Pmetal
PMETAL (Teguh di atas Dua Lantai Dinamik)Sektor :
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- PMETAL merupakan salah satu daripada 30 komponen bagi indeks FBMKLCI.
- Keuntungan dan hasil (revenue) PMETAL menyusut YoY masing² sebanyak -2.93% dan -11.91%.
- PMETAL konsisten dalam pemberian dividen. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan berada dalam trend menurun. Terkini, dividen yang diberikan adalah sebanyak 4.25 sen sesaham. Dividen paling tinggi diberikan adalah sebanyak 8.5 sen sesaham pada tahun 2017.
- PMETAL juga merupakan saham pegangan bagi jerung² dan institusi² di Malaysia seperti:
1) EPF (pegangan sebanyak RM 997.96 juta).
2) KWAP (pegangan sebanyak RM 302 juta).
3) Tabung Haji (pegangan sebanyak RM 212.02 juta).
~ Teknikal ~
- PMETAL masih lagi uptrend dengan menjadikan MA 20 dan MA 50 sebagai support dinamiknya.
- Terkini, PMETAL dilihat sedang membuat retracement dan berada di atas MA 20.
- Kemungkinan PMETAL akan rebound di atas MA 20.
- Jika tidak berjaya rebound di atas MA 20, PMETAL mungkin akan menyambung retracement dan rebound di MA 50.
- Jika PMETAL mampu bertahan di atas MA 20 dan MA 50, harga berpotensi breakout RM 5.450 dan membuat higher high terbaru.
Nota kaki :
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PMETAL (Mencari Persinggahan Sebelum Meneruskan Perjalanan)Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, PMETAL merupakan syarikat yang konsisten dalam menjana keuntungan dan revenue (hasil) walaupun tiada peningkatan YoY. PMETAL juga konsisten memberikan dividen. Tahun ini (2021), PMETAL telah memberikan dividen sebanyak 4.25 sen seunit saham yang merupakan dividen yang paling kecil sejak 2016.
- Dari sudut teknikal, PMETAL sentiasa mencipta new high.
- Terbaru, PMETAL cuba rebound di atas Fibo 0.618 seperti sebelum ini.
- Harga juga berhenti di paras psychological price iaitu RM 10. Adakah harga ini akan menjadi support terbarunya atau akan turun sehingga ke paras fibo 0.618 atau turun lagi sehingga ke MA 50?
Nota kaki:
* Rebound = Harga melantun naik ke atas.
* YoY = Year over Year.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.