naimmp98

PANTECH (Teguh di atas 3 Paras Sokongan)

MYX:PANTECH   PANTECH GROUP HOLDINGS BHD
Sektor:
- Trading & Services, Metals, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- Keuntungan PANTECH menurun YoY sebanyak -24.5%.
- Hasil (revenue) PANTECH juga menyusut YoY sebanyak -19.34%.
- PANTECH memberikan dividen kepada pelaburnya. Dividen tahun ini adalah 2.3 sen sesaham meningkat berbanding tahun sebelumnya, tahun 2020 (1.89 sen sesaham).
- PANTECH juga merupakan saham pegangan bagi jerung² atau institusi² besar di Malaysia. Antaranya:
1) EPF (pegangan sebanyak RM 23.95 juta).
2) Citibank New York (pegangan sebanyak RM 9.13 juta).
3) Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (pegangan sebanyak RM 3.16 juta).
4) RHB Small Cap Opportunity Unit Trust (pegangan sebanyak RM 1.49 juta).

~Teknikal~
- Secara overall, PANTECH dilihat berada dalam uptrend yang slow and steady.
- Dalam kenaikan ini, dapat dikenalpasti 3 support yang relevan untuk PANTECH:
1) MA 20 (rujuk garisan hijau).
2) MA 50 (rujuk garisan ungu).
3) Trend line (rujuk garisan biru).
- MA 20 perlu berada di atas MA 50. MA 20 dan MA 50 pula perlu berada di atas trend line. Jika kedudukan ini berubah, kemungkinan PANTECH mencuba untuk reversal.
- Terkini, muncul signal 'strong bearish divergence'. Signal ini telah menjatuhkan harga PANTECH ke atas MA 20 sebelum rebound dan jatuh semula hingga ke MA 50.
- Kemudian, muncul 3 petanda bahawa harga akan berhenti membuat pullback dan akan rebound:
1) Terbentuknya bullish engulfing.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga sedang rebound di atas support baru terkuat.
3) MACD 4R1G (Rujuk penerangan di nota kaki).
- Jika PANTECH mampu bertahan di atas MA 50, harga mampu menuju ke paras harga RM 0.575.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas MA 50, harga berkemungkinan turun ke trend line dahulu sebelum rebound dan menuju ke RM 0.575.

Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.