NOVAMSC (Tenang di dalam Lorong Kenaikan)Sektor :
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Software.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- NOVAMSC tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Terbaru, NOVAMSC mencatatkan kerugian tertinggi untuk 12 quarter terkini iaitu sebanyak - RM 7,621 menjadikan keuntungan QoQ dan YoY menyusut masing² sebanyak -3,288.7% dan -4,038.03%.
- Hasil (revenue) NOVAMSC juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -41.32% dan -29%.
- NOVAMSC diklasifikasikan sebagai kaunter 'negative earnings' oleh iSaham dan diberikan markah 1.5/10 untuk sudut Fundamental.
~ Teknikal ~
- NOVAMSC dilihat berada dalam uptrend corridor.
- Terkini, setelah menyentuh resistance zone, harga dilihat membuat pullback sehingga ke support zone.
- Fasa pullback dilihat berakhir apabila muncul 2 petunjuk:
1) Candlestick berbentuk bullish marubozu menunjukkan momentum pembelian adalah sangat kuat pada hari ini.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan NOVAMSC sedang rebound di atas support zone yang merupakan trend line support terkuat bagi NOVAMSC.
Nota kaki :
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Bullish Marubozu = Candle hijau yang terbentuk tanpa bayang / wick / shadow. Keadaan dimana harga buka sama dengan harga terendah dan harga tutup sama dengan harga tertinggi.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Marubozu
DATAPRP (Permintaan Terlalu Tinggi)Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Payment Products, 5G.
Idea analisis:
- Sudut Fundamental telah dikupas pada idea sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, hari ini DATAPRP membentuk candle Bullish Marubozu.
- DATAPRP telah LU hari ini pada harga RM 1.05 bermula jam 11.50 pagi sehingga tutup dagangan.
- Berkemungkinan DATAPRP meneruskan kenaikan pada esoknya.
- Jika DATAPRP berjaya meneruskan kenaikan, DATAPRP perlu tutup di atas MA 50.
- Jika harga tidak mampu tutup di atas MA 50, berkemungkinan rebound ini cuma technical rebound atau dead cat bounce sahaja.
- Adakah DATAPRP berjaya rebound di atas MA 200 dan di atas support 0.725 kemudian tutup di atas MA 50?
- Stochastic RSI menunjukkan bahawa DATAPRP berjaya rebound di atas support baru yang terkuat.
- Walaupun begitu, MACD memberikan signal bahawa rebound yang berlaku berkemungkinan adalah fake rebound.
Nota kaki:
* Bullish Marubozu = Candle hijau yang terbentuk tanpa bayang / wick / shadow. Keadaan dimana harga buka sama dengan harga terendah dan harga tutup sama dengan harga tertinggi.
* LU = Limit Up. Keadaan dimana harga telah sampai pada paras syiling dan tidak boleh naik lagi pada hari itu. Ini terjadi apabila banyaknya permintaan kepada sesuatu saham itu. Dengan permintaan yang tinggi ini, harga meningkat sehingga mencapai paras syiling.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika
sebelum meneruskan penurunan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
FBMKLCI (Berkemungkinan Menuju ke Paras Sokongan Semula)FBMKLCI hari ini ditutup di bawah garisan MA 50 pada paras harga RM 1,595.29 dengan candle black marubozu menunjukkan momentum penjualan sangat kuat. Jika harga meneruskan momentum penjualan pada hari berikutnya, kemungkinan support seterusnya yang perlu diperhatikan adalah paras RM 1,560 atau garisan MA 200.
Nota kaki:
* Black marubozu = Harga buka bersamaan dengan harga tertinggi dan harga tutup bersamaan dengan harga terendah.
KRONO (Melantun di Atas Tiga Garisan)Sektor:
- Technology, IT Product, Digital Services.
Idea analisis:
- KRONO telah bertukar trend daripada downtrend kepada sideways (short accumulation phase) apabila harga tutup di atas MA 200.
- KRONO kemudian bertukar kepada uptrend apabila harga BAP (Break Accumulation Phase) dengan volume melebihi Vol MA dan MACD GC.
- KRONO membentuk uptrend line terbaru dengan pergerakan HHHL.
- Terbaru, KRONO rebound di atas MA 200, higher low 2 dan Mid BB dengan:
1) Candle Marubozu
2) MACD 4R1G
- Adakah KRONO akan teruskan kenaikan dan membuat higher low 3?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran higher low 2 @ Mid BB
- CL jika harga 'tutup' di bawah higher low 2 @ Mid BB.
- TP di Upper BB.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Marubozu = Satu candle yang tiada ekor di atas dan di bawah (Harga open = low dan close = high)
* MACD 4R1G = MACD 4 red 1 green (rujuk histogram di MACD) iaitu tekanan pembelian selepas 4 kali tekanan penjualan.
* BAP = Break Accumulation Phase
* MACD GC = MACD Golden Cross iaitu MACD cross up di atas paras 0.
* Mid BB = Garisan tengah Bollinger Bands yang merupakan MA 20.
* Upper BB = Garisan atas Bollinger Bands.
