Puncak..adakah boleh sampai ke puncak?Kajian dari sudut TA
1) Kaunter ini telah membuat support yang kuat dan berada pada LR ( low risk )
2) CS berada di atas EMa5
3) Jika kuat dengan sokongan volume akan terus ke EMA20
4) banker belum ada minat untuk masuk
5) Rsi masih di bawah 50
6) Boleh guna gann chart untuk menentukan SnR
Pastikan ada trading plan. Ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli dan menjual.TAYOR!!!
Puncak
PUNCAK (Menunggu Peluang Ke-3)Sektor:
- Infrastructure, Water Utilities, Construction, Integrated Facilities Management.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, PUNCAK baru pertama kali mencipta keuntungan pada Q1 2021 setelah QR sebelumnya konsisten mencipta kerugian. Hasil (revenue) pula pernah berada dalam trend menaik sehingga Q1 2020 sebelum bertukar kepada trend menurun setelah itu. Revenue PUNCAK menurun YoY sebanyak -19.04% tetapi keuntungan PUNCAK meningkat YoY sebanyak 111.98%.
- Dari sudut Teknikal, PUNCAK dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan MA 50 sebagai support.
- PUNCAK dilihat beberapa kali rebound di atas MA 50.
- Pertama kali PUNCAK breakout, candle hijau panjang terbentuk dan PUNCAK mencipta higher low terbaru.
- Kemudian, PUNCAK breakout sekali lagi untuk kali kedua dengan candle hijau terbentuk dengan volume yang signifikan. PUNCAK sekali lagi mencipta higher low baru dengan menjadikan resistance sebelum ini sebagai support (RBS).
- Adakah PUNCAK mampu mengulangi sejarah sebelum ini dengan breakout sekali lagi untuk kali ketiga? History repeats itself?
- Terkini, PUNCAK membentuk pennant pattern dan hari ni PUNCAK berjaya memecahkan pennant pattern ini.
- Stochastic RSI juga cross up di paras oversold menandakan PUNCAK sedang rebound di atas support terkuat nya pada 0.510 yang juga merupakan RBS nya.
Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya bulan Februari.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Breakout = Harga memecahkan resistance (syiling harga).
* Higher low = 'Paras harga terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga terendah sebelumnya'.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai pennant pattern dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
6807 PUNCAK : MENUJU PUNJAKVolatility : Tinggi
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 2%
Volume tertinggi pernah dicapai : 208.16 Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 0.610
Harga Terendah 30 Hari : 0.360
Ditutup pada 0.600 pada 15 Mac 12.30PM. Terdapat peningkatan volume berbanding hari sebelumnya walaupun hanya separuh masa pertama.
Terdapat Resistance dan Support yang kuat dapat dikenal pasti berdasarkan sejarah harga sebelumnya.
R-1 : 0.610
S-1 : 0.105
Harga dijangka akan terus naik mendadak jika mampu melepasi 0.610
Semoga berjaya
PUNCAK (6807) : Bertahan di Aras Sokongan EMA50Sektor: Infrastructure (IPC), Water Utilities, Penny Stocks, Construction, Budget 2021
1. Kaunter berkaitan Utiliti Air, selagi tak ada sentimen air, maka tak gerak.:P
2. Dalam keadan begini, jika EMA50 sebagai aras sokongan ni tembus ke bawah, maka akan menguji pula EMA200 menandakan trend penurunan berterusan.
3. Menarik juga bagi saya jika ia bermain di atas EMA50 untuk melakukan pembalikan ke atas.
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
Puncak : Struktur Kaunter1. Jika dilihat pada struktur kaunter ini, sentiasa membuat low baru dan high baru dan berada atas MA200. Ini menunjukkan kaunter ini jelas dalam uptrend.
2. Pada indikator RSI, telah berlaku bullish divergence dan telah mencapai overbought.
3. Kemudian telah berlaku bearish divergence pada RSI(puncak RSI rendah berbanding puncak sebelum ini. Ini menunjukkan kelemahan trend pada kaunter ini.
4. Adakah kaunter ini akan membuat Higher Low/HL yang baru.Jika tidak berjaya harga akan mengalami minor downtrend.
5. Jika harga mampu bertahan pada support, ia akan mencipta Higher Low/HL yang baru
6. Perhatikan juga RSI, jika berlaku bullish divergence( akar bawah lebih tinggi berbanding sebelumnya). Ini menunjukkan harga kembali ada momentum untuk meneruskan kenaikan yang lebih tinggi serta membuat struktur Higher High/HH yang baru.
PUNCAK (Mencari Peluang Ke-4 Sebelum Memuncak untuk Kali Ke-5)Sektor:
- Construction, Infrastructure, Water Utilities.
Idea analisis:
- Setelah berjaya tutup di atas MA 200, PUNCAK membuat short accumulate.
- Seterusnya, PUNCAK bertukar arah kepada uptrend dan membentuk Higher High Higher Low (HHHL).
- Selepas satu candle hijau yang besar muncul, PUNCAK mencari support @ higher low sebelum meneruskan kenaikan.
- Adakah PUNCAK akan teruskan kenaikan? Does history repeat itself?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran support atau higher low 4 (higher low terbaru).
- CL jika harga 'tutup' dibawah higher low 4.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* HHHL dan Higher Low = Penerangan di pautan:
* Golden Cross = Line MACD (biru) cross up line signal (merah) di atas paras 0.
PUNCAK Memecahkan Kotak Pengumpulan 6 BulanPuncak hari ini berjaya memecahkan kotak pengumpulan selama 6 bulan disokong oleh volume yang kuat. Aras support adalah di 0.235, jika bocor akan kembali berlegar dalam kotak. Jika tak bocor, akan mendaki ke atas. Indicator ichimoku juga menunjukkan momentum yang kuat untuk kaunter Puncak ni. Aras target adalah di 0.290, 0.350 dan 0.400. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)