#NIO Pembelajaran kes Gelombang 5 berpanjangan / Lanjutan Garis Panduan
• Impuls biasanya mempunyai lanjutan pada salah satu gelombang motif (sama ada gelombang 1, 3, atau 5)
• Sambungan adalah dorongan memanjang dengan pembahagian yang dibesar-besarkan
• Penyambungan sering berlaku pada gelombang ketiga di pasaran saham dan pasaran forex. Pasaran komoditi biasanya mengembangkan sambungan pada gelombang kelima
Nota :
* JIka berlakunya Pemanjangan gelombang
1. Jika ada Pemjangan Gelombang 1 dari Gelombang 3 maka Gelombang 5 panjangnya tidak melebihi panjangnya Gelombang 3
2. Jika pemanjangan gelombang 5 dari Gelombang 3 maka Gelombang 1 tidak panjang dari Gelombang 3
Analisa & Tindakan
* Selalunya jika pemanjang gelombang Satu, ini berlaku kerana terdapatnya keadaan pasaran harga yang mendatar yang terlalu lama.
* Pemanjangan Gelombang Kelima & ketiga adalah akibat dari berlakunya keadaan pasaran yang momentum sangat kuat & berterusan .
dalam kes ini - bagi mecari sasaran gelombang Kelima , kita perlu mengunakan Alat Fibonaaci Extension untuk mengetahui sasaran gelombang kelima berakhir.
Cara-caranya - Tarik Fibo Extension dari Poin paling bawah gelombang satu hingga ke poin gelombang 3 dan kemudian tarik ke bawah semula poin gelombang Empat berakhir,
Seterusnya sasarannya Gelombang Kecil 3 dalam Gelombang besar Kelima adalah pada 161.8% Fibo Extension ( Sila Lihat pada Carta kaunter #NIO
Nota:-
*Buat latihan selalu dalam pengiraan Gelombang
*Semoga Bermanfaat
Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Pembelajaran
5-Dis-2020: Indikator kajian TA (bursa)-Siri 2Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;
Semoga semua sihat sejahtera dan berada dalam lindungannya. Hari ini baru ada kelapangan sedikit untuk menyambung berkenaan indicator ni. Terima kasih sebab belanja like and view untuk siri-1.
Suka saya ingatkan, keputusan untuk membeli atau menjual bukan bergantung kepada analisa daripada satu indikator sahaja tetapi melibatkan kombinasi 2-5 indikator untuk mengukuhkan keputusan.
Jadi kali ini saya nak bincangkan 3 indikator yang biasanya digunakan dan agak terkenal dikalangan trader iaitu MACD dan RSI & STO . Indikator RSI & STO ini sebenarnya adalah 2 indikator berasiangan ya Cuma saya ceritakan sekali. Jom kita mulakan.
1. MACD
Nama penuhnya adalah Moving Average Convergence Divergence
Mengenalpasti gerakan awal perubahan momentum
Terdapat 2 garis yang bertindak sebagai penentu untuk membuat keputusan iaitu garis MACD dan Signal
Garis MACD ini mewakili EMA 12-26 (standard setting)
Garis Signal mewakili EMA 9 (standard setting)
Terdapat satu garisan tengah penentu Uptrend zon dan Downtrend zon yang dilabelkan sebagai ‘0’
Apabila Garis MACD & Signal berada diatas paras 0 kebiasaannya carta berada dalam keadaan trending up
Apabila ia berada di bawah paras 0 , carta berada pada fasa trending down
Kebiasaannya penentuan untuk melakukan entry adalah apabila kedua2 garisan ini mula merapat diantara satu sama lain dan mula hendak membuat persilangan.
Persilangan yang berlaku di dalam Downtrend zon biasanya digunakan untuk kaedah Bottom fishing
Persilangan yang berlaku di dalam Uptrend zon pula digunakan untuk ‘ Ride trend ’ atau mengesan pullback.
2. RSI / STO
Nama penuhnya adalah RSI-Relative Strength Index & STO – Stochastic
engenalpasti kadar pecutan momentu m
Kebiasaannya terdapat 3 level yang sering menjadi perhatian pelabur (dua-dua sama)
Secara standard level-level itu adalah -> Level 70 – overbought / level 50 – Middle area (penentu) / level 30 – oversold
Bagi RSI saya baca seperti berikut (ini mungkin x sama dengan org lain tapi ianya mudah bagi saya nak faham)
- > 70 Overbought = Bersedia untuk menjual
- 55 – 70 Momentum Up = Cari peluang membeli dan re-entry
- 54 – 46 Sideway = Cari membeli semasa pullback
- 45 – 30 Momemtum down = Elak dari membeli hanya jual
- < 30 Oversold = Cari peluang untuk membeli dari bawah
Bagi STO pula sejujurnya saya tak guna sangat tapi cara membaca lebih kurang seperti berikut:
- > 70 Overbought = Bersedia untuk jual
- 50-70 Momentum up = Cari peluang untuk membeli & re-entry
- 30-50 Momentum down = Elak dari membeli hanya jual
- < 30 Oversold = Cari peluang membeli dari bawah
Sila rujuk kepada chart untuk lebih memahami keadaan sebenar.
