Moving Averages
Siri ke2 : pembelajaran DGCCarta harian
~gerak kerja sistem DGC selepas correction
~wujud double bottom (adam/eve)
~untuk pertama kalinya berlaku dgc, saham hanya dipegang selama sehari(intraday) atau 2ke3 hari(hari ke2 tP)
~untuk dgc kali ke2, saham dipegang selama seminggu atau 2 minggu atau menanti di puncak rintangan untuk tp
~jika BO rintangan maka peranan ema7@21 sebagai sokongan trend yang mencanak menuju ATH@52w high
~kaunter pilihan sekadar hiasan
~semoga bermanfaat
Cara mudah nak cari kaunter guna TradingView (tak perlu daftar!)Guide mudah untuk mencari kaunter yang berpotensi untuk naik.
(akaun percuma / tidak berdaftar mempunyai pelbagai had (bilangan indicator, time frame dan lain lain. harga yang dipaparkan juga lewat 15 minit)
Menggunakan teknikal indicator Simple Moving Average 10. Kita boleh cari harga yang melintas ke atas SMA 10. Bila dah jumpa, ikut langkah ni:
1. Kaji market structure - downtrend, uptrend atau sideways
2. Cari paras Support dan Resistance & periksa risk to reward ratio (berdasarkan Support & Resistance)
3. Kalau Risk Reward Ratio lebih 1:2, masuk watchlist dan cari entry
4. Monitor harga, kalau jatuh bawah SMA10, boleh take profit, atau kena Cut Loss.
Trading ialah berdasarkan Kebarangkalian (probability). Risiko kerugian tidak boleh dielakkan 100%, hanya boleh dikurangkan. daripada 10 trade, 6 trade untung, 4 trade rugi, pun bagus, asalkan kita dapat net profit. kalau 50-50 untung atau rugi, anda perlu check trading system atau perbaiki pemilihan kaunter anda. Dengan menggunakan trading system yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berjaya, anda akan mampu mengurangkan kerugian dalam purata trade yang anda buat.
Selamat berjaya!
TUTORIAL : MA200 Sebagai Pengesahan Trend Untuk 'Long Term'Seperti mana yang anda lihat di dalam carta, MYEG meneruskan kenaikan setelah melepasi MA200 pada 6 Mac 2019.
Anda boleh lihat, harga bagi saham MYEG meningkat setelah melepas MA200.
Garisan MA200 sesuai untuk dijadikan pengesahan trend jangka panjang.
SIRI 5 : BBMA : STOCHASTIC dan Peranannya kepada EMA50Garisan EMA50 sebagai HALANGAN dan TAMPUNGAN. Garisan EMA 50 (Black Line aka BL), adalah satu alat yang padu dan mampan dalam BBMA. Semakin hampir harga dengan BL ini, semakin mendebarkan kerana pada asalnya kita tidak mengetahui sama ada harga mampu melepasinya ataupun tidak. Untuk membantu dalam hal ini, maka ADVANCE Stochastic telah di buat sebagai penambah rasa untuk kita membuat keputusan. Stochastic ini hanya berfungsi ketika harga hampir dengan BL di kala carta menunjukkan tren menaik atau menurun.
- Di dalam stoch itu sendiri, ada 3 garisan STOCH yang melambangkan HARI,MINGGU dan BULAN. Garisan biru mewakili harian, merah mewakili mingguan dan hijau terang mewakili bulanan.
- Sekiranya harga mencecah BL, tetapi stoch tidak lagi naik mencecah CT (Confirmation Trend di nilai 50 stoch), maka harga akan kembali memantul di bawah (kalau carta menurun)
- Sekiranya harga mencecah BL, tetapi stoch tidak lagi turun mencecah CT (Confirmation Trend di nilai 50 stoch), maka harga akan kembali memantul ke atas (kalau carta menaik)
- Yang dimaksudkan stoch tidak mencecah itu adalah, ketiga-tiga garis stoch itu harus bergerak bersama. Kalau hanya 1 sahaja yang bergerak contohnya garisan biru, kemungkinan untuk harga memantul semula ke atas atau ke bawah adalah tinggi.
- Stoch dilihat apabila harga menghampiri BL sahaja.
Lihat rajah untuk memahami dengan lebih lanjut :-