Pennystocks
MINDA: Berada di TrendlineSektor: Saham Penny, Perkhidmatan Pengguna, Produk & Perkhidmatan Pengguna, Pendidikan
Analisis Fundamental
- MINDA merupakan syarikat yang sentiasa rugi setiap kali keluar laporan suku tahunan. Namun QR4FY20 dan QR1FY21 mula mencatatkan keuntungan,
- Indicator Isaham menyebutkan bahawa saham ini sangat mudah untuk dimanipulasikan.
Ini bermaksud perlu lebih berhati-hati dan jangan trade saham sebegini jika tidak reti cut loss. Sayangi duit anda.
Analisis Teknikal
1. Sedang berada di garisan trendline.
2. Sedang bertahan di sokongan dinamik MA 50. Menandakan masih dalam uptrend.
3. MACD belum membuat golden cross lagi. Namun masih berada di paras positif.
4. RSI melebihi 50 menandakan MINDA masih mempunyai momentum.
5. Telah melakukan kenaikan lebih 130% setelah melakukan breakout fasa sideway.
Saham penny ini amat berbahaya untuk trade jika tidak berhati-hati.
Untuk saham sebegini perlu adanya disiplin dalam aset allocation dan risk management yang ketat.
Jaga cutloss anda sebaiknya. Keuntungan satu bid sangat menarik namun jika jatuh satu bid pun boleh menguji jantung, sebaiknya elakkan.
Jangan ambil risiko untuk rugi melebihi 2% daripada jumlah modal kita untuk saham penny.
Bawa mentaliti 'aku membeli untuk rugi dalam saham ini.'
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukan saranan belian atau jualan.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR