Moving Averages
25 Apr 2021: TGUAN mula menunjuk tanda kenaikan
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
TGUAN
1. Harga naik mencapai harga tertinggi 52 mingguan pada RM3.37 sebelum penarikan balik selama beberapa bulan berlaku.
2. Penarikan balik dapat disokong oleh EMA jangka Panjang dan zon fibo 61.8% (RM1.90) dan mula kenaikan.
3. MACD mula menujuk tanda bullish dan bermomentum.
25 Apr 2021: Unisem masih dalam struktur kenaikan
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Unisem
1. Harga naik selepas mencapai dasar harga (RM1.53) buat kali kedua.
2. Harga naik dan mencapai harga tertinggi RM9.41 dan mula penarikan balik. Penarikan balik dapat sokongan EMA jangka pendek dan Zon fibo 78.6% (RM7.72).
3. MACD masih di zon bullish tetapi momentum berkurangan.
25 Apr 2021: UWC masih dalam mod kenaikan
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
UWC
1. Harga naik dengan bentuk V selepas mencapai dasar harga (RM0.53) buat kali kedua.
2. Harga naik dan mencapai harga tertinggi RM7.30 dan mula penarikan balik. Penarikan balik dapat sokongan EMA jangka pendek dan Zon fibo 38.2% (RM4.72).
3. MACD masih di zon bullish tetapi momentum berkurangan.
FREIGHT - 52WH BOMYX:FREIGHT
Harga: Atas EMA20
EMA: 20>50>200
Vol: Sekurangnya 3 kali ganda volum purata
DNV: >RM1 juta
PUNCAK (Menunggu Peluang Ke-3)Sektor:
- Infrastructure, Water Utilities, Construction, Integrated Facilities Management.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, PUNCAK baru pertama kali mencipta keuntungan pada Q1 2021 setelah QR sebelumnya konsisten mencipta kerugian. Hasil (revenue) pula pernah berada dalam trend menaik sehingga Q1 2020 sebelum bertukar kepada trend menurun setelah itu. Revenue PUNCAK menurun YoY sebanyak -19.04% tetapi keuntungan PUNCAK meningkat YoY sebanyak 111.98%.
- Dari sudut Teknikal, PUNCAK dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan MA 50 sebagai support.
- PUNCAK dilihat beberapa kali rebound di atas MA 50.
- Pertama kali PUNCAK breakout, candle hijau panjang terbentuk dan PUNCAK mencipta higher low terbaru.
- Kemudian, PUNCAK breakout sekali lagi untuk kali kedua dengan candle hijau terbentuk dengan volume yang signifikan. PUNCAK sekali lagi mencipta higher low baru dengan menjadikan resistance sebelum ini sebagai support (RBS).
- Adakah PUNCAK mampu mengulangi sejarah sebelum ini dengan breakout sekali lagi untuk kali ketiga? History repeats itself?
- Terkini, PUNCAK membentuk pennant pattern dan hari ni PUNCAK berjaya memecahkan pennant pattern ini.
- Stochastic RSI juga cross up di paras oversold menandakan PUNCAK sedang rebound di atas support terkuat nya pada 0.510 yang juga merupakan RBS nya.
Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya bulan Februari.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Breakout = Harga memecahkan resistance (syiling harga).
* Higher low = 'Paras harga terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga terendah sebelumnya'.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai pennant pattern dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
EMAS (Berjaya Melawan Arus Penurunan)EMAS secara overall dilihat masih dalam downtrend. Sebelum ini, EMAS dilihat berjaya melepasi MA 50 tetapi tidak mampu melepasi downtrend line. Walaubagaimanapun pada hari ini, EMAS telah melepasi MA 50 dan juga downtrend line. Adakah BDTL ini mampu membuat EMAS reversal atau sekali lagi membuat technical rebound?
Jika EMAS mampu bertahan di atas RBS (RM 230/gram - RM 233/gram), target seterusnya adalah pada harga RM 250/gram. Jika harga sekali lagi jatuh di bawah RBS (RM 230/gram - RM 233/gram), target seterusnya adalah pada harga RM 220/gram.
Nota kaki:
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika sebelum meneruskan penurunan.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
CHEETAH (Mencari Rentak Lama)Sektor:
- Trading & Services, Apparels, Personal Goods, Consumer Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, CHEETAH dilihat tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Walaupun begitu, keuntungan CHEETAH meningkat YoY sebanyak 40.29%. Hasil (revenue) pula dalam trend sideways (mendatar). Revenue CHEETAH menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -368% dan -56.6%.
- Dari sudut Teknikal, CHEETAH sebelum ini dilihat kerap membuat pullback sehingga ke MA 20 sebelum rebound dan membuat higher high.
- Terbaru, CHEETAH membuat pullback sekali lagi tetapi kali ini, CHEETAH breakdown MA 20.
- MA 20 dilihat merupakan dinamic support yang terkuat CHEETAH. Oleh sebab itu apabila support terkuat ini pecah, harga dilihat membuat penurunan drastik sehingga jatuh di bawah MA 50 menjadikan CHEETAH downtrend untuk mid term.
- Penurunan ini juga didorong oleh signal 'weak bearish divergence' yang ditunjukkan oleh indikator stochastic RSI.
- Ketika penurunan drastik ini berlaku, muncul 2 signal reversal:
1) Candle bullish engulfing.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menunjukkan CHEETAH berkemungkinan akan reversal di paras support terkuat.
- Walaubagaimanapun, terdapat 2 resistance yang perlu dilepasi oleh CHEETAH bagi memastikan CHEETAH meneruskan kenaikan seperti sebelum ini:
1) MA 50 untuk menjadikan CHEETAH uptrend untuk midterm.
2) MA 20 untuk kembali meneruskan kenaikan seperti sebelum ini.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sideways.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Higher high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI mendatar.
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
BTC (Kemanakah Hala Tuju Seterusnya?)Bitcoin (BTC) secara makro dilihat masih dalam keadaan uptrend dan hampir setiap bulan membuat ATH. Jika dilihat secara mikro pula, BTC sekarang berada dalam keadaan kritikal. Ini kerana harga BTC telah jatuh dibawah dinamic support terkuatnya iaitu MA 50.
Pada kali pertama BTC jatuh di bawah MA 50, harga dilihat membuat rejection di atas higher low sebelum ini. Keadaan ini telah melanggar ciri² uptrend. Sepatutnya harga membuat higher low yang baru.
Kejatuhan ini juga dari sudut teknikal telah didorong oleh indikator stochastic RSI yang memberi signal 'strong bearish divergence'. Signal ini telah mendorong BTC jatuh sehingga oversold. Peluang terbaik jika harga mampu rebound dengan berlakunya cross up di paras oversold ini atau munculnya candle reversal untuk harga meneruskan kenaikan dan kembali menjadikan MA 50 sebagai dinamic supportnya seperti sebelum ini.
Nota kaki:
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Rejection = Keadaan dimana harga tidak mampu melepasi paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Higher low = Paras terendah yang terbaru lebih tinggi daripada paras terendah sebelumnya.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* Untuk memahami lebih terperinci tentang dinamic support dan beberapa jenis support yang lain, boleh klik pautan di bawah: