SYMLIFE menarikSYMLIFE boleh diperhatikan. Ada pergerakan harga yang menarik. Harga berjaya menembusi garis trend menurun (BDTL). Kaunter ini juga tidak jauh daripada paras 52 minggu. Adakah ini masanya untuk SYMLIFE beraksi. Sama-sama kita nantikan. Trend akan lebih kuat jika harga berjaya menembusi paras rintangan terdekat iaitu pada RM 0.745.
Rintangan : RM 0.785
Sokongan : RM 0.680
Semasa : RM 0.725
Penafian ;
Ini hanyalah sekadar perkongsian idea secara peribadi sahaja dan bukan untuk dijadikan sebarang bentuk sahutan belian atau jualan ye. Ingat para pedagang sekalian.
Lakukan Kajian anda dengan bijak.
Melabur dengan hebat & bijak.
Selamat Berpuasa :)
Property
EUPE (Berjaya Keluar Cawan)Sektor:
- Property.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan EUPE boleh dikatakan uptrend. Peningkatan keuntungan EUPE YoY adalah sebanyak 6.91%. Hasil (revenue) pula dilihat bergerak sideways. Hasil (revenue) bagi EUPE YoY menurun sebanyak -0.55% tetapi QoQ menunjukkan peningkatan sebanyak 42.59%.
- Dari sudut Teknikal, EUPE dilihat telah breakout cup and handle pattern dengan volume yang sangat signifikan.
- Mengikut teori cup & handle pattern, harga EUPE mampu mencapai paras harga RM 1.525.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Uptrend = Keadaan dimana nilai bergerak menaik.
* Sideways = Keadaan dimana nilai bergerak mendatar.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
ECOWLD (Melantun di Atas Lantai - Part 2)Sektor:
- Property
Idea analisis:
- ECOWLD masih berada di atas trend line dan trend line ini disokong oleh MA 50.
- ECOWLD pernah membuat rebound di atas trend line. Ketika ini, STOCH RSI dalam keadaan cross up di paras oversold.
- ECOWLD dilihat seperti melakukan rebound untuk kali kedua apabila keadaan yang sama berlaku dimana harga mula naik daripada trend line dan STOCH RSI cross up di paras oversold.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* STOCH RSI oversold = STOCH RSI berada dibawah 20.00.
* Rebound = Melantun ke atas setelah menyentuh support.
* STOCH RSI cross up = Line biru melintasi line merah ke atas.
* Pembelian menggunakan STOCH RSI untuk kaunter uptrend 👇
#TAYOR #BAYOR
ECOWLD (Melantun di Atas Lantai)Sektor:
- Property
Idea analisis:
- ECOWLD membuat uptrend corridor setelah harga naik ke atas MA 50.
- ECOWLD rebound semula ke atas MA 50 dan membuat new strong support pada 0.435.
- Seterusnya, ECOWLD menaik dan turun untuk membuat support terbaru yang lebih tinggi pada 0.490.
Idea trading plan:
- Entry berdekatan support 0.490 @ support 0.435 @ trendline @ MA 50.
- CL jika harga 'tutup' di bawah support 0.490 @ trendline
- CL jika harga 'turun' di bawah support 0.435 @ MA 50.
#TAYOR #BAYOR
MENANG (Kalah atau Menang untuk Melawan Arus?) - Part 2Sektor:
Property
Idea analisis:
- Kaunter bergerak sideway dan cuba memecahkan trend line beberapa kali.
- MACD hampir cross up tapi keesokannya MACD membuat 'u-turn'. (Tidak jadi cross up)
- Harga tutup dibawah EMA 7.
- EMA 7 menunduk kebawah. Adakah EMA 7 akan cross down EMA 21?
- Adakah MENANG akan sideway selepas break trend line atau terus jatuh?
- Adakah MENANG akan membuat comeback dengan candle reversal?
Idea trading plan:
- Amat berisiko untuk entry.
- Entry berhampiran trend line dengan syarat harga tutup di atas 0.625 atau;
- Tunggu MACD cross up dengan syarat di atas paras 0.
- CL sekarang atau;
- Tunggu harga close di bawah trend line atau;
- Tunggu MACD turun di bawah paras 0 atau;
- Tunggu EMA 7 cross down EMA 21 atau;
- CL dibawah paras support 0.565.
MENANG (Kalah atau Menang untuk Melawan Arus?)Sektor:
Property
Idea analisis:
- Merupakan kaunter higher high higher low (HH HL) yang cantik.
- Apakah HH HL? Bahasa mudah adalah harga pada paras tinggi terkini lebih tinggi daripada paras tinggi sebelum. Harga pada paras rendah terkini lebih tinggi daripada paras rendah sebelum. Kaunter yang sentiasa mencipta 'new high'. Boleh lihat pada line yang berwarna oren pada carta (penurunan yang berlaku tidak teruk sehingga jatuh ke bawah line oren sebelumnya).
- MACD berada di atas paras 0 dan hampir melakukan cross up.
- Walaubagaimanapun, uptrend line bertukar menjadi semakin landai.
- MACD juga memberi petunjuk bahawa harga akan jatuh kerana berlaku bearish divergence (MACD menurun, harga meningkat).
- Harga cuba berkali² untuk memecahkan resistance tetapi belum berjaya.
- Adakah kekuatan uptrend MENANG ini dapat melawan bearish divergence?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line dan 'ride the trend' atau;
- Breakout entry diatas 0.625.
- CL apabila harga menjejak ke bawah paras trend line kerana mungkin akan jatuh dengan lajunya atau;
- CL jika turun di bawah paras support 0.565.
MCT (5182): Bakal BODTL? (18/09/2020@08:40am)MCT BERHAD (5182)
SECTOR: PROPERTY
TOTAL SHARE ISSUE: 1,456,995,471
PUBLIC FLOAT PERCENTAGE: 8.24% (1,336,912,970)
SYARIAH: YES
MCT Berhad adalah syarikat yang berpusat di Malaysia, yang terlibat dalam pegangan pelaburan. Segmen Syarikat merangkumi pembangunan harta tanah, aktiviti Pembinaan dan lain-lain. Segmen pembangunan harta tanah terlibat dalam pembangunan harta tanah kediaman dan komersial. Segmen aktiviti Pembinaan bergerak dalam bidang pembinaan, menyediakan perkhidmatan kejuruteraan awam dan mekanikal, serta pegangan pelaburan, beroperasi di hotel, pusat kecergasan dan kemudahan seminar pawagam. Segmen Lain terlibat dalam pemegangan pelaburan, beroperasi di hotel, pusat kecergasan dan kemudahan seminar dan pawagam, penyediaan perkhidmatan utiliti dan penyewaan harta tanah. Projek Syarikat merangkumi The Square @ One City, Sky Park @ One City, eCity Hotel @ One City, Garden Shoppe @ One City, 1 Avenue @ USJ, The Place @ Cyberjaya dan The Place @ One City. Anak syarikat Syarikat, MCT Consortium Bhd, terlibat dalam pemegangan pelaburan.
Monitor jika harga berjaya melepasi garisan downtrend dengan vol. Harga pada Khamis (17/09/2020) berjaya melepasi dan ditutup di atas EMA50.
DISCLAIMER: Ini hanyalah kajian peribadi pergerakan harga untuk tujuan pembelajaran kendiri.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia #akubukansifu
VC: VORTEX CONSOLIDATED - Bakal meroket seperti PASUKGBKENAPA DENGAN VC??
1) VC dalam sektor teknologi (Sektor yang semakin viral dan selamat) iaitu, subsektor IT dan Property.
2) Mencatat keuntungan QR Jun 2020 yang memberangsangkan iaitu 112%.
3) Bakal memecahkan BODTL dan volume pada bulan Ogos 2020 sahaja merupakan volume tertinggi dalam sejarahnya.
4) Entry dalam kotak diberikan.
5) Roket bakal sampai ke 0.175/ 0.180.
*bukan buy call. Sekadar trading idea untuk minggu ini 7 - 11 September 2020. TAYOR gais!
IBHD (4251): KELUAR DARI FASA PENGUMPULAN (25/08/2020@8:42am)I-BERHAD (4251)
SECTOR: PROPERTY
TOTAL SHARE ISSUE: 1,117,019,320
PUBLIC FLOAT %: 27.78% (806,678,961)
SYARIAH: YES
I-Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang terlibat dalam pembangunan harta tanah, pelaburan harta tanah, percutian dan amanah pelaburan harta tanah (REIT). Segmen Syarikat merangkumi pembangunan Hartanah, yang terlibat dalam pembangunan dan penjualan harta tanah kediaman dan komersial; Pelaburan harta tanah, yang terlibat dalam pelaburan dan pemilikan harta tanah; Leisure, yang terlibat dalam promosi, pemasaran dan pengelolaan acara, rekreasi, hotel dan kegiatan lain yang berkaitan dengan pelancongan, dan perkhidmatan ICT & Lain-lain, yang terlibat dalam penyediaan caj jaringan dan telephony yang dikendalikan, pemegangan pelaburan, agen iklan, pengiklan dan perkhidmatan kontraktor pengiklanan. Anak syarikatnya termasuk I-City Marketing Sdn. Bhd., Yang merupakan pemaju harta tanah, kontraktor untuk kerja pembinaan, pemilik tanah dan harta tanah, pengurus harta tanah dan kompleks, dan City Centrepoint Sdn. Bhd., Yang merupakan pemaju harta tanah dan kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan, pemilik tanah dan harta tanah, antara lain.
IBHD berjaya keluar dari fasa pengumpulan dengan jumlah volume yang tinggi pada 24/08/2020 (Isnin) dan ditutup pada harga 0.210. Boleh diperhatikan dan intai peluang untuk mencari posisi jika berminat.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
IWCITY mungkin dalam perubahan trendIWCITY kini kembali dengan dagangan volume tinggi, selepas berjaya membentuk sokongan kukuh dan juga higher low.
Sokongan ketiga, S3 kini terbentuk pada aras 0.88. Tiga sokongan jelas terbentuk untuk IWCITY untuk diberi perhatian.
Dagangan jumaat lalu menunjukkan sedikit pressure daripada penjual dan kini harga dalam range sokongan untuk akumulasi.
Carta juga kini sedang membentuk uptrendline baru
Jika momentum pembelian berterusan, maka target seterusnya pada 0.96
MCT - sokongan kukuh terbentuk dan baik untuk pelaburanMCT kini menunjukkan volum dagangan yang tinggi sejak QR terakhir di mana ia menampakkan pengembalian Revenue dan net profit yang agak tinggi.
Mencapai harga tertinggi pada 0.41, koreksi dan berjaya untuk membentuk sokongan kukuh pada aras 0.30.
Volum kembali pada Selasa lalu, namun terhenti dengan sedikit pressure penjualan,
Untuk jangka panjang, MCT merupakan stok yang baik untuk pelaburan.
Teruskan monitor untuk peluang entri seterusnya, further koreksi merupakan diskaun baik untuk entri.
TP pada atas 0.41
EWINT kini dalam kawasan sokonganEWINT kini berada pada kawasan sokongan sebelum ini untuk di perhatikan.
monitor jika harga mampu untuk bertahan pada aras 0.91 ke atas untuk peluang entri seterusnya.
Jelas 1.14 adalah rintangan kuat sebelum ini dan kenapa tak jual pada aras 1.10 ke atas :)
and entri pada sokongan baik seterusnya
SP SETIA telah bangkit daripada kawasan OversoldSP SETIA, telah melalui siri koreksi yang agak panjang selama ini mungkin telah menunjukkan bottom pada aras 1.18
-1.18 merupakan harga terendah untuk tahun 2003
-lilin sedikit membentuk double hammer pada kawasan tersebut
-dagangan volum juga nampak semakin bertambah, (kemasukan pelabur baru atau cubaan untuk menahan harga daripada terus jatuh)
-RSI kini telah keluar daripada kawasan oversold dan cubaan untuk terus rally keatas
-rintangan semasa pada 1.39 bersamaan dengan kawasan EMA50 dan seterusnya rintangan pada 1.49
-monitor jika lilin mampu untuk membentuk marubozu pada hari ini
-mungkin confirmation untuk rebound, dan peluang baik untuk pelabur
DBHD - mungkin pengakhiran sideway & petukaran trendDamansara Realty kini telah kembali dengan peningkatan dagangan volum, yg juga telah membawa harga terus trending.
-harga sebelum ini terus membentuk HL, dan masih dalam atas garisan uptrend.
