MONDAY5www.theedgemarkets.com (link berita THE EDGE)
FA : GOOD company untuk invest, memandangkan setiap quarter buat profit walaupun
baru-baru ini quarter report YoY kejatuhan 4% berbanding tahun lepas, itu dapat difahami
kerana ekonomi dunia yang berhadapan dengan covid19. Selain itu, EPS, PE ratio menunjukkan
signal company ini mempunyak prospek yang bagus.
TA : WAIT FOR SIGNAL, belum ada signal BUY memandangkan kaunter berada dalam fasa
sideways namun begitu, untuk fasa sekarang kaunter dalam keadaan UPTREND sekiranya
BO 1.050 kita masih boleh dapat lebih 50 % sehingga price 52WH. Price yang ditawarkan
untuk sebuah kaunter yang mempunyai catalyst besar adalah mampu untuk dimiliki.
CATALYST : INKS DEAL TNB SOLAR PROJECT (26/6/20), suka saya berkongsi kaunter yang ada booster
sebegini bahkan CYPARK dapat customer yang establish seperti TNB ini memungkinkan
company untuk menjana keuntungan.
REVIEW : SEkiranya berminat boleh tunggu signal BUY boleh layan Trend juga boleh simpan
untuk invest.
Pendidikan
TUTORIAL : MA200 Sebagai Pengesahan Trend Untuk 'Long Term'Seperti mana yang anda lihat di dalam carta, MYEG meneruskan kenaikan setelah melepasi MA200 pada 6 Mac 2019.
Anda boleh lihat, harga bagi saham MYEG meningkat setelah melepas MA200.
Garisan MA200 sesuai untuk dijadikan pengesahan trend jangka panjang.
Apakah itu RSI? Indeks kekuatan relatif (RSI-Relative Strength Index) adalah penunjuk teknikal yang digunakan dalam analisis pasaran kewangan. Ia bertujuan untuk mencatatkan kekuatan semasa atau sejarah atau kelemahan stok atau pasaran berdasarkan harga penutup dalam tempoh dagangan baru-baru ini. Penunjuk tidak boleh dikelirukan dengan kekuatan relatif.
RSI juga diklasifikasikan sebagai pengayum momentum (momentum oscilator), di gunakan bagi mengukur magnitud pergerakan harga. Kebiasaannya RSI di gunakan di dalam jangka masa 14 hari dan diukur pada skali 0 hingg 100.
Di dalam penggunaan RSI, kebiasaannya, apabila nilai RSI telah melepasi 30, ianya dikatakan telah memasuki zon 'Oversell'. Di sini peluang untuk para traders membeli saham pada harga rendah adalah sangat tinggi.
Sebaliknya, jika nilai RSI telah melepasi 70, kebiasaannya para traders akan bersedia untuk menjual pegangan saham mereka. Apabila nilai RSI telah melepasi 70, ianya dikatakan telah memasuki zon 'Overbought'. Ketika ini, kemungkinan untuk harga saham jatuh selepas memasuki zon overbought adalah sangat tinggi kerana para traders akan mula melepaskan pegangan saham masing-masing.
Seperti di dalam carta, kelihatan nilai RSI semakin menurun, tetapi masih di atas paras 30. Jika para traders tidak yakin untuk membeli pada ketika ini, disarankan untuk menunggu sebentar sehingga nilai RSI memasuki paras bawah 30 dan mula membeli stock EFORCE ini.
Akhir kata, selamat maju jaya.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisa sendiri untuk membeli sesuatu stock.