naimmp98

PMETAL (Teguh di atas Dua Lantai Dinamik)

MYX:PMETAL   PRESS METAL ALUMINIUM HOLDINGS BERHAD
Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- PMETAL merupakan salah satu daripada 30 komponen bagi indeks FBMKLCI.
- Keuntungan dan hasil (revenue) PMETAL menyusut YoY masing² sebanyak -2.93% dan -11.91%.
- PMETAL konsisten dalam pemberian dividen. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan berada dalam trend menurun. Terkini, dividen yang diberikan adalah sebanyak 4.25 sen sesaham. Dividen paling tinggi diberikan adalah sebanyak 8.5 sen sesaham pada tahun 2017.
- PMETAL juga merupakan saham pegangan bagi jerung² dan institusi² di Malaysia seperti:
1) EPF (pegangan sebanyak RM 997.96 juta).
2) KWAP (pegangan sebanyak RM 302 juta).
3) Tabung Haji (pegangan sebanyak RM 212.02 juta).

~Teknikal~
- PMETAL masih lagi uptrend dengan menjadikan MA 20 dan MA 50 sebagai support dinamiknya.
- Terkini, PMETAL dilihat sedang membuat retracement dan berada di atas MA 20.
- Kemungkinan PMETAL akan rebound di atas MA 20.
- Jika tidak berjaya rebound di atas MA 20, PMETAL mungkin akan menyambung retracement dan rebound di MA 50.
- Jika PMETAL mampu bertahan di atas MA 20 dan MA 50, harga berpotensi breakout RM 5.450 dan membuat higher high terbaru.

Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.