naimmp98

MESTRON (Istirehat Sebentar)

MYX:MESTRON   MESTRON HOLDINGS BERHAD
Sektor:
- 5G, Metals, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- Keuntungan MESTRON meningkat YoY sebanyak 240.49.
- Hasil (revenue) menyusut YoY sebanyak -17.89%.
- MESTRON konsisten memberikan para pelaburnya dividen bermula tahun 2020 setelah disenarai awamkan di Bursa Malaysia pada tahun 2019. Dividen terkini pada tahun 2021 sebanyak 0.15 sen sesaham adalah lebih sedikit berbanding tahun sebelumnya iaitu 2 sen sesaham.

~Teknikal~
- Sebelum MESTRON melakukan kenaikan parabolic, muncul signal 'strong bearish divergence' menandakan harga akan jatuh.
- Harga tidak jatuh sebaliknya berlegar² di paras harga RM 0.290 yang kini merupakan RBS bagi MESTRON.
- Kemudian, harga breakout dan setelah itu baru MESTRON membuat kenaikan parabolic dan mencipta ATH pada paras harga RM 0.460.
- Terkini, MESTRON dilihat berada dalam fasa pullback dan hari ini MESTRON dilihat cuba mengakhiri fasa pullback. MESTRON dilihat mencuba rebound di atas fibo 0.5 setelah membuat rejection sehingga ke paras fibo 0.382. Ini dibuktikan oleh 3 petunjuk reversal:
1) Candlestick berbentuk morning doji star.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga sedang membuat pullback di atas support baru terkuat.
3) MACD 4R1G (Penerangan di nota kaki).

Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Rejection = Keadaan dimana harga tidak mampu melepasi paras harga tertentu samada resistance atau support.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.