PESTECH nak mula uptrend. Harga kat support sekarang. Menarik.PESTECH pada gelombang utama dilihat mula membuat gelombang pertama permulaan. Harga juga masih berada diparas sokongan dimana sangat sesuai untuk sauk kerana mempunya risiko yang rendah. Pada auto-channel juga uptrend pada channel utama dan sub-channel yang menandakan kaunter mula atau sedang uptrend. Lilin juga berada dibahagian bawah untuk kedua-dua channel menunjukkan potensi kenaikan yang besar keatas.
Pada pandangan SMI pula, line biru muda mula merentasi line merah menandakan potensi untuk meneruskan kenaikan.
Pada pandanga GAP, tiada gap terdekat dibawah manakala terdapat lebih dari 3 GAP diatas. Jadi potensi untuk ia bergerak keatas adalah lebih tinggi berbanding ke bawah.
Ringkasannya, kaunter ini sangat menarik mempunyai potensi keuntungan yang tinggi untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.
Kawasan masuk: 0.310 -0.320
Ambil untung: 0.340 - 0.370
Potong Rugi: 0.28
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping+OSEM. Hubungi untuk maklumat lanjut.
PESTECH
PESTECH Pelan dagangan untuk 3 bulan Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini berada di gelombang pembetulan subKecil 3 di gelombang kecil 3 dan sedang menuju ke atas dengan momentum volume yang kuat serta akan mendaki ke arah Gelombang Besar 3 di tahap Fibo Extension 361.8% .
Unjuran Kewangan amat memberangsangkan pada suku tahun yang terbaru
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
PESTECH (DI Hujung Gelombang Kedua)Sektor :
- Power Utilities, Trading & Services, Industrial Engineering, Industrial Products & Services, EV Charger, Electric Vehicles (Sumber: iSaham).
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- Setelah berjaya melengkapkan major wave 1, PESTECH kini dalam proses melengkapkan major wave 2 pula.
- Dalam wave 2 ini, PESTECH dilihat membentuk pattern zig zag (terdiri daripada minor wave A - B - C) dan sekarang dilihat berada di wave terakhir zig zag iaitu minor wave C.
- Minor wave C pula terdiri daripada lima sub minor dan PESTECH kini berada di sub minor 5.
- PESTECH perlu melengkapkan sub minor wave 5 ini dahulu sebelum meneruskan kenaikan.
- Jika diperhatikan, sebelum ini muncul signal 'hidden bearish divergence' pada sub minor wave 4 sebelum harga meneruskan penurunan menuju ke sub minor wave 5.
- Signal 'hidden bearish divergence' ini menandakan momentum pembelian yang kuat tidak mampu menaikkan harga kerana minat penjualan yang masih lebih kuat.
- Terkini, muncul pula signal 'strong bullish divergence' menandakan harga mungkin akan rebound dan berkemungkinan juga harga telah berjaya melengkapkan sub minor wave 5 yang juga merupakan minor wave C dan juga major wave 2.
- Jika PESTECH tidak berjaya rebound dengan signal divergence ini, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan sehingga ke atas mana² paras fibonacci ini:
1) 78.6% (retracement major wave 2 daripada major wave 1) pada paras harga RM 0.820.
2) 127.2% (daripada sub minor A) pada paras harga RM 0.770.
3) 88.7% (retracement major wave 2 daripada major wave 1) pada paras harga RM 0.745.
- PESTECH juga boleh meneruskan penurunan melebihi ketiga² paras fibonacci ini tetapi tidak boleh melepasi permulaan harga major wave 1 pada paras harga RM 0.665.
- Jika PESTECH jatuh dibawah paras harga RM 0.655, major wave 1 adalah tidak valid dan perlu kepada pengiraan semula wave.
- Jika PESTECH berjaya melengkapkan major wave 2 ini, harga berpotensi untuk menuju ke major wave 3 pula pada paras fibonacci 161.8% pada paras harga RM 2.085.
~ Fundamental ~
- Keuntungan dan perolehan (revenue) PESTECH YoY adalah menyusut masing² sebanyak -27.5% dan -2.79.
- PESTECH merupakan saham pegangan institusi² @ jerung² Malaysia antaranya:
1) Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (pegangan sebanyak RM 20.83 juta).
2) Citibank New York (pegangan sebanyak RM 14.37 juta).
3) AIA Bhd. (pegangan sebanyak RM 13.18 juta).
4) EPF (pegangan sebanyak RM 10.94 juta).
5) Kenanga (pegangan sebanyak RM 9.03 juta).
6) Takafulink Dana Ekuiti (pegangan sebanyak RM 6.2 juta).
Nota kaki :
* Major wave = Nombor hijau yang dibulatkan.
* Minor wave = Nombor dan huruf dalam kurungan.
* Sub minor wave = Nombor hitam yang dibulatkan.
* Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik (higher high).
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PESTECH BERPOTENSI KE?Sektor: Industrial Products & Services
Technical Analysis (TA) : (RSI 3 below 10)
Setelah beberapa hari PESTECH berehat candle terbaharu mula menutup hari dengan candle hijau.
Set up indicator RSI 3 seperti di dalam chart menunjukkan bahawa akan ada tolakan apabila RSI 3 jatuh di bawah paras 10. Jika menggunakan sejarah dalam beberapa kali sebelum ini kemungkinan PESTECH akan menguji resistance Downtrendline.
Sekiranya downtrenline tidak dapat dipecahkan kemungkinan PESTECH akan menguji Rasistance Become Support (RBS).
PESTECH sebenarnya masih menunggu volume dan cataylast untuk Breakout Downtrendline.
Fundamental Analysis (FA)
Terlibat dalam power generation, power distributon, rail electrification & signalling, solar dsb.
Berikut sedikit dapatan ringkas mengenai business PESTECH .
PESTECH banyak terlibat dalam power generation dan distribution di negara-negara kecil yang membangun seperti Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sebagainya. PESTECH baru sahaja menyelesaikan sebuah projek di Sihanoukville Kemboja pada Januari 2021. Dijangka revenue PESTECH akan meningkat selepas siap projek tersebut.
Lebih kurang macam kerja TNB tetapi dalam versi negara Kemboja.
Antara fakta menarik lain berkenaan PESTECH ialah merupakan the one and only syarikat Malaysia yang terlibat dalam electrification of the railway system di Malaysia.
Tahukah anda MRT 2 ini telah disiapkan oleh PESTECH ?
MRT 3 pula masih dalam proses bidaan. Kita akan lihat siapa pula yang akan memperolehi tender untuk MRT 3 itu.
Sedikit idea ringkas daripada saya. Apa pula pendapat anda?
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk/entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR