CARIMIN - untuk contoh corak bullish continuationCARIMIN, suatu stok hangat untuk industri minyak dan gas.
-telah memaparkan dua corak 'bullish continuation' iaitu corak flag dan pennant pattern.
-break/BO pada kedua2 corak jelas menampakkan harga terus rally dengan kenaikan volum dagangan
-Juga lebih jelas untuk tingkap masa yang lebih kecil, pada TF30 - (untuk entri yang lebih awal)
-harga terkini telah membentuk sokongan pendek pada 0.89
Monitor pembentukan lilin seterusnya jika masih dapat membentuk corak2 rally yg seterusnya.
Oilandgas
HANDAL untuk diperhatikan untuk kemasukan volum yang banyakHANDAL kini masih lagi dalam mode koreksi, selepas pengumuman kontrak baru.
-25 jun lalu, Handal JV telah memenangi kontrak sebanyak RM 360mil
-Peristiwa sell on news, belaku di mana perjualan berterusan selepas mengumumkan kemenangan kontrak tersebut
-sehingga kini belum ada sokongan positive, dan petanda rebound (SMA200/EMA50, FiBo level, area sokongan, volume besar, pattern lilin, etc)
-kita tunggu sehingga rebound positif dikesan, untuk kemungkinan rally seterusnya (selepas mengeluarkan semua penjual)
-volum perdagangan tertinggi, bole dikesan pada minggu lalu.
-untuk teori, ini menandakan kemasukan dana/pelabur baru, dan mungkin confidence daripada pelabur untuk meyambut penjualan unit
-dan mengharapkan, bukan adalah kalangan traders2 kecil yg banyak tersangkut pada harga tinggi sebelum ini
FA Rating - 2.3/10
FRONTKEN - cubaan membentuk bullish pennant continuation patternFRONTKEN sedikit menampakkan gradual penambahan volum dagangan sejak minggu lalu
-Mempunyai dua corak carta, kini hampir menyempurnakan bullish pennant pattern, jika berjaya melepasi garisan DTL.
-Juga mempunyai risk, untuk corak kedua iaitu HnS pattern. Oleh itu, harga mestilah dapat bertahan pada sokongan semasa pada 1.33
-Melalui history carta, Frontken mempunyai sokongan kuat pada hampir mana2 EMA50 dan SMA200
-Jika berjaya melepasi garisan trend (DTL), rintangan pertama 1.43 dan target seterusnya adalah cubaan untuk melepasi harga 52W high pada 1.52
-Monitor untuk momentum pembelian seterusnya
FA Rating - 6.8/10
VELESTO - signal untuk pengakhiran fasa pengumpulan VELESTO masih berjaya untuk rebound pada aras SMA200 selepas melalui koreksi selepas pengumuman QR1 FY19 kurang baik dengan mencatatkan kerugian
-rebound pada aras 0.265
-kini sedang mencuba untuk melepasi rintangan kedua 0.3 selepas 0.29
-harga masih lagi berada pada atas EMA50
-rintangan seterusnya pada aras 0.32
FA Rating - 2.3/10
NAIM - Juga rally untuk bullish Minyak mentahNAIM kini hampir melepasi rintangan terdekat 0.85.
-Rintangan seterunya pada kawasan EMA50, pada aras 0.88. Jika berjaya, ini akan menandakan petanda pertama untuk uptrend bagi stok ini. Juga confirmation untuk fasa uptrend jika berjaya melepasi DTL.
-Stoch juga masih berada pada aras 70 ke atas, menandakan minat pembelian yang masih tinggi.
-Jika harga berhaya melepasi 0.88, target seterusnya pada rintangan 0.98 dan 1.01
-Sokongan pada aras 0.80
-Volume nampak aktif pada pagi ini, menunjukkan minat pembelian kini bertambah
Sentimen oil and gas agak baik pada hari ini, bullish untuk WTI dan Brent CO. US crude stock menurun dan juga OPEC akhirnya dapat memutuskan tarikh perjumpaan seterusnya untuk berbincang mengenai pelan penurunan pengeluaran minyak mentah
FA Rating - 3.1/10
CARIMIN - Kini kembaliCARIMIN kini kembali beraksi, baharu saja melepasi rintangan terdekat pada 0.79 dengan volume yang agak aktif pagi ini.
