naimmp98

PUNCAK (Menunggu Peluang Ke-3)

MYX:PUNCAK   PUNCAK NIAGA HOLDINGS BHD
Sektor:
- Infrastructure, Water Utilities, Construction, Integrated Facilities Management.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, PUNCAK baru pertama kali mencipta keuntungan pada Q1 2021 setelah QR sebelumnya konsisten mencipta kerugian. Hasil (revenue) pula pernah berada dalam trend menaik sehingga Q1 2020 sebelum bertukar kepada trend menurun setelah itu. Revenue PUNCAK menurun YoY sebanyak -19.04% tetapi keuntungan PUNCAK meningkat YoY sebanyak 111.98%.
- Dari sudut Teknikal, PUNCAK dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan MA 50 sebagai support.
- PUNCAK dilihat beberapa kali rebound di atas MA 50.
- Pertama kali PUNCAK breakout, candle hijau panjang terbentuk dan PUNCAK mencipta higher low terbaru.
- Kemudian, PUNCAK breakout sekali lagi untuk kali kedua dengan candle hijau terbentuk dengan volume yang signifikan. PUNCAK sekali lagi mencipta higher low baru dengan menjadikan resistance sebelum ini sebagai support (RBS).
- Adakah PUNCAK mampu mengulangi sejarah sebelum ini dengan breakout sekali lagi untuk kali ketiga? History repeats itself?
- Terkini, PUNCAK membentuk pennant pattern dan hari ni PUNCAK berjaya memecahkan pennant pattern ini.
- Stochastic RSI juga cross up di paras oversold menandakan PUNCAK sedang rebound di atas support terkuat nya pada 0.510 yang juga merupakan RBS nya.

Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya bulan Februari.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Breakout = Harga memecahkan resistance (syiling harga).
* Higher low = 'Paras harga terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga terendah sebelumnya'.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai pennant pattern dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.