Titik Pivot
WCT - Kenaikkan bertenaga @ Reversal ?Kajian Kaunter WCT
Beberapa kali pullback di Moving Average dan kaunter ini berjaya untuk bertahan.
Seterusnya, kaunter ini berjaya untuk melepasi Pivot Point terdahulu di 0.710.
Menarik untuk diperhatikan jika kaunter ini meneruskan kenaikkan dan penukaran trend berlaku di mana bermulanya trend Uptrend.
Boleh perhatikan
#BAYOR #TAYOR
CENSOF - Kenaikkan selepas melepasi DTL Kajian Kaunter CENSOF
Kaunter ini telah berjaya melepasi harga psikologi 30sen dan meneruskan kenaikkan.
Setup yang menarik untuk diperhatikan di mana selepas melepasi DTL kaunter ini pullback semula untuk test paras ini dan berjaya untuk bertahan.
Berkemungkinan uptrend panjang bakal berlaku dari kaunter ini jika tiada pembuangan atau selling pressure yang tinggi dari kaunter ini.
#BAYOR #TAYOR
SEALINK - Pullback atau sambung kenaikkan? Kajian Kaunter SEALINK
Harga masih berada di Paras Tenkan dan keadaan ini menunjukkan kaunter ini melakukan kenaikkan bertenaga.
Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa panjang dan berkemungkinan besar juga kaunter ini bakal mengubah Trend untuk jangka masa panjang.
#BAYOR #TAYOR
GREENYB - Medekati Resistance 1Kajian Kaunter Greenyb
Nampak positif kerana kaunter ini sudah mula bergerak ke arah Resistance 1 di 0.245 dengan beberapali cubaan.
Masih belum berjaya untuk melepasi paras ini namun kehadiran Fresh Volume yang kelihatan sejak beberapa hari yang lepas menarik untuk diperhatikan.
#BAYOR #TAYOR
QES -Pullback ke MA20Kajian Kaunter QES
Setelah melakukan pendakian kini kaunter ini pullback ke paras MA20 dan juga Pivot.
Pada kebiasaannya kaunter yang melakukan pendakian akan melakukan 'test' ke paras terdahulu dan jika paras ini bertahan maka pendakian seterusnya amat menarik.
Boleh perhatikan
#BAYOR #TAYOR
AHB - Percubaan melepasi PivotKajian Kaunter AHB
Kaunter ini sedang mencuba buat kali kedua untuk melepasi paras Pivot di 0.190.
Fresh Volume juga kelihatan sudah mulai masuk sejak Apr'24.
Selain itu, paras harga berada di garisan DTL 2020 juga menarik untuk diperhatikan dan juga paras harga psikologi di 20sen.
#BAYOR #TAYOR