-Harga kini berada pada kawasan rintangan pertama, R1 pada 0.81 dan target seterusnya pada 0.89
-Kawasan 0.97 merupakan rintangan kuat bagi carimin
-Monitor untuk momentum pembelian seterusnya
Sentimen oil and gas agak baik pada hari ini, bullish untuk WTI dan Brent CO. US crude stock menurun dan juga OPEC akhirnya dapat memutuskan tarikh perjumpaan seterusnya untuk berbincang mengenai pelan penurunan pengeluaran minyak mentah
FA Rating - 3.6/10
HIBISCUS - Masih dalam channel downtrendHIBISCUS, masih lagi berlegar-legar di kawasan channel downtrend dan masih belum ada signal untuk bertukar ke fasa uptrend.
-Masih lagi gagal untuk melepasti DTL
-Volume masih kurang, masih dalam fasa pengumpulan jerung
-Harga masi lagi berada d bawah EMA50 dan 200MA
-Melepasi DTL dan R1 (1.08) dengan volume mungkin petanda untuk Hibiscus bertukar trend
-Namun kini, berjaya membuat HL pada aras RM 1
-Area sokongan kuat pada 0.99
FA Rating - 5.9/10
DAYANG - Henti pada sokongan terakhirDAYANG - kini telah latun pada SMA200, sokongan terakhir untuk fasa uptrend bagi syarikat tersebut.
-Mengalami koreksi yg agak lama, selepas QR1 FY19 yg agak teruk.
-Juga membentuk support pada gap stok tersebut pada 0.865
-Namun penjualan/penjual masih menguasai keadaan
-Stoch dan RSI masih lagi dalam keadaan oversold
-Baru2 ini mengumumkan kontrak baru 4 tahun untuk Roc Oil
-Kenanga, masih mengekalkan underperform untuk Dayang, dan meletakkan TP 0.8 dengan PER 9x
*monitor jika harga mampu bertahan pada sokongan SMA200
SAPURA - Terus rebound pada channelSAPNRG masih gagal untuk meneruskan harga pada uptrend, EMA50.
Menurut carta, harga masi rebound pada channel flag/pennamt.
-Berikutan untuk buy que, kita masih lagi bole lihat bagaimana harga terus d kawal oleh jerung.
-Boleh terus monitor jika harga mampu untuk melepasi garisan channel atas
-volume pembelian juga terus berkurangan, tanda pengumpulan untuk jerung
-stoch meyentuh garisan oversold dan kini telah cross utk petanda rally seterusnya.
*Sapura perlu masa untuk recover, dan next QR pada hujung bulan Jun adalah penentu untuk performance semasa syarikat. Tp projek dah tgk jalan sana sini dah..
ARMADA - belum ada sokongan yang jelasBAB, mencecah harga tertinggi FY19 pada 0.285 selepas berjaya membuat pembiayaan semula hutangnya sebelum ini. Namun tekanan penjualan masih kuat, harga masih gagal untuk mengatasi harga tertinggi dan masih lagi dalam keadan correction sehingga kini.
-Sell on news juga berlaku pada 7 May lalu, selepas BAB mengumumkan kemenangan kontrak JV untuk FPSO servis (RM8.8 bil untuk 9 tahun).
-Harga terus jatuh dan kini berada pada FiBo 38% (0.2) juga bersamaan ada sokongan hujung Jan19 lalu.
-Sokongan seterusnya pada 0.18, bersamaan dengan FiBo 24%.
Setakat ini, belum ada sokongan yg baik terbentuk, dan lilin bullish yang boleh memberikan petanda untuk positif entri. Terukan monitor jika harga berjaya bertahan pada S1.
PERDANA - Juga menunjukkan effect sentimen rally minyak mentahPERDANA - telah rebound pada sokongan kuat terbentuk pada 0.385, seterusnya cuba rally untuk pecah 'descending triangle' pattern. Fasa akumulasi mungkin akan berakhir.
-Pergerakan kenaikan harga dikenalpasti dengan kenaikan Brent dan WTI yg kini telah mencapai harga tertinggi untuk FY19. (sentimen O&G)
-Keadaan harga masih lagi uptrend d atas EMA50 dan SMA200
*monitor untuk momentum pembelian seterusnya
Dayang - Masih lagi dalam fasa pengumpulan-Dayang masih lagi gagal untuk melepasi rintangan semasa pada 1.44
-Masih lagi dalam keadaan uptrend, masih lagi harga tutup atas SMA20
-Juga dalam fasa consolidation
-Nampak sokongan pada 1.33, dan mula menunjukkan penolakkan harga rendah
-Masih menunggu pemangkin, news dan next QR pada hujung bulan May
CARIMIN - Uptrendline masih lagi validCarimin telah melalui beberapa siri koreksi baru2 ini, tetapi masi tetap rally dan masih menghormati garisan EMA50 dan juga rebound pada garisan Uptrend Line.
Lihat bagaimana harga telah rebound setelah menghampiri garisan EMA50.
Kita bole lihat juga, volume pertukaran agak sedikit semasa correction berlaku - menandakan jerung2 masih lagi di dalam atau masih menyimpan dan slowly membuang.
Sentimen Oil dan Gas masih lagi neutral, dan kita masih menunggu pembelian volume tinggi yg seterusnya untuk drive harga ke atas.
Jika harga berjaya melepasi 0.89, next TP seterusnya pada aras 0.94-0.98. Rintangan tertinggi berada pada 1.01
Ada apa dengan PERDANAPerdana telah membentuk sokongan harga pada 0.39, sekaligus pada hari ini cuba untuk memecahkan 'triangle pattern'. Kita tunggu volume seterusnya.
Jika berjaya tutup atas 0.42 hari ini, dijangkakan harga akan terus rally ke atas.
Key MA masih lagi cantik, dan harga masih lagi belum tutup d bawah SMA20.
Juga kedua2 RSI dan Stoch masi lagi netural dan belum overbought.
Catalyst terdekat, telah mendapat kontrak untuk membekalkan kapal kerja penginapan, AWB kepada Dayang sebanyak RM 17.7Mil pada minggu lalu.. Juga dinyatakan Dayang (DESB) adalah pemegang saham tertinggi bagi anak syarikat Perdana (PNSB). So, bole dikaitkan jika harga Dayang rally, juga Perdana mungkin juga akan follow.
Sama2 kita saksikan.
DAYANG - Reversal yang positif?Dayang Isnin lalu ini telah mencapai harga terendah pada 1.26, dan kini membuat cubaan untuk melepasi rintangan terdekat iaitu pada 1.45. Koreksi penjualan dijangkakan telah berakhir, dan akan melalu fasa kedua untuk terus rally.
Rumusan;
- Harga telah mencapai oversold untuk stochastic, dan penampakan untuk reversal telah terbentuk.
- Harga masih lagi berada d atas EMA50 dan SMA200, masih lagi sihat untuk para pelabur dan pedagan.
- Lebih baik jg harga berjaya melepasi rintangan terdekat pada 1.45 dengan volume melepasi 5 hari terakhir.
- Sentimen O&G masih lagi aktif, dengan harga brent dan WTI yang masih lagi stabil.
VELESTO - garisan uptrend masih lagi validVELESTO, masi lagi fasa uptrend dan garisan uptrendline masih lagi intact.
Daripada carta, sokongan telah terbentuk pada 0.28, sekaligus pada harini harga tutup pada 0.295. Kebarangkalian untuk harga terus naik adalah tinggi, diharapkan index KLCI juga sihat.
Peringatan, key MA masi lagi sihat/healthy.
VELESTO - Terus menarik minat pelaburVelesto terus trend ke atas selepas melepasi DTL pada 6 mac lalu, sekaligus terus maintain d atas SMA200.
- Peningkatan volume boleh diperhatikan sejak QR4
- Volume tertinggi pada 12 mac, telah menunjukkan harga telah melepasi beberapa rintangan sebelum ini
- Harga sekarang pada rintangan sebelumnya, dan kita tunggu price action seterusnya untuk trend higher
- next TP pada 0.32
QR4FY18 banyak mengurangkan jurang kerugian, telah meyakinkan para pelabur sejak 27th Feb lalu. Faktor2 improvement QR terdekat, i) Penggunaan dan permintaan drilling rig yang bertambah baik, ii) penambahbaikan operasi aliran tunai (CF) dengan kecekapan kos yang tinggi, iii) kedudukan kewangan yg sihat
DAYANG - Masih tidak mengecewakanDayang baru2 ini menarik minat ramai pelabur dan pedagang, dan telah mencatatkan kenaikan lebih daripada 150% setakat ini selepas melaporkan QR yg agak baik.
TP tertinggi MIDF, iaitu RM 1.3 juga pecah.
TP seterusnya pada RM 1.9-2.0
Kedua2 RSI dan Stoch kini berada dlm overbought area.
Menjangkakan correction atau short consolidation sebelum naik kembali.
Kita tunggu pada correction? atau layan trend sampai, habis :)
- EMA50 & SMA200 yg menaik, pastinya contoh stok yg terbaik
DESTINI - Masih lagi dalam kritikal 0.2trendlineDestini pada minggu lepas, menunjukkan 'rejection of lower price' dan masih lagi respecting garisan uptrend terkini (garisan hijau).
