MFLOUR
MFLOUR kenaikan dengan Momentum yang Kuat Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
#MOMENTUMBREAKOUT
kini berada di gelombang impulse subKecil 5 di gelombang kecil 3 dan sedang menuju ke atas dengan momentum volume yang kuat serta akan mendaki ke arah Gelombang Besar 3 di tahap Fibo Extension 361.8% .sebagai sasaran
Nota : Sila Peratikan Volume Momentum
Unjuran Kewangan amat memberangsangkan pada suku tahun yang terbaru
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
MFLOUR Cadangan dan Idea Dagangan SingkatMFLOUR pada hari ini menecahkan garisan menurun singkat dan ditutup dengan lilin hijau marubozu disokong oleh volume yang melebihi purata. Secara teorinya, ini merupakan signal kepada pusingan arah pergerakan lilin. Jika kita gunakan pasangan EMA untuk dagangan singkat iaitu padanan EMA9 dan EMA21, dapat dilihat lilin pada hari ini melintansi dua garisan ini serentak. Ini menunjukkan signal yang kuat untuk Mflour menyambung pendakian ke atas. Aras sokongan adalah di 0.835 dan aras rintangan adalah di 0.925 dan 1.03. Mampukah Mflour singgah melawat ke kedua-dua aras rintangan ini? Sama-sama kita kaji mengkaji dan melihat langkah pergerakannya. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran).