PANTECH Telah Berjaya Memecah Garis Trend Kebawah (BODTL)PANTECH dilihat telah berjaya memecah garis trend kebawah (BODTL) dan hari ni telah mula membuat kenaikan. Diakhir dagangan kelihatan minat belian bertambah dan menghasilkan lilin bullish. Petunjuk SMI dilihat positif dan prestasi pendapatan bersih suku tahunan syarikat juga positif. Potensi yang tinggi untuk membuat kenaikan sekurang-kurangnay untuk jangka pendek.
Kawasan masuk: 0.510 - 0.525
Ambil untung: 0.545 - 0.57
Potong Rugi: 0.505
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
Pantech
PANTECH sedang mendaki di Gelombang subkecil 5 Sektor : Produk Keluli
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan Subkecil empat yang membentuk corak segi tiga Penyusutan (Triangle ABCDE ) telah berakhir dan telah memulakan pergerakan bagi gelombang Subkecil lima
untuk melengkapkan Gelombang Kecil Tiga di tahap Fibo 100%
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 78.6% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
PANTECH (Teguh di atas 3 Paras Sokongan)Sektor :
- Trading & Services, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- Keuntungan PANTECH menurun YoY sebanyak -24.5%.
- Hasil (revenue) PANTECH juga menyusut YoY sebanyak -19.34%.
- PANTECH memberikan dividen kepada pelaburnya. Dividen tahun ini adalah 2.3 sen sesaham meningkat berbanding tahun sebelumnya, tahun 2020 (1.89 sen sesaham).
- PANTECH juga merupakan saham pegangan bagi jerung² atau institusi² besar di Malaysia. Antaranya:
1) EPF (pegangan sebanyak RM 23.95 juta).
2) Citibank New York (pegangan sebanyak RM 9.13 juta).
3) Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (pegangan sebanyak RM 3.16 juta).
4) RHB Small Cap Opportunity Unit Trust (pegangan sebanyak RM 1.49 juta).
~ Teknikal ~
- Secara overall, PANTECH dilihat berada dalam uptrend yang slow and steady.
- Dalam kenaikan ini, dapat dikenalpasti 3 support yang relevan untuk PANTECH:
1) MA 20 (rujuk garisan hijau).
2) MA 50 (rujuk garisan ungu).
3) Trend line (rujuk garisan biru).
- MA 20 perlu berada di atas MA 50. MA 20 dan MA 50 pula perlu berada di atas trend line. Jika kedudukan ini berubah, kemungkinan PANTECH mencuba untuk reversal.
- Terkini, muncul signal 'strong bearish divergence'. Signal ini telah menjatuhkan harga PANTECH ke atas MA 20 sebelum rebound dan jatuh semula hingga ke MA 50.
- Kemudian, muncul 3 petanda bahawa harga akan berhenti membuat pullback dan akan rebound:
1) Terbentuknya bullish engulfing.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga sedang rebound di atas support baru terkuat.
3) MACD 4R1G (Rujuk penerangan di nota kaki).
- Jika PANTECH mampu bertahan di atas MA 50, harga mampu menuju ke paras harga RM 0.575.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas MA 50, harga berkemungkinan turun ke trend line dahulu sebelum rebound dan menuju ke RM 0.575.
Nota kaki :
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PANTECH BOX TRADING IDEAPANTECH setelah kejatuhan, kini berada di keadaan sideway. Kepada pedagang yang minat pantech ,boleh pakai cara box trading yang penulis rekomen. pada saya, 0.495 adalah support yang kukuh bagi pantech. Short term trader boleh masuk, cut lost jika pecah 0.495. jika mampu bertahan kat 0.495, box trading adalah valid. MACD kini muncul golden cross. Kalau berlaku rebounced ,boleh take profit kat area 0.525