syedasyraf

PESTECH BERPOTENSI KE?

Panjang
MYX:PESTECH   PESTECH INTERNATIONAL BERHAD
Sektor: Industrial Products & Services

Technical Analysis (TA): (RSI 3 below 10)

Setelah beberapa hari PESTECH berehat candle terbaharu mula menutup hari dengan candle hijau.

Set up indicator RSI 3 seperti di dalam chart menunjukkan bahawa akan ada tolakan apabila RSI 3 jatuh di bawah paras 10. Jika menggunakan sejarah dalam beberapa kali sebelum ini kemungkinan PESTECH akan menguji resistance Downtrendline.

Sekiranya downtrenline tidak dapat dipecahkan kemungkinan PESTECH akan menguji Rasistance Become Support (RBS).

PESTECH sebenarnya masih menunggu volume dan cataylast untuk Breakout Downtrendline.

Fundamental Analysis (FA)
Terlibat dalam power generation, power distributon, rail electrification & signalling, solar dsb.

Berikut sedikit dapatan ringkas mengenai business PESTECH.

PESTECH banyak terlibat dalam power generation dan distribution di negara-negara kecil yang membangun seperti Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sebagainya. PESTECH baru sahaja menyelesaikan sebuah projek di Sihanoukville Kemboja pada Januari 2021. Dijangka revenue PESTECH akan meningkat selepas siap projek tersebut.

Lebih kurang macam kerja TNB tetapi dalam versi negara Kemboja.

Antara fakta menarik lain berkenaan PESTECH ialah merupakan the one and only syarikat Malaysia yang terlibat dalam electrification of the railway system di Malaysia.

Tahukah anda MRT 2 ini telah disiapkan oleh PESTECH?

MRT 3 pula masih dalam proses bidaan. Kita akan lihat siapa pula yang akan memperolehi tender untuk MRT 3 itu.

Sedikit idea ringkas daripada saya. Apa pula pendapat anda?

Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk/entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.

Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .

#TAYOR #BAYOR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.