* HHHL = Higher High Higher Low. Boleh rujuk di:
IRIS (Cuba Bangkit)Sektor:
- Industrial Products, Electronic, Software.
Idea analisis:
- IRIS telah mencipta resistance pada 0.450 dan menurun sehingga 0.255 setelah itu.
- Kemudian IRIS mencipta resistance yang lebih rendah iaitu pada paras 0.345.
- IRIS breakout dengan momentum:
1) Volume melebihi Vol MA.
2) Candle Marubozu.
3) MACD GC.
- IRIS kemudian naik semula hingga ke paras resistance sebelum ini iaitu pada paras 0.450 dan paras resistance 0.345 sebelum ini menjadi support terbaru IRIS.
- Setelah itu, IRIS break minor downtrend line (BDTL) dengan:
1) MACD membentuk 4R1G di atas paras 0.
2) Rebound di atas MA 50.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS 0.345 @ MA 50.
- CL jika harga 'tutup' di bawah RBS @ MA 50.
- TP apabila harga menyentuh resistance 0.450.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* RBS = Resistance Become Support
* MACD GC = MACD Golden Cross iaitu cross up dia atas paras 0.
* Marubozu = Satu candle yang tiada ekor di atas dan di bawah iaitu harga open sama dengan harga low dan harga close sama dengan harga high.
* MACD 4R1G = Histogram berturut² merah selama 4 hari dituruti dengan 1 hari histogram hijau (Muncul tekanan pembelian setelah berlaku tekanan penjualan berturut²)
* BDTL = Break DownTrend Line
#TAYOR #BAYOR
Anak PRLEXUS yang taat 1. Warrant kepada PRLEXUS yang akan expired pada 14 Jun 2021 (anak yang taat: mothershare naik, anak follow rapat).
2. Pada Jumaat lepas telah memecahkan half candle marubozu di 0.350 namun tewas ketika cuba memecahkan down trendline (garisan lurus hitam). Jika diletak indicator Bollinger Band (BB), jelas dilihat price juga tidak berjaya memecahkan middle BB (garisan berwarna merah).
3. Jika berjaya pecah middle BB di 0.450, aras ini boleh dijadikan SUPPORT terdekat dan dilihat kuat untuk terus mendaki ke atas.
4. Aras RESISTANCE berikut adalah pada 0.500 dan 0.520(EMA50). Jika dapat bertahan pada aras EMA50 ini, kaunter cukup kuat untuk meneruskan kenaikan ke atas.
5. Indikator TCT Momentous Pro juga menunjukkan momentum yang kuat untuk harga terus naik ke atas.
Nota:
1. Sekadar pembelajaran.
2. Market dilihat volatile minggu depan disebabkan ketidakstabilan politik + kemungkinan PKP dilaksanakan semula. Trade berhati-hati yaa.
Terima kasih
SALUTE (Memecahkan Rintangan Dengan Momentum Padu)Sektor:
- Consumer Products & Services, Electronic.
Idea analisis:
- Break Downtrend Line (BDTL) dengan momentum:
1) Volume spike. (Paling banyak dalam tempoh 5 bulan).
2) Candle Marubozu.
3) Tutup di atas MA200.
4) MACD cross up dan naik dia atas paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran MA 200 atau;
- Tunggu sehingga retrace dan entry berhampiran support baru yang terkuat.
- CL jika harga tutup dibawah MA 200 atau;
- CL jika MACD kembali ke bawah paras 0.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Candle Marubozu = Satu candle yang solid dimana harga open=low dan close=high.
* Apabila harga mula naik di atas MA 200, ia menunjukkan satu perubahan trend berlaku. Daripada downtrend kepada uptrend.
BINTAI (Berjaya Memecahkan Segitiga dengan Momentum)Sektor:
Industrial Products & Services, Vaccines, Trading & Services
Idea analisis:
- Berjaya memecahkan ketiga² ascending triangle dengan volume yang tinggi sepanjang 4 hari berturut².
- Muncul candle marubozu setelah ascending triangle merupakan suatu peluang terbaik untuk entry.
- Adakah BINTAI akan meneruskan kenaikan sehingga vaksin diagihkan pada suku pertama tahun depan?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran paras resistance 0.940.
- CL jika harga tutup dibawah 0.940.
Petunjuk/Nota tambahan:
* Nombor 1 = candle mula memecahkan ascending triangle yang pertama.
* Nombor 2 = candle mula memecahkan ascending triangle yang kedua.
* Nombor 3 = candle mula memecahkan ascending triangle yang terakhir.
* Nombor 4 = Contoh bentuk ascending triangle dan pergerakan candle jika harga telah melepasi ascending triangle.
* Line biru = short uptrend line.
* Line hitam = long uptrend line.
* Marubozu = Satu candle solid yang tiada ekor sama ada di bawah atas di atas.
OPCOM - aras sokongan terbaruSelepas menunggu agak lama, hari ini OPCOM nampak membuat aras sokongan terbaru dengan kehadiran volume yang tinggi.
Jika hari ini adalah tanda volume membeli, jangkaan harga tidak akan turun lagi lebih bawah.
Kalau masih turun, corak cadangan sebelum ini sudah tidak valid.