PECCA bersedia dengan Sasaran Gelombang Lima 100% keuntunganSektor : Produk pengguna / Automotif
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini sedang memulakan pendakian ke atas di Gelombang kecil satu ABC / Gelombang Besar Lima dengan Momentum Volume yg kuat serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
bagi sasaran Gelombang 5 akan kerap berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Pendidikan - Garis Panduan Gelombang Besar 5
• Jenis gelombang motif khas yang muncul sebagai pembahagian gelombang 5 dalam
impuls atau pembahagian gelombang C dalam zigzag
• Dalam Rajah , pepenjuru akhir adalah pembahagian gelombang 5 dalam dorongan.
• Pepenjuru akhir biasanya dicirikan oleh tumpang tindih gelombang 1 dan 4 kecil
dan juga oleh bentuk baji. Walau bagaimanapun, pertindihan antara gelombang 1
dan 4 kecil bukanlah suatu keadaan dan mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku
• Pembahagian pepenjuru akhir ialah 3-3-3-3-3
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 38.2% ,61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 10 -12 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Pecca
PECCA: Breakout ATH - Sektor: Trading & Services, Automotive, Auto Parts, Industrial Products & Services.
Analisis Fundamental
- Merupakan syarikat yang mempunyai asas kewangan yang kukuh setiap kali QR keluar kecuali pada Q4 FY202.
- Pada QR3 pada tahun 2021, PECCA menunjukkan kenaikan yang amat bagus dengan mencatatkan perolehan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM42.5 Juta berbanding pada QR2 2021 sebanyak 39.5 juta.
- Keuntungan PECCA juga meningkat pada QR3 FY2021 iaitu 8 juta berbanding QR2 FY2021 iaitu 6.1 juta.
- Antara Insitusi atau jerung yang memegang saham PECCA adalah Employees Provident Fund Board: RM9.27 juta.
Analisis Teknikal
1. Tertinggi dalam sejarah beserta volum: Setelah menutup sesi dagangan pada sebelah petang mengatasi paras rintangan tertinggi dalam sejarah menjadikan PECCA kini telah membentuk harga tertinggi yang baharu.
2. MACD Golden Cross di kawasan positif menandakan signal belian yang kuat.
3.RSI menceceh paras 70 menandakan momentum PECCA di tahap yang tinggi.
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukanlah cadangan belian mahupun jualan.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
PECCA (Melonjak Naik)Sektor:
- Trading & Services, Automotive, Auto Parts, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) meningkat QoQ tetapi menurun YoY.
- Dari sudut Teknikal, PECCA berada di atas MA 50 menunjukkan PECCA dalam keadaan uptrend.
- PECCCA juga beberapa kali telah rebound di atas MA 50.
- Pada 10 Februari, harga PECCA meningkat lebih tinggi dan berada semakin jauh daripada MA 50 dan mula jadikan EMA 7 sebagai support.
- Indikator MCDX Smart Money juga menunjukkan jerung atau operator semakin menolak harga untuk naik lebih tinggi. Keadaan ini amat berbahaya kerana pada bila² masa sahaja harga boleh drop atau jatuh dengan banyaknya.
- Jika harga mula menurun, perhatikan samada harga mampu pullback di atas fibo atau tidak. Jika tidak mampu, perhatikan samada harga mampu rebound di atas MA 50 seperti sebelum ini ataupun tidak.
- Jika tidak mampu juga, kemungkinan harga mula reversal kepada downtrend atau sideways.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Pullback = Harga jatuh seketika.
* Reversal = Bertukar arah.
* Garis penting fibo adalah 0.618, 0.5 dan 0.382 (rujuk support 1,2 dan 3 di carta).
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PECCA menembusi garisan hijau dengan jayanya.- Lihat idea yang kami postkan semalam 13/8/2018
- Hari ini PECCA membuat kenaikan yang padu.
- High hari ini 1.050.
- Masih boleh diperhatikan lagi kaunter ini. Simpan di dalam watchlist anda.
- Tahniah siapa yang sempat grab.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
PECCA cubaan menembusi garisan hijau- Kaunter PECCA masih lagi dalam keadaan downtrend dan berada di dalam fasa pengumpulan.
- Menarik untuk dilihat apabila PECCA kini berada betul-betul di atas rintangan garisan hijau setelah cubaan kali pertama menembusi garisan hijau gagal.
- Adakah kali ini PECCA akan bermain diatas garisan hijau?
- Resistance pada harga 0.935 manakala support pada harga 0.820.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!