Rasanya cukup dulu sampai di sini perkongsian untuk kali ini. Kita akan sambung dalam siri seterusnya.
bagi sesiapa yang terlepas siri-1 boleh check balik di link disertakan.
Semoga bermanafaat
26-Nov-2020: Contoh RBS yang menarikAssalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini sekadar pembelajaran dimana nampak pembentukkan yang jelas cara harga memecahkan halangan dan membentuk RBS.
Jarang dapat setup yang nampak clear ni sebenarnya.
Merupakan satu cabang dalam kaedah asas penggunaan SnR
kebiasaannya kaedah ini adalah asas bagi naked chartist dan sangat-sangat perlu untuk dikuasai dan difahami sebelum cuba mendalami ilmu advance.
Namun ramai yang memandang rendah kaedah ini dan tak berapa suka nak pakai. Kenapa??? FOMO dan tak sabar nk tunggu setup.
Sekian untuk perkongsian, semoga bermanafaat.
25-Nov-2020: Indi kajian TA (bursa)-Siri 1Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;
Petang ini saya sekadar nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya tahu dan cara bagaimana saya melakukan kajian kaunter di Bursa. Jadi setiap kaedah kajian adalah agak berbeza dimana naked chart dan price action tidak berapa berkesan digunakan di BURSA walaupun boleh saja untuk digunakan (Ini pengalaman saya sendiri mungkin sebab saya tak biasa dengan bursa)
Secara umum di bursa saya banyak menggunakan indikator untuk membantu dalam pemilihan kaunter. Ini disebabkan kebanyakan entry dan exit yang dilakukan oleh pedagang bursa adalah berdasarkan kepada indikator. Jadi kita sebenarnya menggunakan indi ni sebab nak tahu dimanakah kebanyakan trader membuat keputusan nak masuk. Jadi beberapa indi yang saya biasa gunakan adalah seperti berikut:
1. Volume
kebiasaanya digunakan untuk melihat minat belian
Time frame digunakan D dan W
pada DTF kita nak lihat minat belian semasa
pada WTF kita nak lihat trend pembelian dan minat keseluruhan terhadap sesuatu kaunter dlm jangka masa panjang.
Jadi kita akan hanya menumpukan pada kaunter yang mempunyai volume sekurang-kurangnya 10k (di DTF)
Direprentasikan dengan warna hijau dan merah, hijau minat belian / merah jualan
2. MA
yang ini merupakan indikator yang digunakan untuk kenalpasti trend
ada beberapa jenis namun kebiasanya SMA dan EMA lebih kerap digunakan.
SMA/EMA 5 & 10 / 6 & 9 (untuk jangka pendek)
SMA/EMA 20 & 50 (digunakan untuk trend jangka panjang)
Biasanya digunakan berpasangan dan isyarat membeli atau menjual dikenalpasti daripada persilangan Golden Cross @ Death Cross
Selagi harga berada di atas MA 20 & 50 kebanyakan trader mengatakan trend adalah dalam keadaan menaik
Rasanya cukup 2 ini dahulu, kita akan sambung dengan siri 2
Semoga bermanafaat
MONDAY4SEKTOR TECHNOLOGY MENGEJAR 52WH
DISCLAIMER : posting ini hanya bertujuan untuk pendidikan dan pembelajaran sahaja
Kenaikkan yang berlaku di sektor teknologi setelah recover daripada pendemik covid19,
menunjukkan kenaikkan yang sangat banyak dan sudah menghampiri paras sebelum covid19,
sektor teknologi menunjukkan sektor ini membuat pullback sebelum membuat persediaan
untuk melakukan BO 52WH yang mana rata-rata kaunter dibawah sektor teknologi telah banyak
membuat tujahan melepasi harga sebelum pandemik seperti
PENTA, DUFU, UWC dan lain-lain lagi.
MONDAY4FBMKLCI MEMBUAT CORRECTION
DISCLAIMER : posting ini bertujuan untuk pendidikan dan pembelajaran sahaja
Pada kemuncak pandemik covid19, kejatuhan paras FBMKLCI yang besar pada mac 2020 yang lepas,
Setelah itu, FBMKLCI membuat kenaikkan yang banyak sehingga menembus dan membuat BO DTL pada 04 Jun 2020
namun FBMKLCI mengalami kepenatan setelah melakukan kenaikkan yang banyak dan tidak mampu bertahan
sehingga pada 09 Jun 2020 baru ini FBMKLCI memberi tanda awal untuk membuat corretion yang sehat.
Hal ini kerana, berdasarkan FIBO level, coreection yang dilakukan jatuh sehingga paras 23.6%.
Semoga FBMKLCI dapat meneruskan kenaikkan setelah dapat rehat seketika.
20-MAC-2020: Pembelajaran Cara masukakn Indicator BBMAIni adalah cara untuk kita masukkan INDICATOR BBMA dimana indikator ini mewakili keseluruhan BBMA SYSTEM...
Ok secara dasar kita panggil "BBMA system" dimana ia terdiri daripada kombinasi 6 indicator
1. Linear Weighted 5 H
2. Linear Weighted 5 L
3. Linear Weighted 10H
4. Linear Weighted 10L
5. BB standard
6. EMA 50
"Ish pening la apa yang ko taip ni" ... tak pa, tak payah nak pening sangat... sila layan video ni
Semoga bermanafaat
Sekian, terima kasih