-corak segitiga juga telah terbentuk dan telah BO
-key MA juga dalam landasan untuk golden cross semula
-kini dalam cubaan mengatasi rintangan semasa 0.46
-destinasi dan rintangan kukuh seterusnya pada aras 0.48-049
-monitor rapat jika momentum pembelian mampu untuk mengatasi rintangan tersebut
-sokongan kini boleh dirujuk pada 0.45
-peringatan QR seterusnya pada pertengahan November
TADMAX - pada sokongan kukuhTADMAX kini suda membentuk sokongan kukuh pada aras 0.27
-harga masih lagi bertahan 0.27 meskipun sentimen KLCI yg kurang baik
-harga masih lagi trending pada atas SMA200, untuk kekal uptrend
-RSI masih lagi dalam kawasan neutral
-monitor untuk peluang entri dagangan seterusnya jika harga masih lagi bertahan pada sokongan baru
Juga pertambahan dagangan untuk ECO WORLDECO WORLD jumaat lalu mendapat tempat untuk pelabur setelah mencatat pertukaran volum aktif.
-harga masih berjaya untuk rebound pada sokongan lama 0.63
-peluang untuk membentuk double bottom jika harga berjaya melepasi 0.7 dan seterusnya pada EMA50
-rintangan seterusnya pada 0.73
-syarikat QR baik untuk perlaburan panjang
-telah rebound semula daripada kawasan oversold, dan momentum untuk naik lebih tinggi masih banyak
ECOWORLD - Kenaikan jumlah volum daganganECOWORLD kini masih lagi dalam cubaan untuk mengakhiri fas koreksi yang sehingga kini. Telah mencapai harga terendah 6 tahun pada 0.63
-Carta kini dalam cubaan untuk rebound semula
-Volum dagangan juga didapati semakin meningkat, di mana berkemungkinan untuk pelabur baharu masuk.
-teruskan monitor jika harga mampu untuk mengatasi rintangan seterusnya pada 0.73
NAIM - cubaan membentuk segitigaNAIM masih dalam lingkungan cubaan membentuk segitiga, untuk memberikan arah tuju seterusnya.
-Stok masih lagi uptrend selepas berjaya rebound pada SMA200 pada hujung May lalu
-Harga masih lagi berlegar2 pada kawasan EMA50
-Stochastic hampir kepada oversold
Tunggu harga break pada kawasan segitiga untuk direction seterusnya.
NAIM - Masih menunggu untuk break DTLNAIM, hampir melepasi trendline dan kini masih mencuba untuk melepasi rintangan 1.02
Rintangan seterunsya pada 1.17
Telah melalui koreksi dan membentuk sokongan pada 0.92.
Volum dagangan juga telah bertambah, dan untuk diperhatikan untuk peluang entri.
Untuk peluang masuk, nantikan jika harga berjaya untuk close di atas 1.04.
UEMS - kini pada aras Sokongan + SMA200 + Oversold utk diperhatiUEMS, kini masih lagi dalam fasa markdown, dan masi menunggu volum, aras sokongan kuat untuk rebound dan berhenti koreksi.
Merujuk pada carta, harga mencecah aras 0.8 yang bersamaan dengan area SMA200, juga pada kawasan sokongan harga sebelum ini. Tambahan merujuk pada indikator RSI, kini telah hampir untuk masuk ke saluran OverSold.
*SMA200 adalah aras petanda utama untuk stok terus berada pada fasa uptrend.
Juga memerlukan average volum yang lebih tinggi, dan lilin bullish untuk petanda pertama untuk rebound pada kawasan ini.
Untuk lagi selamat, tunggu sehingga garis downtrendline BO untuk peluang entri.
Aras sokongan 0.8 merupakan antara sokongan kuat, di mana ianya telah rebound sebanyak dua kali (rujuk carta)
Monitor untuk pergerakan harga dan jumlah volum perdagangan seterusnya.
FA Rating - 4.3/10
IWCITY - mula menunjukkan minat pembelian kembaliIWCITY mula menunjukkan rejection on lower price, dan lilin sedikit membentuk hammer. Harga telah rebound pada rintangan dan sokongan sebelumnya pada 0.67-0.68.
-Volume penjualan juga semakin sedikit.
-Stochastic juga pada oversold area, dan mula cross.
Teruskan monitor untuk peluang entri.
Overall - bagi key EMA50 dan SMA200 IWCITY masi lagi dalam keadaan uptrend