Perdana
Adakah PERDANA Sudah Bersedia Untuk Mendaki Ke Atas Semula? Perdana sudahpun berada di aras harga yang sangat rendah dimana telah jatuh hampir dari 100% dari harga Perdana dilahirkan satu masa yang lalu. Pada Jumaat lepas, Perdana telahpun memecahkan pattern triangle disokong oleh volume yang kuat. Aras target untuk Perdana adalah di 0.24 dan jika dapat memecahkan aras 0.24, Perdana akan memcuba untuk menutup gap besar sebelum ini di aras 0.33. Jika berjaya menutup gap, barulah Perdana mempunyai cukup kekuatan untuk menukar trend kepada trend menaik. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
PERDANA 4 JULAI - Kaunter minyak yang boleh diperhatikan Sebaik sahaja harga breakout dan melepasi paras halangan pada harga 0.36 beberapa hari lepas, Jika minat belian lebih kuat selepas ini, ia dijangka mampu untuk melonjakkan harga ke paras lebih tinggi.
Buy = 0.35-0.39
TP 1 = 0.405
TP 2 = 0.445
TP 3 = 0.540
Cut loss = below 0.32
PENAFIAN : Kajian diatas bukanlah saranan untuk membeli. Ia hanya sebagai perkongsian idea sahaja. Risiko pelaburan adalah atas tanggungjawab sendiri.
PERDANA - Juga menunjukkan effect sentimen rally minyak mentahPERDANA - telah rebound pada sokongan kuat terbentuk pada 0.385, seterusnya cuba rally untuk pecah 'descending triangle' pattern. Fasa akumulasi mungkin akan berakhir.
-Pergerakan kenaikan harga dikenalpasti dengan kenaikan Brent dan WTI yg kini telah mencapai harga tertinggi untuk FY19. (sentimen O&G)
-Keadaan harga masih lagi uptrend d atas EMA50 dan SMA200
*monitor untuk momentum pembelian seterusnya
PERDANA piercing line patternPERDANA piercing line pattern, boleh jadikan garisan merah sebagai support dan line biru sebagai garisan resistance.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
PERDANA melepasi trend sidewayPERDANA telah melepasi resistance trend mendatar (0.305) semalam dan telah berjaya membentuk candle marubozu. Kenaikan semalam sebanyak 50% dan telah melepasi parah tertinggi 52 minggu kaunter ini.
Hari ini telah berlaku gap up pada paras 0.480 dan kaunter ini telah membuat paras tertinggi yang baharu iaitu 0.540.
PERDANA perlu kukuh di atas 0.450 untuk meneruskan kenaikan.