saham,
Ianya bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..Jaga modal kita..ingat tu
MI syarikat yang kukuh tengah diskaunMI tunggu harga kat 1.20 dan 1.01. buat tindakan bijak, tunggu masa yang sesuai. jangan main masuk aje, nanti hangussssss!
Cara pembelian investor:
jangan gunakan semua modal anda sekali gus. buat pembelian sedikit demi sedikit, pecahkan kepada 10 pembelian (contohnya)
dengan ini anda boleh average down jika harga turun (peluang collect dengan harga lebih rendah), dan average up jika harga naik (protect profit anda)