- Destini sebelum ini juga telah pecah garisan uptrendline sebelum ini, selepas mencapai harga tertinggi pada 0.275 dan rebound FiBo pada 50% (0.20).
- Masi lagi meneruskan pendakian dan masi in range (sideways). Juga masih lagi tidak berjaya untuk melepasi short downtrendline (garisan biru)
- Penentuan hala tuju harga seterusnya, jika break garisan biru - harga akan retest rintangan sebelumnya pada area of value 0.27. Dan jika break garisan hijau, akan retest FiBo 62% (0.215)
Catalyst pada bulan Jan 19 lalu.
*Destini masih lagi hangat dengn kemenangan kontrak daripada Carigali untuk tubular running service (TSR) dimana digunakan semasa kempen drilling telaga minyak. Destini juga telah diumumkan untuk kontrak diteruskan (3 tahun) untuk maintenance Police safety equipment, (PPE) daripada Home Ministry.
CIMB research baru baru ini juga mengatakan Destini masih lagi menarik utk 2019F dengan P/E 8.9X.
VELESTO - Percubaan untuk mengatasi rintangan Velesto kini dalam percubaan untuk mengatasi rintangan terdekat 0.33 selepas rally daripada harga terendah 0.165
Jika harga melepasi 0.23, petanda akan meneruskan pendakian
Affin Wang Research,
-permintaan 'Jack Up Rig' dijangkan menaik daripada 7 kepada 16-18 rig pada 2019 daripada Petronas
-balance sheet yang bersih, dan net gearing 0.45x pada 3Q18
-Mensasar kan 'Buy" dengan TP 0.3 sen, daripada penilaian DCF
ARMADA [NS] - Sokongan kuat dan smart money masukBumi Armada hampir kehilang 80% kepada 0.17 daripada harga terakhir 0.8 utk keputusan QR1 FY18 yg kurang baik.
-aktiviti OMS (Offshore marine services) yg kurang baik
-penjualan mendatar daripada FPO (floating production & operation)
-hanya pendapatan daripada operasi OSV (offshore support vessel) yg improve
-tetapi masi mempunyai orderbook yg stabil pada RM 21Bil (FPO: RM19.7bn, OMS: RM1.3bn). utk FY19, pendapatan masih lagi bepaut kepada cabang FPOnya. operasi OSVnya masi lagi dijangkakan masi lemah.
Telah membentuk harga terendah dan sokongan kuat pada 0.17 sebelum ini.
- menunjukkan minat pembelian yg ketara pada 18 Jan lepas, d mana pertukaran volume yg terbanyak utk dua hari berturut2
- harga kini masi lagi berjaya maintain di atas EMA50, dan SMA200 masi jauh d hadapan,
- telah membentuk uptrend line, di harapkan x break
- juga telah membentuk rintangan kuat pada 0.245 (dah 4 kali try tapi masi x lepas). Jika lepas.. Fasa Uptrend pasti terbentuk.
- harga masih lagi belum overbought.
- kita masi lagi menunggu fund yg besar utk menolak harga terus keatas.
- syarikat masih lagi berhempas pulas utk menyelesaikan hutang2 mereka, masih lagi dalam peringkat perundingan dengan para peminjam dan institusi bank, utk refinance hutang2nyna
*dengan sentimen oil and gas, harga minyak mentah dunia yg dah break - pasti akan lagi menjadi pemangkin untuk pelabur2 lain turut serta dalam syarikat ini.
MHB - Jurang kerugian bertambahJurang kerugian yg bertambah pada keputusan QR4 akhir FY18. Dry docking (LNG Vessels) dan sektor kejuruteraan berat yg masih mengalami kerugian.
Projek2 semasa
- 5.5 Bil Sarawak Kasawari gas projek ditunda (mendapat kontrak EPCIC utk central proses plaform, CPP)
-mungkin juga masih dalam risiko untuk permulihan pendapatan FY19
-Mungkin mendapati 6 tahun kontrak EPC (engineering procurement & construction) daripada Petronas, untuk kerja2 struktur fixed offshore platform.
-MHB ini adalah salah satu main fabricator utk Petronas PAC (Petroluem Actual Contractors) sebelum ini.. chances masi ada
-Petronas juga telah mengeluarkan projek utk WHP fabrication (wellhead platform)
Untuk carta harga (Masih Neutral)
- Minat pembelian bermula pada awal Feb19
- Harga masi maintain atas EMA50
- Hampir melepasi garisan downtrend jangka panjang.. kita tunggu jika harga melepasi 0.72 rintangan kuat semasa utk confirmation fasa Uptrend