MESTRON
MESTRONKaunter MYX:MESTRON mempunyai Gap di antara 0.205-0.21, 0.235-0.24, 0.345-0.39, 0.43-0.435.
Stochastic berada di kawasan overbought dan jika MYX:MESTRON kekal sideway, kemungkinan besar akan teruskan kenaikan tutup gap di atas.
Jika tidak, harga akan ke Gap di bawah di 0.205-0.21 atau 0.235-0.24.
Ini adalah kajian semata-mata dan bukan BuyCall.
Mestron1. Kaunter ini masih dalam fasa sideway lagi
2. Crsi masih mempunyai momentum
3. Dari segi stochastic rsi masih ada ruang untuk kenaikan
4. Jika berjaya melepasi garisan fibo 0.618 nampak menarik untuk meneruskan kenaikan
5. Boleh gunakan garisan fibo sebagaii SnR
Ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli dan menjual. TAYOR
Mestron : weekly tf1. cs dalam keadaan doji
2. cs juga masih berada di bawah midd bb
3. Vol masih ada lagi minat belian
4. rsi masih di atas 50
5. kaunter pada fasa sideway lagi.
6. jika berjaya memecahkan garisan fibo amat menarik untuk diperhatikan
ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli dan menjual. TAYOR
MestronKajian kaunter ini dari sudut TA
1) Line EMA5 & 20 dah merapat.
2) CS berada di atas EMA
3) RSI hampir menghampiri 50.
4) Jika Vol overtake dan break previous CS pasti kaunter ini akan sampai UBB
5) Boleh gunakan gan chart untuk SnR
Ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli dan menjual.TAYORRR
keep its simple & sweet.
MESTRON (Istirehat Sebentar)Sektor :
- 5G, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- Keuntungan MESTRON meningkat YoY sebanyak 240.49.
- Hasil (revenue) menyusut YoY sebanyak -17.89%.
- MESTRON konsisten memberikan para pelaburnya dividen bermula tahun 2020 setelah disenarai awamkan di Bursa Malaysia pada tahun 2019. Dividen terkini pada tahun 2021 sebanyak 0.15 sen sesaham adalah lebih sedikit berbanding tahun sebelumnya iaitu 2 sen sesaham.
~ Teknikal ~
- Sebelum MESTRON melakukan kenaikan parabolic, muncul signal 'strong bearish divergence' menandakan harga akan jatuh.
- Harga tidak jatuh sebaliknya berlegar² di paras harga RM 0.290 yang kini merupakan RBS bagi MESTRON.
- Kemudian, harga breakout dan setelah itu baru MESTRON membuat kenaikan parabolic dan mencipta ATH pada paras harga RM 0.460.
- Terkini, MESTRON dilihat berada dalam fasa pullback dan hari ini MESTRON dilihat cuba mengakhiri fasa pullback. MESTRON dilihat mencuba rebound di atas fibo 0.5 setelah membuat rejection sehingga ke paras fibo 0.382. Ini dibuktikan oleh 3 petunjuk reversal:
1) Candlestick berbentuk morning doji star.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga sedang membuat pullback di atas support baru terkuat.
3) MACD 4R1G (Penerangan di nota kaki).
Nota kaki :
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Rejection = Keadaan dimana harga tidak mampu melepasi paras harga tertentu samada resistance atau support.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
MESTRON (Sentiasa Mencipta Rekod Terbaru)Sektor:
- 5G, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan MESTRON YoY meningkat sebanyak 240.49% manakala hasil (revenue) pula menurun sebanyak -17.89%. MESTRON juga konsisten memberikan pelaburnya dividen dua tahun berturut² untuk tahun 2020 dan 2021 tetapi dividen yang diberikan pada tahun 2021 adalah lebih rendah berbanding dividen tahun 2020.
- Dari sudut Teknikal, MESTRON berada di atas MA 200 menandakan MESTRON masih dalam keadaan uptrend untuk long term.
- Sepanjang uptrend ini, MESTRON pada mulanya menunjukkan signal strong bullish divergence sebelum harga menaik.
- Kemudian, muncul signal strong bearish divergence sebelum harga gap down.
- Tidak lama selepas itu, harga mula menaik ke atas MA 20 dengan gap up.
- Muncul sekali lagi signal strong bullish divergence tetapi harga tenang diposisi.
- MESTRON meneruskan kenaikan dan sentiasa mencipta ATH yang baru dengan menjadikan mid BB sebagai dinamic support.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun tetapi stochastic RSI menaik.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Gap down = Harga dibuka rendah berbanding harga ditutup hari sebelumya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
MESTRONMestron telah rebound dari garisan support RM 0.240 yang agak kuat beberapa hari yang lepas dan sedang mencari resistance yang berikutnya pada harga RM 0.290. MACD berada dalam keadaan uptrend yang agak kuat dan kemasukan volume pada hari ini menunjukkan kaunter ini berpotensi untuk terus naik.
MESTRON Meneruskan Perjalanan Setelah Siap Corak Cup and HandleMESTRON mempunyai corak carta Cawan dan Pemegang (Cup and Handle). Aras neckline adalah di 0.210 dan telahpun dipecahkan. Kini Mestron dalam perjalanan menuju aras target corak cawan dan pemegang iaitu di aras 0.370. Sama-sama kita perhati rapat, kaji mengkaji dan sediakan trading plan. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran).
MESTRON (Dalam Segi Tiga)Sektor:
- Metals.
Idea analisis
- MESTRON mula disenaraikan di Bursa pada awal Jun 2019.
- MESTRON membentuk ascending triangle.
- Transaksi paling banyak dilakukan sejak pembentukan trend line & MACD cross up adalah pada 0.200. 0.200 ini merupakan harga psikologi.
- MACD terus mendaki ke atas paras 0.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran harga psikologi 0.200 @ support 0.185 untuk BOD atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas resistance 0.230 @ ATH 0.245 untuk BOB atau;
- Entry berhampiran trend line.
- CL jika harga 'tutup' di bawah support @ trend line @ MA 50.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* ATH = All Time High (Harga paling tinggi pernah dicapai)
* BOB = Buy On Breakout
* BOD = Buy On Dip
Mestron : Entry Yang Sesuai1. Kaunter ini telah melengkapkan satu kitaran Elliott Wave dan Major correction abc.
2. Kemudian harga rebound pada paras support dan cuba memecahkan resistance tetapi tidak berjaya.
3. Harga akan membuat pullback atau berpatah balik ke garisan support.
4. Indikator RSI akan mencari area oversold.
5. Volume menunjukkan penjualan sedikit berbanding pembelian. Ini menunjukkan kelemahan pasukan penjual.
6. Jadi tunggu sehingga harga jatuh ke garisan support dan RSI menjadi oversold untuk entry yang selamat.
MESTRON (0207) : KENAIKAN DI ATAS MA20..MENUJU ATH!Sectors: Penny Stocks, IPO, 5G, Metals, Industrial Products & Services
1. Menarik jika melakukan rekod baharu ATH melebihi 0.230.
2. Namun berhati-hati berdagang dengan kaunter sikat.
3. Cadangan untuk pembelian, tunggu masa pullback atau breakout ATH.
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
MESTRON BERJUANG UNTUK WAVE KE 5 Seperti yang saya kongsikan sebelum ini.. MESTRON TF DAILY yang telah melakukan wave 3 dan telah menamatkan wave 4 iaitu Fasa pembetulan. Kini MESTRON telah memulakan langkah wave ke 5 nya.. adakah MESTRON mampu mencapai FIBO 61.8%..? Sama sama kita nantikan persembahan kaunter ini.
Penafian: Perkongsian ini ada bertujuan untuk pembelajaran dan kajian. Tiada signal BUYCALL diberikan.
MASIH ADAKAH MINAT BELIAN PADA MESTRON??Maestron adalah salah satu kaunter yang mempunyai sentimen ataupun berita yang berkait dengan isu 5G. Kenaikan telah mendadak berlaku pada bulan lepas selepas isu ini diketahui umum.
Melihatkan kepada volume yang hijau beberapa hari menunjukkan minat belian masih ada. Mestron juga mempunyai nilai fundamental yang baik, jadi kita boleh katogerikan yang kaunter ini sesuai unutk pelaburan jangka masa panjang. bagi swing trader, anda boleh beratur untuk beli pada harga 0.17 dan jual pada paras rintangan yang terdekat ataupn pada rintangan yang kedua. terima kasih
MESTRON DALAM KEADAAN PULLBACKSUPPORT 0.185
R1 : 0.215
R2 : 0.250
RRR 1:2.75
Dalam sektor Industrial Products & Services
- Entry? Cari best entry dalam kotak di highlightkan tersebut. TRADE AT YOUR OWN RISK.
=========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari MAHERSAHAM.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing. Trade what you see not what you want to see.
7 TECH 5GDISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxx
Company yang ada hubungkait dengan perkembangan 5G di Malaysia.
Sedikit sebanyak company-company ini akan mendapat tempias sekiranya
ada projek untuk mengembangkan sistem telekomunikasi negara ke arah 5G.
FA - OK, baru listing dalam bursa lebih kurang setahun. profit ada tidak begitu banyak
dan tidak growing mungkin sebab baru lagi dalam bursa. Kalau tengok website,
company ini prospek bisnes agak meluas hingga ke luar negara. Core bisnes berkaitan
palang dan besi. Kalau ada projek 5G mungkin dapat tempias dalam persiapan menaikkan palang/
tiang pemancar 5G.
TA - pergerakkan harga menaik sudah naik gak banyak selepas berehat.
CATALYST -
Nov 2019 MoU between Platinum Core Solution
Oct 2019 -
1. Purchase order for East Klang Valley Express from Ahmad Zaki Sdn Bhd
2. Project Wide Supply (PWS) between Max Lighting for LED Tunnel Lighting
Jun 2019 - Initial Public Offering (IPO)
REVIEW - (FA /)(TA /)(CA /) Prepare trading plan makesure Entry & Exit Plan.